Assalamualaikum dan salam sejahtera
Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, masih lagi dalam 'mood' untuk berkongsi tentang trip Baling, kali ini adalah mengenai sebuah gua yang sebenarnya sangat menarik dan aku rasa mampu menjadi salah satu tumpuan pelancong pada masa akan datang.
Gua yang aku akan kongsikan dalam artikel kali ini adalah Gua Sireh. In shaa Allah aku akan kongsikan pengalaman aku sepenuhnya di Gua Sireh, Baling, Kedah.
MENEROKA KEINDAHAN GUA SIREH, BALING, KEDAH
Baiklah, setelah selesai bersarapan dengan juadah yang begitu enak di M Idaman Cafe, kami terus menuju ke Gua Sireh, Baling, Kedah. Perjalanan dari M Idaman Cafe ke perkarangan pintu masuk Gua Sireh adalah sekitar 6 minit perjalanan sahaja.
Gua Sireh merupakan sebuah kompleks gua yang terletak hanya sekitar 10 kilometer sahaja dari bandar Baling. Terletak di kaki Bukit Dalam Wang, gua ini sebelum dikomersilkan sebagai produk pelancongan merupakan tempat mencari rezeki oleh penduduk sekitar.
Najis tahi kelawar atau dikenali sebagai Guano dikutip dan menjadi baja. Kandungan dalam tahi kelawar tersebut yang kaya dengan nitrogen, fosfat dan kalium yang tinggi, iaitu semua nutrien utama yang penting untuk pertumbuhan tumbuhan.
Beroperasi sejak tahun 2019, Gua Sireh ini diuruskan oleh Koperasi Eko Pelancongan Gua Sireh. Selain itu, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah memperuntukkan sejumlah RM750,000 bagi membangunkan Gua Sireh, sebagai lokasi pelancongan baharu.
Sebelum memulakan perjalanan ke Gua Sireh, seperti biasa sesi 'warm-up' dijalankan terlebih dahulu. Mengapa perlu 'warm-up' ? Ini adalah kerana terdapat laluan mendaki serta tangga yang agak mencabar. Aktiviti melibatkan fizikal sememangnya perlu 'warm-up' terlebih dahulu.
Maka bermulalah perjalanan mendaki tangga dan meneroka keindahan Gua Sireh.
Jika dilihat ada beberapa fasiliti yang di naiktaraf seperti tangga dan juga laluan di dalam gua.
Di pintu masuk Gua Sireh terdapat mercu tanda yang mana anda boleh mengabdikan gambar kenangan di sini. Masuk saja ke dalam gua ini anda akan dapat melihat batu besar berbentuk sireh junjung dengan ketinggian lebih kurang 7 meter
Kebiasaannya, pengunjung akan menghabiskan masa sekitar 1 sehingga 2 jam di sini. Oh ya, lupa nak beritahu bahawa ada jurupandu yang akan memberikan penerangan dan memberikan tunjuk arah laluan yang tepat dan benar.
Selain batu berbentuk sireh junjung, terdapat beberapa lagi batu dengan imej menarik seperti burung, singa, pengisar tepung, gajah, lembu kucing dan perahu patah. Jangan risau, setiap batu yang unik ini ditanda namanya serta jurupandu akan memberitahu tentangnya.
Mengikut info yang diberitahu, Gua Sireh ini berkeluasan 70,000 kaki persegi. Lebar bagi gua ini mencecah 192 meter manakala ketinggiannya pula adalah antara 60 meter sehingga 80 meter. Di dinding gua ini pula dihiasi lampu neon berwarna warni menjadikan gambar yang diambil kelihatan lebih menarik.
Sedikit info menarik, mengikut kajian yang dijalakn oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Gua Sireh ini sudah ada masyarakat terawal yang mendiami gua sejak 16,000 hingga 17,000 tahun lalu kerana terdapat banyak kesan fosil atau kulit kerang dan siput lama yang kelihatan.
Gua Sireh ini sememangnya sangat luas. Banyak tempat bergambar yang menarik, malangnya terdapat beberapa kawasan di dinding yang dipenuhi dengan grafiti yang menjadikan pemandangan kurang enak. Ada grafitinya ditulis dengan tarikh tahun 1980-an.
Mungkin pihak pengurusan boleh membersihkan dindingnya, barulah kelihatan lebih cantik dan bersih tanpa sebarang grafiti.
Alhamdulillah, selesai meneroka gua yang indah ini sekitar 2 jam lebih. Banyak betul gambar dan video yang sempat dirakam. Bagi aku yang menariknya tentang gua ini adalah pada bahagian silingnya yang sangat cantik berwarna putih.
Okay, untuk 'parking' di sini memang luas, cuma jalan masuk hanya sesuai untuk satu kenderaan sahaja. Tandas juga disediakan tapi dibahagian bawah sahaja, tempat mendaftar. Jadi, sebelum masuk ke Gua Sireh, pastikan anda membuat 'pelaburan' terlebih dahulu.
Untuk yang tertanya-tanya tentang laluan di dalam gua, laluan di dalam Gua Sireh ini telah pun dinaiktaraf menjadikan pergerakan di dalam gua selamat.
HARGA BAYARAN MASUK GUA SIREH, BALING, KEDAH
Berikut adalah harga bayaran yang dikenakan pada pengunjung yang ingin meneroka melihat keindahan Gua Sireh.
- RM15 Dewasa
- RM10 Warga Emas
- RM 7 Sekolah Rendah
- RM10 IPT / Sekolah Menengah
Jom ke Gua Sireh !
GUA SIREH, BALING, KEDAH
LOKASI : Kampung Padang Che Mas, Dalam Wang, 09100, Baling, Kedah.
HUBUNGI : 013-411 4325
WAKTU OPERASI : 9.00 Pagi - 5.00 Petang
FB : https://www.facebook.com/p/Gua-Sireh-Baling-Kedah-100063664868220/
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@guasirehofficial
#JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel
Untuk sebarang pakej Nature-Based Travelers, anda boleh hubungi melalui :-
📱+60174079734
📱+60193036008
📩 : qttgroup.management@gmail.com
Sumber:aerill.com
0 comments:
Catat Ulasan