Kisah atok terjebak masuk kerja polis ....mula2 tak minat lepas tu syok pulak.
Atok berkhidmat dalam PDRM 31 tahun...masuk 1969 bersara tahun 2000. Bersara awal semasa atok umur 52 tahun... Dalam tempoh tersebut atok berkhidmat dalam berbagai cawangan, paling lama dalam Cawangan Khas (SB) 21 tahun, Jenayah Berat 2 tahun dan Tugas Am 8 tahun. Dalam tempoh itu juga atok meĺalui berbagai pengalaman ...yang merbahaya, yang mencemaskan, ýang sulit, yà ng geli hati, yang seronok semua ada...tugas dalam SB yang paling banyak cabaran. Mula2 atok terlibat menyiasat kegiatan sabversif Komunis dalam Communist United Front bilamana kader2 Komunis menyusup masuk dalam pertubuhan2 pelajar dan belia lalu menjalankan dakyah mereka. Atok juga pernah terlibat menyiasat kegiatan pegawai2 perisik asing ( foreign spy) dari negara luar yang datang ke tempat kita cuba menembusi badan2 Kerajaan termasuk Polis dan tentera, Kementerian, badan politik dan sebagainya .....
Tapi sebelum atok pergi kepada cerita hal dalaman tu...biarlah atok mula dengan cerita bagaimana atok mula2 terjebak dengan kerja Polis...walhal pada mulanya atok langsung tak minat nak jadi Polis....
Kisahnya begini... dulu selepas Senior Cambridge tahun 1966 atok belajar di ITM tahun 1967, nasa tu dipanggil Mara College. Kursus yang atok ambil ialah external course berpusat di England...nama Kursus Institute of Credit Management (ICM). Atok pilih kursus pun pakai rawak je, bukan ada sape2 kt kampung masa tu nak nasihat atok tentang jenis2 kursus yang baik. Jadi atok main agak2 jelah...
Sebenarnya atok dah salah pilih kursus...ICM adalah kursus baru yang diperkenaĺ oleh ITM. Untuk kali pertama mereka ambil 8 orang sebagai percubaan termasuklah atok. Kursus tu susah nak lulus rupanya...semester pertama kami 8 orang amik periksa, ke semua lapan2 gagal. Ambil lagi peperiksaan yang sama di semesta keduà .. sekali lagi kesemùa lapan2 gagal. Kursus external ni tak boler refer, semua ķena repeat...satu sabjek gagal, kesemua paper kena repeat ...
Tahun berikutnya, kami ambil lagi periksa kali ketiga...masih gagal, tak seorang pun lulus. Malahan intake baru yang ITM ambil pada tahun 1968 pùn seratus peratus gagal.....
Kemudian barulah Mara College sedar kursus itu tidak sesuai bagi penuntut yang fresh dari sekolah...ia adalah kursus post graduate, tak sesuai untuk pelajar fresh from school....seterusnya Mara College telah batalkan kursus tersebut, dan peserta2 ditawar untuk ambil kuŕsus lain...
Bagi atok ia amat mengeciwakan...atok bosan, atok dah membazir masa hampir 2 tahun di ITM....hati mula memberontak. Perasaan malas, perasaan serik untuk sambung belajar timbul. Kawan2 yang ambil kursus lain dah nak graduate...atok abok pun tak ada...Mulalah berusaha cari kerja....
Berbèkalkan keputusan Senior Cambridge atok yang agak baik, mata pelajaran semua dapat credit, atok mohon kerja...tulis surat sana sini mintak kerja. Nampak je iklan kerja kosong atok pun mintak. Tak kira apa jawatan...kerani, accounts clerk, store keeper...tak kisah semua mintak. Malangnya satu pun tak berjaya...panggil temuduga pun tak.
Dalam pada tu, seorang kawan atok di ITM nama Azme, dia pun sibuk cari kerja...dia hulur borang untuk jadi Pegawai TLDM...tapi atok tak minat. Langsung tak minat jadi tentera atau nak pegang senjata ....dia pun ada bagi atok borang masuk Polis, tapi atok pun tak minat...
Dah beberapa hari borang polis tu duduÄ· kt meja atok..tiba2 atok ambil pen, isi borang tu...isi main2 bukan minat pun nak jadi Polis. Lepas isi atok pun poskan...saja main2 hantar tengok macam mana...
