Tahukah kalian .. Inilah 'Rumah Degil' yg pernah berada selama lebih 70 tahun di Alamat Rumah Melayu NO 41, Jalan Chow Kit di tengah² pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur. Pemilik asal rumah ini adalah Nenek Norma.
Banyak sumber cerita berkenaan rumah ini. Dimana, dikatakan bahawa yg tuan empunya rumah, 'degil' dan berkeras tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju dikawasan tersebut. Sehinggalah telah dinaikkan bangunan² kedai dikiri kanan rumah, dan hanya rumah ini sahaja yg masih kukuh serta utuh bertahan.
Pelbagai usaha dilakukan utk memujuk Nenek Norma, bagi menjual rumah itu. Malah, bertahun-tahun lamanya, sehinggalah beliau meninggal dunia.
Apabila masuk sahaja tahun 2013, akhirnya rumah ini terpaksa juga dilepaskan. Namun, masih ramai orang yg tidak menyedari bahawa struktur asli rumah ini telah dipindahkan ke Balai Seni Negara, yg terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.
Sebagai tatapan umum sejarah tentang keberadaan rumah tradisional Melayu, yg suatu masa dahulu byk didirikan di kota metropolitan ini.
Bissirril al-fatihah buat ruh allahyarhamah Nenek Norma.
Credit - #BangChikJolobu
0 comments:
Catat Ulasan