Isnin, 1 Januari 2024

DAP, SILA HORMATI UMAT ISLAM.

 DAP, SILA HORMATI UMAT ISLAM.

1. Ameerah Malaysia menjunjung kasih atas titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang mengingatkan rakyat Malaysia khususnya mereka yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia.

2. Titah Baginda adalah merujuk cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham bahawa kerajaan melantik pakar daripada kalangan orang bukan Islam untuk terlibat dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN untuk menggubal Undang-Undang Islam.

3. Ameerah Malaysia menghargai ketegasan Baginda yang mengingatkan penganut agama lain agar mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia.

4. Prinsip di dalam ayat ke-6 Surah 

Al-Kafirun  “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” haruslah sentiasa dipegang.

5. Ameerah Malaysia membantah sebarang campur tangan ke atas urusan umat Islam terutama berkaitan Undang-Undang Islam termasuklah yang terkini mahukan penglibatan bukan Islam dalam jawatankuasa berkaitan Undang-Undang Islam.Batas sempadan agama ini jika terus dilanggar khususnya oleh ahli politik DAP, bakal merosakkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang agama dalam negara ini.

YB Mardhiyyah Johari

Ketua Pengarah Ameerah

Dewan Muslimat PAS Malaysia

ADUN Pengkalan Kundor

30 Disember 2023

Related Posts:

  • SAHKAH SOLAT DIBELAKANG IMAM WAHHABI? SAHKAH SOLAT BELAKANG IMAM WAHHABI?1) Persoalan yang selalu ditanya kepada kami ASWJ yang mendedahkan brain wash dan penyelewengan Wahhabi. 2) Apabila golongan Wahhabi mengelabah dan terdesak dalam berhujjah, merek… Read More
  • ASHABUL KAHFI, TIDAK BERTUHANKAN TRINITY ASHABUL KAHFI, TIDAK BERTUHANKAN TRINITYAssalamualaikum.Ada pihak bertanya berkenaan Ashab al Kahfi dan kaitannya dengan Kristianiti. Maka, sebagai muqaddimah, al Hafiz Ibn Kathir menyebutkan dalam tafsirnya:وقد ذُكر أن… Read More
  • 12 Aurat Wanita Dalam Agama Islam DUA BELAS AURAT WANITA1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil … Read More
  • Adab menziarahi kubur. RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.Tajuk : Adab menziarahi kubur.Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asa… Read More
  • DAP, SILA HORMATI UMAT ISLAM. DAP, SILA HORMATI UMAT ISLAM.1. Ameerah Malaysia menjunjung kasih atas titah Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang mengingatkan r… Read More

0 comments:

Catat Ulasan