5 PERKARA AKAN BERLAKU TAHUN 2022!
Semalam, saya sempat menonton satu sedutan video yang dimuatnaik oleh tuan Zaidi Ismail, pakar forensik kewangan.
Dia meramalkan sekurang-kurangnya akan ada LIMA benda berlaku di tahun 2022 ini dan kita kena bersiap sedia untuk berhadapan dengannya.
#inflasi
1. Kenaikan harga barangan
Tahun ini, rata2 kos kehidupan akan mula semakin mahal dan membebankan. Banyak barang telah dan akan mengalami kenaikan harga. Dan semua ini bukan dalam kawalan kita.
Maka, masa ini kalau boleh belajar downgrade dan berbelanjalah secara berhemah. Cari cara untuk berjimat cermat. Kalau ada tanah kosong di tepi rumah, sudah boleh mula bercucuk tanam. Kalau suka minum pagi di kedai, boleh mula bawa bekal atau sarapan di rumah.
Jangan lupa, masa ini juga kena bijak uruskan hutang dan jika boleh, elakkan buat hutang jahat.
#BNPL
2. Wujud trend ‘Buy Now, Pay Later’
Dalam masa terdekat, dijangka akan muncul budaya dapat barang dulu, bayar kemudian.
Maksudnya, akan banyak barang dijual secara ansuran. Malah, sekecil2 benda pun dijual dan boleh dibayar secara ansuran.
Ada baik dan buruknya.
Siapa yang tahu guna kaedah ini, ianya adalah satu kesempatan terbaik gunakan lebihan cash flow yang ada untuk tambah saving, pelaburan atau settelkan hutang jahat.
Tetapi, sebaliknya amat berhati-hati pula buat yang tidak tahu atau tidak boleh mengawal nafsu membeli, silap2 boleh tercekik diri sendiri.
Hutang pula makin bertambah, simpanan tiada. Pertambahan aset pun yilek!
#egig
3. Ekonomi GIG
Tahun 2020-2021, ramai yang telah hilang pekerjaan atau bertukar kerjaya.
Daripada pendapatan besar menjadi berpendapatan kecil. Daripada ada pendapatan tetap kepada income tidak tetap. Pastinya kini kehidupan sudah berubah dan dalam keadaan berbeza.
Kini, sejak PKP sudah mula ramai terbiasa bekerja dari rumah.
Maka, tahun ini akan wujud satu trend ramai orang lebih gemar memilih sebagai freelancer iaitu bekerja sendiri daripada makan gaji.
#sideincome
4. Buat pendapatan sampingan
Kos hidup semakin bertambah. Anak-anak perlu disuap makan dan minum mereka. Susu anak kena tetap beli. Beras kena beli.
Nak atau tidak, hari ini tidak boleh lagi bergantung dengan satu paip income sahaja.
Tahun 2022, kena belajar tambahkan paip income.
Siapa yang ada kemahiran atau skill, boleh gunakan untuk tambah income.
Minat dan pandai bertukang kayu.
Minat dan pandai menulis.
Minat dan pandai membuat grafik.
Minat dan pandai coding.
Apa sahaja yang kita minat, jadikan ia sebagai sumber pendapatan kedua.
Setiap orang ada kelebihan masing-masing.
Tetapi, jika masih belum ada sekalipun cuba cari jalan untuk mahirkan diri dan belajar.
Memang, bukan semuanya mudah. Kalau semua benda mudah, semua orang pun akan buat dan kaya raya.
Contohnya, boleh mula belajar dan menjadi perunding kewangan seperti dalam bidang unit trust, takaful, emas, dan hartanah.
At least, kita akan lebih ke depan dalam skill mengurus kewangan sambil berkongsi ilmu dengan orang lain.
Saham dunia dapat, akhirat pun dapat.
Just niatkan apa kita buat kerana Lillahi taala.
#SOM
5. Social media marketer
Buat anak muda atau sesiapa yang ada skill, grab peluang ini sebaik-baiknya.
Benda ini mungkin baharu dan tak glamor seperti job yang lain. Tetapi, permintaa untuk SOM ini adalah tinggi buat waktu ini.
Yang ada minat dan nampak potensi bidang ini, jangan buang waktu. Jangan sia-siakan bakat sedia ada.
Dunia berubah. Persekitaran kita pun berubah.
Maka, kita juga kena berubah!
Cuba tanya diri sendiri, apakah kita sudah bersedia?
Bedah keperluan dan kewangan kita. Ubah hidup kita hari ini untuk kejayaan dan kesenangan di masa depan.
Selamat pagi!
Semoga dipermudahkan urusan kita semua dalam mencari rezeki untuk keluarga.
Bismillah.
Siap Sedia!
0 comments:
Catat Ulasan