Ahad, 28 Januari 2024

Ingatkan Kosong Je, Macam Ini Rupa Bentuk Dalam Tangki Minyak

 Ingatkan Kosong Je, Macam Ini Rupa Bentuk Dalam Tangki Minyak

SKPilihan

Gambar: AFP

Selain lori treler, lori tangki minyak antara kenderaan berat yang sering dan selalu dilihat berada di atas jalan.

Kebiasaannya, lori tangki ini digunakan untuk menghantar atau mengedar bahan api ke stesen-stesen minyak di seluruh negara.

Apabila melihat lori tangki minyak, pernah tak anda terfikir sebenarnya macam mana keadaan dalam tangki tersebut?

Adakah ruang dalam itu kosong semata-mata sebelum diisi dengan minyak atau ada bentuk tersendiri?

Justeru, kali ini SK ingin membawakan perkongsian menarik berkenaan lori tangki minyak dan menjawab soalan di atas.

Namun begitu, perkongsian ini berdasarkan sebuah portal yang mengulas berkenaan rekaan lori tangki minyak di Amerika Syarikat.

Tidak dapat dipastikan sama ada kaedah atau ciri-ciri yang sama ada pada lori tangki minyak di negara-negara lain.

Macam mana rupa dalam lori tangki minyak?

Seperti ramai ketahui, bahan api ini bersifat cecair dan mudah bergerak apabila berada dalam sesuatu keadaan yang tidak stabil.

Jika bahan api tadi banyak bergerak, keadaan dalam tangki juga mungkin akan bergoncang dan boleh menyebabkan kestabilan lori terjejas.

Menurut SafeRack, sesetengah lori tangki minyak di Amerika Syarikat mampu mengangkut sehingga 10,000 gelen minyak dalam satu-satu masa.

Oleh kerana lori tangki digunakan untuk membawa sumber bahan api yang mudah terbakar, ciri keselamatan dalam reka bentuk tangki adalah sangat penting.

Justeru, struktur dalam lori tangki minyak di sana sebenarnya tidak kosong. Sebaliknya ada buffle yang diletakkan dan mempunyai fungsi keselamatan yang tersendiri.

Kredit Omni Tanker, SafeRack

Reka bentuk keselamatan diperlukan sebelum membawa bahan api seperti minyak

Bahan api juga diketahui mempunyai sifat mengembang dan mengecut bergantung pada suhu persekitaran.

Pergerakan lori di atas jalan juga akan menyebabkan minyak-minyak di dalam tangki bergerak-gerak. Dengan pergerakan tersebut, graviti pusat lori boleh berubah-rubah.

Keadaan ini boleh menyebabkan lori menjadi tidak stabil, misalnya ketika berhenti secara mengejut. Ia boleh mendatangkan bahaya kepada lori dan pengguna jalan yang lain.

Untuk mengurangkan impak, lori tangki dibina dengan pusat graviti rendah dan memiliki buffle yang bertujuan memisahkan minyak kepada beberapa bahagian.

Jadi, kesan pergerakan minyak kepada badan lori dapat dikurangkan ketika lori melalui kawasan selekoh atau ketika membrek.

Buffle itu juga berfungsi untuk menambah integriti struktur tangki ketika minyak mengecut atau mengembang akibat tindak balas dengan suhu.

Kredit SafeRack

SKPilihan
Gambar: AFP

Selain itu, lori tangki minyak juga dilengkapi dengan sistem keselamatan canggih yang lain antaranya Sistem Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC).

Fungsi ESC adalah untuk mengesan pergerakan atau ketika lori kehilangan kawalan.

Sebagai contoh, jika sistem merasakan lori berkemungkinan menjadi tidak stabil ketika melalui kawasan selekoh dengan laju, ESC akan membrek trak dan memperlahankannya.

Oleh itu, keadaan bahan api yang berada di dalam tangki juga akan selamat.

Lets Talk Science




Anda juga boleh menonton video di bawah untuk memahami fungsi struktur dalaman dalam lori tangki minyak.


Sumber: TikTok/@video.dailySafeRackClean Management

Credit:Siakap Keli

0 comments:

Catat Ulasan