Ramai kenal Yap Ah Loy. Tapi Haji Taib selalu kita dengar nama Lorong Haji Taib. Awak kenal tak siapa Tuan Haji Taib sebenarnya?
Tak tahu? Mari kita kenal orang ni bukan hanya. tahu pasal benda yang tak elok je kan. Tu la masalahnya. Walhal Haji Taib ni memang tiada kaitan lansung dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku dekat lorong tu.
Orangnya banyak berjasa di Kuala Lumpur, tapi namanya dah tercemar dek kerana aktiviti-aktiviti tak sihat yang ada dekat situ.
Jadi, siapa sebenarya individu disebalik nama lorong Haji Taib yang terkenal ni?
Kalau nak tahu, Haji Taib atau nama sebenar beliau adalah Haji Momamed Thaib bin Haji Abdul Samad bukan orang biasa-biasa, abang-abang dan kakak sekalian. Orang kaya Kuala Lumpur ni. Pedagang berdarah Minangkabau yang ada banyak hartanah, bangunan dan juga lombong bijih timah. Walaupun punya banyak harta, namun Haji Taib tidak pernah mengabaikan didikan agama untuk anak-anaknya. Salah seorang anaknya, Othman, yang berdarah Minangkabau-Melaka telah dihantar ke Mekah untuk mengaji agama di sana. Hasilnya, Othman telah menggerakkan sebuah persatuan untuk orang Melayu dan Indonesia di Univerisiti Al-Azhar, Mesir yang menerbitkan majalah Seruan Azhar sebagai menjadi medium untuk menyedarkan orang Melayu untuk menentang British.
Kawasan Chow Kit dengan Kampung Baru tu kawasan yang dibangun oleh Haji Taiblah. Disebabkan oleh jasa dan sumbangan Haji Taib inilah nama beliau diabdikan sebagai Lorong Haji Taib.
Tapi sayang, nama baik yang banyak jasanya ini telah dihitamkan dan dilacurkan oleh aktiviti-aktiviti yang terlarang. Hasilnya orang Malaysia hanya kenal nama Haji Taib dengan benda yang tak elok. Ini kita kena ubah kembali. Tak wajar langsung orang yang banyak berjasa bangunkan Kuala Lumpur dipahatkan dalam minda dengan benda yang tak elok. Yap Ah Loy tu pula yang orang dapat nama.
0 comments:
Catat Ulasan