Perkongsian video pendakwah bebas terkenal di laman TikToknya telah mengundang kecaman wargamaya.
Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan olehnya tidak dapat diterima oleh kebanyakkan pengikutnya.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
“Si ibu tanya kepada si anak kenapa dengan kamu? Kenapa kamu nangis mata sampai sembab begitu kenapa?
Si anak menjelaskan ibu ayah Ya Allah saya tadi berdoa kepada Allah.
Saya rindu kepada ibu ayah dan sudah lama tidak berjumpa. Saya menangis kerana rindu kepada ibu ayah.
Lalu Allah makbulkan doa saya dan terharu lalu menangis.”
Si suami dari jauh ketika itu ‘terkejut’ dengan respon yang diberikan oleh isterinya.
Sedangkan wanita berkenaan boleh mengadu kepada kedua ibu bapanya tentang apa yang terjadi namun mengambil keputusan sebaliknya.
Di akhir video tersebut, Ustazah Oki Setiana Dewi memberikan pesanan supaya tidak menceritakan apa yang telah terjadi.
Dan perkara tersebut secara tidak langsung akan memburuk-burukkan pasangan sendiri.
“Menyimpan aib sendiri ya Allah luar biasa makin sayang dan cintalah suami tersebut.
Jadi tak perlu cerita-cerita, sekiranya membuat kita memburuk-burukkan pasangan kita sendiri.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dikatakan kurang bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah Oki Setiana Dewi.Dan menjelaskan keganasan yang berlaku perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, mereka turut akui ‘terkejut’ dengan kenyataan tersebut dan mempersoalkan kredibiliti Oki selaku pendakwah yang disegani ramai.
Sumber: Oki Setiana Dewi
0 comments:
Catat Ulasan