Ahad, 6 Februari 2022

Pak belang dipercayai sesat dari hutan simpan

 

Tangkap layar rakaman memaparkan seekor harimau belang di satu kawasan semak yang berbukit di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

IPOH – Orang ramai khususnya pengguna Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dinasihatkan tidak membuat sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan harimau.

Tindakan membunyikan hon hingga mengejutkan haiwan itu selain turun dari kenderaan dikhuatiri boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, begitu juga jika cuba membaling objek ke arah harimau tersebut.

Haiwan pemangsa itu kemungkinan tersesat di kawasan berkenaan ekoran mengejar haiwan buruan.

“Harimau belang yang dilaporkan ditemui orang awam di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, dipercayai dari hutan simpan berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan telah dilakukan anggota Perhilitan di lokasi penemuan haiwan liar itu, namun harimau tersebut tidak kelihatan dipercayai telah masuk ke hutan simpan berkenaan.

“Kita akan membuat pemantauan daripada semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai dan keselamatan harimau itu sendiri,” katanya.- K! ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan