Lately ni mesti korang selalu tengok gelagat comel penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri dengan suaminya Syamel kan? Tambah pula, Ernie ni merupakan anak saudara kepada Ziana Zain dan Anuar Zain.
Takpun, korang mesti tahu juga yang Nelydia dan juga Uqasha merupakan adik beradik yang aktif dalam bidang lakonan. Bukan tu je, sepupu-sepupu diorang yang lain pun turut aktif dalam bidang yang sama.
1. Jasmin Hamid & Aleza Shahdan (Sepupu)
Kita mulakan dengan Jasmin Hamid dan juga Aleza Shahdan. Siapa je tak kenal dua-dua pelakon wanita hebat yang selau bawa watak mak-mak ni kan? Kalau jadi mak yang jahat tu, memang menjadi betul! Haa rupa-rupanya diorang berdua ni merupakan sepupu.
Jasmin Hamid dilahirkan pada 15 September 1974 manakala Aleza Shahdan pula dilahirkan pada 21 November 1975. Mereka berdua sangat sinonim dengan watak dalam drama-drama Melayu. Teringin juga min nak tengok dua sepupu ni berlakon sekali!
Siapa yang rindu nak tengok dua-dua pelakon ni, korang geng dengan min!
2. Rosyam Nor & Faizal Hussein (Sepupu)
Siapa sangka rupanya hero remaja yang pernah menjadi pujaan orang ramai iaitu Datuk Rosyam dan Faizal Hussein juga merupakan sepupu! Difahamkan, Rosyam Nor melangkah ke dalam dunia seni terlebih dahulu dan kemudiannya baru diikuti oleh Faizal Hussein.
Mereka yang menjadi kegilaan orang ramai selepas kemunculan bersama dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’ yang mana Faizal Hussein memegang watak utama dan ianya ditayangkan pada 1985!
Ohh yaa, kalau korang nak tahu juga… penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim juga merupakan sepupu kepada Faizal Hussein tau!
3. Fattah Amin & Syamsul Yusof (Sepupu)
Pengarah dan juga penerbit terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada pelakon serta pengarah Syamsul Yusof merupakan bapa saudara kepada pelakon Fattah Amin!
Ini menjadikan Fattah Amin sepupu kepada Syamsul Yusof. Ternyata Fattah Amin pernah menjadi kru penggambaran untuk Syamsul dan juga Datuk Yusof Haslam sebelum menyertai program Hero Remaja.
Fattah dan Syamsul rupanya pernah berlakon bersama dalam filem ‘KL Special Force’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2018.
Bukan tu je, pelakon wanita Sabrina Ali juga merupakan sepupu kepada Syamsul… Kalau korang perasan, diorang berdua pun pernah berlakon sama-sama dalam filem ‘Munafik’…
4. Ella & Kaka Azraff (Ibu-anak saudara)
Ratu rock Malaysia Ella merupakan ibu saudara kepada penyanyi yang juga bersuara serak iaitu Kaka Azraff!
Buat sesiapa yang tak tahu, Kaka sendiri mendedahkan bahawa Ella sememangnya bersikap manja seperti yang sering ditunjuk pada orang awam. Bukan itu sahaja, Ella juga dikatakan sangat akrab dengan anak-anak saudaranya yang lain.
Dengar cerita Kaka sampai jadikan Ella sebagai inspirasi untuk mulakan langkah sebagai penyanyi sebelum ni…
5. Sherry Al-Hadad & Sharifah Shahirah (Ibu-anak saudara)
Kalau korang rajin tengok TV, mesti akan familiar dengan pengacara yang selalu menghiasi program-program TV, Sherry Al-Hadad.
Korang jangan terkejut pula kalau Sherry Al-Hadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad ni merupakan ibu saudara kepada pelakon dan juga pengacara iaitu Sharifah Shahirah!
Walaupun Sherry lebih muda dari Sharifah Shahirah, namun Sherry sangat dihormati oleh anak buahnya itu. Malah, Sharifah Shahirah pernah mendedahkan bahawa sebelum Sherry mula dikenali, dia mengalami kesukaran bersama keluarganya.
Haaa, sekarang korang dah tahu kan? Terkejut tak? Kalau min, paling terkejut yang Fattah dengan Syamsul tu! Rupanya selama ni pusing-pusing situ juga family diorang ni…
Sumber: TikTok, Portal Murai
Kredit:Lobak Merah
0 comments:
Catat Ulasan