MELAKA – Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, selamat tiba di Terengganu awal pagi tadi bagi membantu penduduk di negeri itu yang dilanda banjir sejak minggu lalu.
Azwan turut berkongsi keberadaannya di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu secara sesi live Facebook dua jam yang lalu.
“Saya dah sampai Terengganu pukul 4.50 pagi, kalau sesiapa ada info kawasan yang masih teruk boleh kongsikan kerana di sini air dah mula surut,” katanya.
Sementara itu, pengikut sesi live tersebut dan salah seorang penduduk turut membantu menunjukkan arah perjalanan ke Kuala Berang yang dikatakan kini terjejas teruk.
“Orang ganu dah tunjuk jalan, depan sana, ok baik,” katanya.
Dalam sesi tersebut turut dilihat sebuah Triton dipercayai yang dihadiahkan usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan bagi menghargai jasanya membantu mangsa-mangsa banjir, bulan lalu.
Turut dilihat beberapa individu lain dipercayai kenalan yang turut bersama-samanya dalam misi tersebut. – KOSMO! ONLINE
0 comments:
Catat Ulasan