Tak lama atok terima jawapañ dari Bukit Aman suruh atok lapor ke Polis Depot Jalan Gurney pada 13 Mei 1969 untuk temuduga jawatan Inspekter Percubaan...atok cakap, buat apalah korang panggil aku temuduga, aku bukan minat jadi Polis....
Kesudahan atok tak pergi temuduga...
Nasib baik atok tak pergi, kalau pergi tak tau apa terjadi pada atok...bukankah tarikh 13 Mei tu hari kejadian rusuhan besar2an di Kuala Lumpur juga seluruh negara....
Ye hari yang sepatutnya atok pergi temuduga tu telah berlaku rusuhan perkauman 13 Mei. Atok masa tù berada di Kampus ITM Seksyen 17 Petaling Jaya...malam tu kecoh di kalangan students kata ada pergaduhan kaum berlaku di Kuala Lumpur. Atok nampak ada kawan2 yang naik bas ITM ramai2 pergì Kuala Lumpur untuk menyertai pergaduhan...tapi atok tak mau terlibat. Atok dan kawan2 standby je di Maktab...dari jauh kami nampak jelas kesan2 rusuhan. Asap berkepul2 naik dari arah K Lumpur, Bangsar, Kg Kerinchi, Jalan Kelang Lama dan merata tempat...namun kami di ITM tenang, tak ada apa2 buruk berlaku...
Keesokan harinya ada seruan untuk derma darah dari Hospital University...hospital memerlukan darah sebab terlalu banyak orang cedera akibat rusuhan...budak2 ITM berbas2 pergi derma darah. Atok tidak ketinggalan ikut serta...itu kali pertama atok derma darah.
Selepas meletus rusuhan Perintah Berkurung dikenakan...tak dibenar langsung kelùar rumah. Polis dan tentera sentiasa berkawal dan meronda...kalau ada yang cuba melanggar perintah berkurung mereka ditembak tanpa soal jawab. Malah kalau duduk kt varendah rumah pun boleh kena tembak...ketat sungguh kawalannya.
Namun bagi kami yang duduk di ITM relak jè, kelas semua dibatalkan...kami duduklah di asrama, makan tidur...
Selepas 3 hari, perintah berkurung dilonggarkan...orang ramai dibenar keluar siang hari untuk membeli keperluan. Malam tetap curfew....Hari ke4 tiba2 arwah abah muncul di asrama tempat atok tinggal..
Iman jom balik ikut abah, katanya...ada Polis datang ke rumah cari kau....
Terkejut atok bila dia kata ada Polis datang cari atok....
Rupanya Polis tu datang nak bagi tau suruh atok pergi temuduga Inspektor Percubaan di Seremban...abah pun suka kalau atok masuk Polis, belum ada sesiapa dalam keluarga kami yañg kerja Polis...dia pun desak atok balik...
Atok pun akurlah...atok ikut abah, besoknya abah hantar atok pergi IPK Seremban untuk temuduga...
Tiba di IPK atok melalui ujian2 yang diwajibkan...ukur tinggi, berat, dada, cek mata, tangan, jari, siku, kemudian suruh kita berjalan nak tengok pengkar ke tak. Mereka tak nak orang mata rabun, juling, buta warna dan sebagainya...atok nyaris je gagal...Polis tu kata siku atok meleding sikit, dan dia tulis komen kt dalam borang"siku lembut"....nasib baikĺah pegawai dia kata ok boleh lulus.
Lepas pemeriksaan fisikal...yang gagal disuruh balik. Atok lulus terus masuk dalam bilik untuk temuduga...takde berlengah. Dalam bilik tu ada tiga orang yang temuduga atok...tengok pangkat dia paku berbutir2, ada keÅ•is bersilang2...mereka nampak hebat. Itulah pertama kali atok tengok Pegawai Polis dari dekat pangkat besar2. Kagum atok...barulah betul2 atok ada minat nak jadi Pegawai Polis macam mereka....berkobar2 lah pulak. Bos yang ambil temuduga tu nama Mohammad ...orang panggil Mat Kwantong. Dia baik, lembut tak cerkah² orang....dia belek atok punya sijil Senior Cambridge , dia pandang atok, angguk2. Langsung tak tanya bañyak...hanya tanya latar belakang atok, kampung mana, emak, ayah, adik beradik, sekarang buat apa, belajar kt mana...itu je. Dia pun suruh keluar....
