Ahad, 31 Mac 2024

Kisah Atok:Kenny,Batman Dan F Team

 Kisah Kenny dan Batman 

Kamaruddin Hashim @ Kenny 

Satu kisah benar yang sangat indah  mengenai perhubungan akrab di antara seorang Pegawai Kanan Polis dari Special Branch dengan seorang bekas Pengganas Komunis bersenjata namun diakhiri dengan satu peristiwa menyayat hati. Pegawai Kanan Polis itu adalah sahabat karib atok DSP Kamaruddin Hashim yang lebih dikenali dengan panggilan Kenny. 

Ingat tak pengganas Komunis bernama Batman dalam kisah2 atok yang lalu. Batman tu gelaran nama sebenar Ah Choy, dia seorang anggota pengganas Komunis yang ditawan secara  peribadi dan single  handed oleh DSP Kamaruddin Hashim @Kenny sewaktu dia sedang mengambil surat rahsia dari DLB dalam hutan di Telemong Pahang tahun 1977. Ia sebahagian dari satu projek yang dirancang oleh Kenny dan F Team.  Surat rahsia itu pun diletak oleh Kenny sendiri sebagai umpan untuk menangkap Komunis itu hidup2. Operasi ini berjaya dilaksanakan ekoran penangkapan Ketua nombor satu MNLF sebuah organisasi underground Komunis di sekitar Lembah Kelang bernama Robin, nama sebenar Chye Kar Leong. Penangkapan Robin juga dilakukan oleh Kenny dan F Team. 

Dalam projek menawan Batman tersebut, Kenny terpaksa memanjat pokok jejawi  dan terjun setinggi lebih 10 kaki untuk menerkam Batman,  dan dia menumbuk muka Batman sekuat hati hingga bengkak membuat dia lembik tak berupaya melawan lagi..

Ketika kejadian, it's a matter of life and death sebab kedua2 pihak mempunyai senjatapi, Batman memegang senjata Carbine dia boleh menembak bila2 masa, Kenny pulak hanya guna pistol Llama itu pun diselitkan di pinggang sahaja...kisah penuh dalam buku atok ye. Tajuk buku F Team Rahsia Dalam Rahsia dan Tenggelam Dalam Rahsia. 

Batman bukan pengganas yang calang2...dia taiko, dia telah diasuh dan dididik dengan ideology Komunisme sejak di bangku sekolah rendah  lagi....bila meningkat remaja dia menyertai organisasi bawah tanah komunis MNLF atau Malayan National Liberation Front, dia juga dilatih cara2 menggunakan senjatapi. Sentimen anti Kerajaan nya meluap2, dia benci tentera, dia benci polis dia benci Raja, dia benci kapitalis, dia benci orang kaya2 yang membolot harta negara. Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam perjuangan Komunis,  dia kemudian masuk hutan menyertai pasukan bersentaja PKM iaitu 9th Armed Work Force  AWF di kawasan hutan Telemong,  Pahang. Tujuannya untuk mengikuti rakan2 revolutionary yang lain memberontak dan merampas kuasa dari Kerajaan Malaysia kita menggunakan senjata. Oleh kerana kegigihannya dia kemudian dilantik naib ketua dalam 9th AWF yang terdiri dari 24 orang Pengganas Komunis bersenjata kawasan operasinya di hutan Telemong sampai ke Karak dan Manchis. Ketua 9th AWF ialah Pang Kuan, tapi di satu ketika kedudukan Pang Kuan diambil alih oleh oleh Robin apabila Ketua Nombor 1 MNLF itu diarah oleh Chong Chor masuk hutan bagi mengelakkan diri dati tangkapan oleh Special Branch.  

Batman pernah menyertai gerombolan Pengganas Komunis yang menyerang Balai Polis Simpang Pertang Durian Tipus di Jelebu Negeri Sembilan menyebabkan seorang anggota Polis terbunuh dan sejumlah besar senjataapi Polis di rampas....cerita ini pun ada dalam buku atok

Pada hari kejadian di hutan Telemong, Batman keluar dari hutan bersama seorang lagi rakan pengganas  untuk mengambil surat rahsia di suatu DLB terletak ditepi jalan balak dalam hutan...surat itu sebenarnya adalah perangkap yang dipasang oleh Kenny ...tujuan Kenny hendak menangkap pengganas hidup2. Ia dilaksanakan dengan kerjasama oleh Robin yang sebelum itu telah ditawan oleh F Team di Bentong.

Operasi menawan Ah Choy atau Batman sukses... kedua2 pengganas dapat ditawan hidup2 tanpa perlu melepaskan sebiji peluru pun. Peristiwa penuh  ada dalam buku atok tak payahlah tulis semula panjang2 di sini......

