Rabu, 20 Mac 2024

Farhash beli saham Heitech Padu (syarikat yang disenaraipendek untuk kontrak imigresen bernilai RM1 billion)

 


Tadi di Astro kroni Anwar iaitu Farhash kata dia beli saham Heitech Padu (syarikat yang disenaraipendek untuk kontrak imigresen bernilai RM1 billion) sebanyak 16.1 juta unit (anggaran nilai RM40 juta) melalui syarikat pelaburannya Rosetta Partners Sdn. Bhd. yang mana syarikat ini dia kongsi bersama DYMM Sultan Kelantan melalui syarikat Mfivesouthsea Sdn. Bhd. 

Lebih banyak dia cakap, lebih banyak persoalan timbul:

Pertama sekali, saya ingin tanya Farhash, berapa peratus DYMM Sultan Kelantan pegang saham dalam Rosetta Partners ini dan berapa peratus yang kamu pegang?

Dalam pemfailan yang dibuat oleh Heitech Padu kepada Bursa Malaysia, nama individu pembeli dan pemilik saham 16.1 juta unit yang dinyatakan adalah nama Farhash, melalui pegangan kepentingan besar dia dalam Rosetta Partners, tidak nampak ada nama DYMM Sultan Kelantan di mana-mana dalam transaksi ini. Jika orang lain selain Farhash pegang kepentingan besar dalam Rosetta melalui mana-mana syarikat, besar kemungkinan nama orang ini akan ada dalam pemfailan tersebut dan tentunya media pun sudah lapor pada hari yang sama.

Pemfailan dan deklarasi atau notis pada 13 Mac 2024 tersebut berbunyi begini:

……….

Particulars of Substantial Securities Holders:

Name: Datuk Wira Farhash Wafa Salvador

Name of Registered Holder: Rosetta Partners Sdn. Bhd.

Circumstances by reason of which securities holder has interest: Deemed interest by virtue of his substantial interest in Rosetta Partners Sdn. Bhd. pursuant to Section 8(4) of Companies Act 2016.

………..

Berdasarkan di atas, Farhash adalah pemegang kepentingan besar dalam Rosetta Partners oleh itu pembelian saham Heitech Padu oleh Rosetta Partners menjadikannya pemegang saham besar Heitech Padu.

Jika dia kata saham-saham ini pemilik utamanya adalah Sultan Kelantan, ini bukanlah fakta seperti yang dimaklumkan kepada umum dan difailkan kepada Bursa Malaysia. 

Dan mengikut Undang-undang, dia tidak boleh guna nama orang lain atau orang lain tidak boleh guna nama dia untuk membeli saham bagi pihaknya.

Di bawah Seksyen 25, Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Selain itu, Seksyen 29A SICDA menetapkan bahawa semua urus niaga sekuriti hanya boleh dilakukan oleh pemilik manfaat sekuriti atau penama yang dibenarkan. Jika Sultan Kelantan menamakan dia sebagai penama, dia perlu beritahu. Jika dia tidak beritahu dan tidak maklumkan, maksudnya sama ada ia bukanlah halnya ataupun dia telah melanggar undang-undang.

Dua perkara lain yang lebih penting di sini adalah PERTAMA, adakah dia mendapat maklumat dalaman bahawa Heitech Padu akan mendapat kontrak imigresen RM1 billion ini? Jika dia dapat maklumat ini dan membeli saham-saham ini dengan maklumat dalaman itu, maka ini adalah salah di bawah Seksyen 188 Akta Pasaran Modal dan dia boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM1 juta ringgit sekiranya disabit kesalahan.

KEDUA, adakah ada apa-apa unsur dan elemen  

“undue influence” atau mempengaruhi proses perolehan kerajaan dalam kes kontrak RM1 billion ini. Jika ada, dia boleh didakwa di bawah Akta SPRM atas kesalahan rasuah dan dipenjara, didenda dan dirotan jika sabit kesalahan.

Dalam hal-hal dan kes-kes seperti ini agensi-agensi kerajaan tidak perlu menunggu report daripada rakyat dahulu sebelum bertindak memandangkan kes-kes jenayah korporat seperti ini adalah komplikated, dan besar kemungkinan hanya agensi kerajaan sahaja yang boleh mendapatkan maklumat terperinci berkenaannya berbanding rakyat. Jika kerajaan kata mereka mahu tunggu report dari rakyat dulu baru bertindak, ia adalah sama ada suatu perkara yang salah, tidak masuk akal, sengaja atau malas.

Anwar perlu beri perhatian kepada hal ini sebab ia melibatkan kawan dan kroni dia. Saya ingin lihat apa tindakan yang Anwar akan ambil berkenaan kes ini. Jika tiada apa-apa tindakan atau dia hanya beri jawapan melepas batuk di tangga, dan alih-alih syarikat yang kroni dia ada saham besar ini dapat kontrak RM1 billion, maka rakyat akan semakin tidak percaya kepada retorik menentang kronisme dan rasuah Anwar. 

Anwar, kamu selalu melaung-laung berkenaan kronisme dan tatakelola, tetapi kini rakyat sudah nampak ia semua retorik dan rupa-rupanya sudah jadi tatakelongkang dan tatakelaut.

Dan berhentilah baca buku fantasi ghairah bertukar pasangan, bulan puasa ini banyakkan baca Al-Quran.

Salam,

ISHAM JALIL

19 Mac 2024

8 Ramadan 1445h

0 comments:

Catat Ulasan