Sambungan....
Kisah atok terjebak masuk kerja Polis....
Latihan bermula keesokan pagi...kami dilatih, diasah, dibentuk untuk menjadi pegawai yang berilmu, berdisiplin dan berintegriti...disiplin mengikut spec orang putih. Makan pun ada disiplin...cara atur sudu, cara pegang sudu garpu, cara makan, cara cedok sup semua diajar secara detail...
Selama 3 bulan kami diganyang dari lepas subuh sampai ke malam ....schedule sentiasa padat tak ada ruang kosoñg...maklum mereka hendak menyediakan kami daĺam tempoh paling singkat iaitu 3 buĺan berbanding kebìasaan latihan asas mengambiĺ masa 1 tahun. Disebab tekanà n yang kuat ada jugak pelatih yang kecundang di setenģah jaĺan dan dihantar pulang...kegagalan macam ni dalam latihan Polis dipanggil UBE, bermaksud Unlikely to Be Efficient. Atok Alhamdulillah dapat mengikuti semua latihan dengan sempurna. Keputusan peperiksaan Undang2 atok pun agak baik...terima kasih juga kepada ITM sebab atok pernah didedahkan kepada mata peĺajaran Undang2 masa belajar di sana dulu, oleh demikian lebih mudah atok menyerap pelajaran Undang2 dalam Polis....
Masa berkursus kami para pelatih hampir tak sempat nak berinteraksi sesama sendiri sebab jadual terlalu padat....terutama bagi atok yang duduk di berek kayu, hampìr tak kenal dengan pelatih2 yang duduk di bangunan utama...
Semasa latihan macam2 peristiwa menjadi kenangan. Pertama kawad macam kartun...betul macam kartun. Ada setengah pelatih bila kawad, kaki dan tangannya sama2 maju kedepan. Kalau berjalan dia elok, bila berkawad dia jadi kartun...Masa latihan menembak ada pulak pelatih yang tak boleh kenyit mata sebelah... Macamana nak menembak rifle kalau dua2 mata terbuka...lama2 cikgu suruh dia bukak baju balut matanya sebelah baru boleh menembak.
Di akhir latihan ada pelatih dinobat juara kawad, ada juara menembak dan ada pelatih terbaik Undang2 dan ada Peĺatih Terbaik keseluruhan. Yang paling atok ingat ialah best student Undang2 iaitu kawan baik atok nama Kamaruddin Hashim @ Kenny. Korang kena ingat nama ni baik2...kelak atok akan buat banyak cerita mengenai dia...dia atok anggap sebagai wira tak didendang paling ulung dalam sejarah PDRM, terlalu banyak jasanya kepada bangsa dan negara....tunggu...
Tamat latihan para pelatih diserap kepada tiga cawangan...atok perhatikan cara Bukit Aman buat penentuan siapa tukar kemana adalah saperti berikut...lebih kurang 80 pelatih yang punya kelulusan akademik terbaik diserap ke SB, 30 orang yang terbaik keputusan Undang2 ditukar ke Tugas Am sebagai Pegawai Penyiasat, dan selebihnya masuk Field Force atà u Pasukan Polis Hutan...
Atok diserap Ä·e SB...dan kami seramai 80 orang diperlukan kekal selama 2 minggu lagi di Maktab untuk menyambung kursus peralihan Cawangan Khas.
Yang bertukar ke Tugas Am terus dihantar ke Daerah2 sebagai IO, diantaranya termasuk kawan atok Kamaruddin @ Kenny...dan mereka yang diserap ke Field Force dihantar ke Ulu Kinta untuk menjalani kursus peralihan di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan...
Semasa atok menjalani Kursus Cawangan Khas, jadual pun sangat padat...selama 2 minggu setiap hari terpaksa mendengar ceramah demi ceramah dari pagi sampai jauh malam...tersangatlah boring, sebab kebanyakan apa yang mereka sampaikan atok belum faham dan tak dapat tangkap kandungan dan tujuannya...Cawangan Khas adalah terlalu asing bagi atok.
Dan semasa kami menjalani kursus Cawangan Khas itu, satu group baru masuk untuk memulakan latihan di Maktab....Mereka adalah terdiri daripada pegawai2 Kadet ASP dan dua orang PI perempuan. Yang group Kadet ASP tu termasuklah mantan IGP Tan Sri Rahim Nor....
Ada satu peristiwa yang atok ingat mengenai mereka...First day mereka lapor diri, pakai baju preman lagi, rambut semua panjang ada yang macam rambut Beatles...petang tu mereka masuk ke Mes untuk minum. Atok ni bila jumpa mereka cubalah act friendly, sapa mereka...adalah atok joke sikit dengan mereka, kata...hey, have a last good look at your hair, they will be gone in a moment....bila atok cakap macam tu, ada sorang dari mereka yang datang jegih kt atok....Alamak, mentang2 kau dapat Kadet aku ni dapat PI...hari pertama, belum apa2 pun lagi dah tunjuk bossy kt orang bawahan....piirah, atok fikir, malas aku nak layan orang macam tu...
Tamat latihan SB atok diarah lapor diri ke Bukit Aman pada 25 Sep1969 bersama 16 orang pegawai lain...maka bermulalah kareer atok sebagai pegawai Cawangan Khas selama 21 tahun di Bukit Aman....
Sekian.
Coretan oleh Zahriman Alias
0 comments:
Catat Ulasan