Selepas ditawan, Batman dan seorang lagi pengganas telah dibawa balik ke markas F Team...tiba di markas, Batman serta rakannya  terus disoal siasat oleh pasukan soalsiasat...Kenny, walau keletihan dan tugasnya sudah selesai  dia tak balik ke rumah...dia kekal berada di markas melihat Batman disoal siasat...sebelum soalsiasat bermula  Kenny jumpa dan melayan Batman dengan baik walau dia musuh. Timbul rasa kesian melihat muka pengganas itu bengkak bengkil kena  penumbuknya ...Kenny mengambil kain basah dibersihkan muka dan badan Batman yang masih bergari.  Mata Batman nyata bengkak terkena tumbukan padu dari Kenny.  Kenny juga menyapu minyak kepada kecederaan itu...namun kecederaan dianggap ringan taklah serious, tak pecah atau berdarah...

Agah aneh melihat Kenny seorang pegawai yang garang, tegap dan tangkas berkelakuan lembut dengan seorang Pengganas Komunis yang baru ditangkapnya...mungkin inilah satu keajaiban yang diaturkan oleh Allah. 

Dalam soalsiasat,  tanpa diduga, Batman cepat menyanyi...maknanya dia mula bercakap membongkar segala rahsia yang ada dalam perutnya. Perkara2 yang mengandungi maklumat taktikal  diceritakan oleh Batman tanpa perlu pihak team soal siasat menggunakan kekerasan. Dengan segera Pasukan F dapat merancang tindakan susulan keatas saki baki Pengganas di hutan Telemong. 

Mengapa agaknya dia begitu cepat membuka mulut, sedangkan dia sorang cadre yang berpengalaman dan berkaliber....pada hemat atok ada empat faktor yang membuat dia begitu...

Pertama dia terkesima melihat layanan yang diberikan kepadanya oleh pihak Cawangan Khas...sebelum itù dia sentiasa mempunyai tanggapan bahawa Polis jahat, polis bunuh orang, polis seksa orang...tapi apabila ditawan  perkara itu tidak pula berlaku kepada dirinya...dia diberi layanan baik, diberi makan, minum dan rokok. Malah dia tersentak melihat pegawai polis yang menangkap dan menumbuknya hingga hampir pengsan datang sendiri untuk merawat luka2nya...Dia juga melihat pasukan Cawangan Khas terdiri pelbagai  bangsa...Cina, Melayu,  India semua ada. Mereka semua orang baik2 berkerja dalam satu team yang harmoni....ini membuatkan hati Batman segera cair. Dia mula merasai bahawa segala dakyah yang diterima dari ketua2 komunisnya adalah tidak benar....

Kedua dia telah disemukakan dengan ketuanya ulungnya Robin@ Chye Kar Leong yang  juga telah ditawan....Robin yang selama ini menjadi idolanya juga dilihat telah  memberi kerjasama sepenuhnya kepada Cawangan Khas....apatah lagi dia hanya orang bawahan.

Ketiga, Batman punya isteri juga seorang pengganas,  isterinya sedang mengandung masih berada dalam kem pengganas di hutan Telemong.  Pasti dia takut isterinya akan dibunuh oleh Pasukan keselamatan....

Paling penting, Batman diyakinkan F Tdan Special Branch bukan berhasrat membunuh rakan2nya termasuk isterinya dalam hutan , tetapi Special Branch mahu menolong mereka keluar dari hutan secara Aman damai dan memberi peluang kepada mereka untuk kembali semula ke pangkuan masyarakat. 

Sebaik soal siasat berakhir,  keesokan hari operasi dilancar oleh Pasukan keselamatan untuk mengepung khemah 9th AWF di hutan Telemong. Pasukan penggempur yang  digerakkan terdiri dari F Team, Vat69 dan Risik Tentera. 

Kenny mengetuai operasi...Kenny berjalan hadapan sekali bersama Batman. Awalnya F Team merancang untuk mengepung kem pengganas itu dengan bantuan Vat69 dan tentera...sebelum tindakan menyerbu, mereka akan menggunakan loud haler untuk menyeru pengganas dalam bilangan hampir 20 orang untuk menyerah diri atau mereka ditembak dan dibunuh...

Tanpa di sangka, semasa F Team berbincang cara-cara untuk melaksanakan operasi itu, 

Batman sendiri  menawarkan diri untuk masuk ke khemah bersendirian...dia berjanji akan memujuk kawan2nya supaya menyerah diri. Dia menjadikan dirinya sebagai galang ganti...bunuhlah saya kalau saya belot, katanya...

Bersambung.....

Nukilan: Zahriman Alias 

0 comments:

Catat Ulasan