Politik Melampau PMX.
1. Sikap melampau YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membuat tuduhan dan bemain politik persepsi nampaknya semakin menjadi-jadi.
2. Jika sebelum ini PMX telah membuat fitnah kononnya Perikatan Nasional (PN) menerima dana judi dan dengan yakin berbohong mengenai pelupusan hutang peneroka FELDA.
3. Sekarang atas faktor keterdesakan untuk kekal di kerusi Perdana Menteri, PMX secara terbuka membuat tuduhan rasuah berkait dengan Yang di-Pertuan Agong pula.
4. Tuduhan bahawa PN merasuah YDPA sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan ini tidak lain adalah fitnah yang melampau dan tidak masuk akal sekali gus mencemarkan imej YDPA.
5. Perlu diingat bahawa dalam isu rasuah, kedua-dua pihak (pemberi dan penerima) adalah bersalah. Justeru, dakwaan adanya cubaan merasuah YDPA tidak lain adalah satu penghinaan buat instusi beraja.
6. Bukankah lebih baik jika segala isu tatakelola tersebut diserahkan untuk disiasat oleh badan penguat kuasa seperti SPRM dan PDRM terlebih dahulu sebelum PMX membuat kenyataan yang memberi persepsi buruk sebegini?
7. Lebih menghairankan apabila PMX langsung tidak dikenakan apa-apa tindakan setelah segala dakwaan fitnah tanpa bukti yang dibuat sejak pertama kali beliau mengangkat sumpah.
8. Tidak seharusnya bagi seorang ahli politik yang menggelar dirinya tokoh reformasi terus menerus menggunakan kaedah licik sehingga sanggup menghina YDPA serta menafikan semangat demokrasi.
9. Perlu diingat bahawa kegagalan PMX dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri tidak akan mampu ditutup dengan permainan persepsi dan fitnah melampau ini.
10. Rakyat memberi sepenuh kepercayaan kepada kebijaksanaan YDPA dalam menjalankan tugas-tugas Baginda dan yakin bahawa YDPA akan buat keputusan yang terbaik buat rakyat dan negara.
Daulat Tuanku!
USTAZ AIRE ROSLAN
Ketua Penerangan PAS Pahang
#DaulatTuanku
#KekalTenang
0 comments:
Catat Ulasan