PETALING JAYA – Kisah cinta tiga segi atau main kayu tiga yang terjadi kepada setiap pasangan hangat bercinta sememangnya amat memeritkan.
Apatah lagi pasangan tersebut telah sah menjadi suami isteri mahupun sudah menjadi pasangan yang telah bertunang.
Terbaharu, satu klip video yang tular di laman sosial ketika ini turut menyaksikan tentang kecurangan satu pasangan yang dilaporkan berlaku di Pahang baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, seorang pemuda berjaya menangkap tunangnya bersama seorang lelaki lain di satu premis rumah kedai dikatakan di bandar Kuantan.
Kisah tersebut menjadi bualan hangat apabila pemuda tersebut dilabelkan sebagai cukup ‘gentlemen’ apabila terus memutuskan hubungan bersama tunangnya.
Malah pemuda tersebut juga dilihat tidak sesekali memukul atau menyentuh pasangannya dan lelaki terbabit.
Rata-rata orang ramai memuji sikap pemuda itu dan menyifatkan tindakan yang dilakukan itu adalah tepat kerana kecurangan adalah disebabkan oleh pasangannya.
“Bagus bang, cara ni bagus. Cukuplah bela perempuan macam tu. Dah terbukti dia buat perangai, elok bagitau mak ayah perempuan tu.
“Yang lelaki pula dah tahu tunangan orang pun tetap nak kacau, tapi kalau tak tepuk sebelah tangan tak akan berbunyikan,” jelas Ezwan Ez.
Kali ni perempuan buat hal, mana golongan perempuan ni, tak ada pula yang nak bela kaum dia yang perangai macam ni.
“Biasanya perempuan tak pernah salah, itu pun ada komen merapu kata kenapa rakam video, itu aib orang. Nak juga menang kaum ni,” kata Bakri Amirah. – K! ONLINE.
0 comments:
Catat Ulasan