Isnin, 8 Januari 2024

DI MANA KEADILAN MADANI?

 DI MANA KEADILAN MADANI?

Amanah yang paling besar dan mencabar untuk seorang pemimpin adalah untuk berlaku adil kepada mereka yang tidak menyokongnya.

Urusan kepentingan negara tidak dapat dipisahkan dengan nafsu dan emosi dalam berpolitik.

Kuasa pemerintahan di tangan digunakan untuk menindas dan membalas dendam.

Antara keadilan yang dituntut dalam Islam adalah seorang pemimpin memberi hak yang selayaknya kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

 Menghukum orang yang bersalah walaupun dalam kalangan pemimpin, ahli keluraga dan kaum kerabat.

Juga berlaku adil kepada musuh yang dibenci. 

Di Kelantan, kaum bukan Islam diberi jawatan seperti penghulu dan jawatan lain dalam kerajaan negeri sebagai wakil untuk urusan orang bukan Islam. 

Di Kedah, keadilan Menteri Besar adalah dengan keizinan berkongsi sumber negeri contohnya sumber air yang digunakan Pulau Pinang.

Di Terengganu, Menteri Besar menyambung dan membaiki projek gagal, terbiar, terbengkalai yang ditinggalkan parti politik lawan tanpa drama politik.

Di Perlis, peruntukan diberikan kepada wakil rakyat pembangkang. Begitu juga di Kedah, Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Keadilan yang tercemar adalah keadilan dalam kerajaan Madani.

Peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, royalti negeri Terengganu, kelulusan projek KXP Kedah sengaja disekat.

Sejak PAS memerintah Terengganu dari 2018 hingga 2022 dengan 3 Perdana Menteri yang berbeza, tiada masalah dalam bayaran royalti.

Tapi untuk tahun ini, Terengganu baru terima RM405 juta daripada RM1.5 bilion yang sepatutnya. Hanya 27%. 

Untuk rekod pembayaran royalti kepada Negeri Terengganu (2018-2023) :

2018 : RM1.374 bilion – Zaman Tun Mahathir

2019 : RM1.497 bilion – Zaman Tun Mahathir

2020 : RM1.226 bilion – Zaman TS Muhyiddin

2021 : RM1.287 bilion – Zaman TS Muhyiddin

2022 : RM1.394 bilion – Zaman DS Ismail Sabri

2023 : RM405 juta – Zaman DS Anwar Ibrahim

Projek KXP telah melalui pelbagai kajian, rundingan, mesyuarat dengan pihak berkepentingan dan permohonan sejak 2013 sedang digagalkan dan dihalang.

Kelulusan pengambilan tanah, peruntukan, dasar pembangunan sudah pun diterima sejak 2019.

Sekali lagi datang PMX, semua jadi huru-hara dan berbelit. Dakwaan tiada kajian, surat tidak sampai, MB Kedah biadab semua jadi sandiwara beliau untuk membakul sampahkan projek KXP. 

Inikah dia keadilan sebuah gagasan Madani? Prinsip tatakelolala apa yang dipakai? 

Yang ada hanya bau busuknya hati. 

Zurk Ahmad

Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor

8 Januari 2024

#AdilPrihatinBerkebajikan

0 comments:

Catat Ulasan