Selasa, 1 Februari 2022

Koleksi Resepi: Ketupat Sotong Kelantan

 "Resepi Ketupat Sotong Kelantan"

Bahan-bahan:

- 1 kilo sotong.

- 2 cawan beras pulut.

- 2 keping nise/gula melaka.

- 1 kotak santan.

- 3 helai daun pandan.

- Sedikit garam.

- Air.

- Gula jika perlu.

Cara-cara Penyediaan:

1) Bersihkan beras pulut.

2) Rendam dengan sedikit santan dan garam.

3) Biarkan kembang.

4) Basuh sotong bersih-bersih.

5) Terpulang mahu siat kulitnya atau tak.

6) Toskan dan masukkan beras pulut yang telah direndam terlebih dulu tadi, isi kan separuh dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut tumpah.

7) Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka,garam,daun pandan dan sotong, buka api masak hingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi, tunggu hingga mendidih boleh tutup api.

Tips

*Letak separuh aje beras pulut kedalam sotong untuk mengelakkan sotong pecah.

*gunakan nise atau gula melaka untuk warna kuah yang lebih gelap.

*letak sedikit demi sedikit santan untuk mengelakkan santan jadi pecah minyak.

0 comments:

Catat Ulasan