Sampai diluar, ada sorang pegawai tiga paku bagi tau...awak lulus. Sekarang naik bangunan ni tingkat atas buat vetting....aaaitt...senangnya dapat kerja Inspektor Polis....macam tak percaya je.
Masa vetting tak ada halangan, semua clear....Lepas tu diorang bagi atok borang dan suruh datang pulak ke Hospital Seremban keesokan hari untuk ujian medical. Diorang kata...kalau awak lulus medical, bermakna awak telah berjaya dalam pemilihan...dan tunggu surat tawaran, dijangka sebelum cukup bulan Mei akan dapat surat....huuih mudahnya.
Keesokannya abah hantar lagi atok pergi medical check up...Alhamdulillah semua lulus. Tapi atok tengok bilangan yang datang buat medical check up adalah lebih ramai dari yang buat interview semalam. Rupanya dalam kumpulan tu adalah termasuk calon2 yang telah ditemuduga di Polis Depot pada 13 Mei. Dalam ramai2 atok tengok ada sorang yang tangan kirinya berbalut simen. Dia kata, dia temuduga di Depot, lepas temuduga dia pergi jalan2 ke kawasan Chow Kit...dan di sana dia telah terperangkap dalam pergaduhan kaum. Tangannya kena tetak, tulang hampir putus...Disebabkan kecederaannya itu, dia gagal ujian medical...kesian dia.
Atok ĺulus medical...lega. Apa lagi takkan nak tunggu kt ITM...atok terus pergi ITM, amik semua barang bawak balik kampung...tanpa notis, tanpa bagi tau maktab atok berhenti dari ITM.
Di rumah hati berdebar2 menunggu surat tawaran...katanya sebelum hujung bulan akan dapat. Atok tunggu punya tunggu...surat tak jugak tiba2....bulan dah masuk Jun, masih jugak menunggu...atok makin tak sabar. Atok pergi ke pekan Chengkau cari telephone booth nak call Bukit Aman....
Atok standby duit syiling lebih2 sikit dan calĺ Bukit Aman ....atok tak tahu nk contact sape, cakap jelah kt operator tu atok nk tanya pasal permohonan masuk Inspekter...operator sambung ke bahagian berkenaan, dan sorang budak perempuan yg jawab ringkas je... tunggu tunggu tunggu...nanti surat sampai. Agakñya dia sibuk sangat tak sempat nak layan atok...
Seĺang beberapa hari atok terima surat tawaran berserta warrant ticket naik keretapi pergi Kuala Kubu Bharu. Hati gembira bukan kepaĺang...sah sudah nak jadi pegawai polis...
16 Jun atok pikul beg, naik train dari Rembau...itu kali kedua pengaĺaman naik train seumur hidup. Kali pertama masa kecil ikut abah pergi Singapore. Tiba di KKB baru perasan ada ramai rupanya yang sama naik train dengan atok nak pergi KKB, dan masa tiba di stesèn keretapi sebuah lori Polis sudah sedìa menunggu kami...
Tiba di Maktab rupanya atok last batch yang sampai...budak2 lain dah tiba dulu dan mereka memenuhi semua bilik kamar di bangunan utama Maktab. Yang tinggal hanya berek kayu sebelah bawah dekat transport yard...alamak, orang ĺain dapat duduk bilik macam pegawai...atok dapat duduk berek kayù macam mata2. Ia merupakan dormitory panjang dèngan katil berderet macam hospital.
Perkara pertama kami diajar menyediakan tempat tidur, pasang cadar dan keĺambu. Mesti kemas to perfection. Kami diberi kasut boot, kepaĺanya berbiji macam kulit cempedak dan disuruh kilatkan sampai memancar macam cermin. Kerja tu bukan mudah...terpaksa tonyoh berjam2 nak bagi kilat sampai keras kematu jari telunjuk atok.
Bilangan pelatih yang lapòr diri 252 orang...itu merupakan rekod paling ramai PDRM mengambil pelatih baru pada satu2 masa. Kumpulan kami juga mencatat rekod sebagai kumpulan pertama tak perlu masuk Depot, tapi terus pergi Maktab. Selain itu kami mencatat rekod latihan terpendek hanya 3 bulan berbanding sebelumnya memakan masa 1 tahun...
Latihan bermula keesokan pagi.....
Bersambung....
Nukilan Zahriman Alias
0 comments:
Catat Ulasan