
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini kerana masalah jantung dan beberapa penyakit lain, kata Mursyidul Am Hashim Jasin.
Katanya, Hadi yang ketika ini berada di Terengganu turut mendapat nasihat doktor supaya tidak “berjalan jauh”.
“Dia uzur syarie, dia sakit banyak…dia (juga) ulang alik IJN (Institut Jantung Negara), macam-macam sakit. Doktor nasihat dia supaya tidak berjalan jauh,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketiadaan Ahli Parlimen Marang itu pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.
Hashim berkata, disebabkan penyakit dialami Hadi, mesyuarat Majlis Syura PAS juga terpaksa ditangguhkan.
“Perkara ini dimaklumkan oleh setiausaha politik dia, Majlis Syura nak buat mesyuarat, dia tak dapat tetapkan tarikh, bila tarikh tu…aktiviti parti pun banyak tertangguh, yang sepatutnya dia hadir dia tak dapat hadir,” katanya.
Katanya, walaupun berdepan masalah kesihatan, Hadi tetap aktif menulis menyebabkan “dia tidak nampak seperti sakit”. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Hadi tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat sepanjang minggu ini.
“Dia MC (cuti sakit) selama empat hari, kesihatan beliau tidak mengizinkan hadir minggu ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Politik Hadi, Syahir Sulaiman berkata surat pemakluman dan sijil MC Hadi dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul semalam.
Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, Hadi ketika ini turut mendapat rawatan susulan di Terengganu - FMT
Related Posts:
RUU ANTI LOMPAT PARTI: YANG BERBAHAS HANYA AHLI PARLIMEN BIASA JELAS sangat, mereka yang mempersoalkan mengapa tiada ahli parlimen Bersatu mengambil bahagian membahas RUU Anti Lompat parti, tidak tahu membezakan antara anggota pentadbiran dan ahli parlimen biasa (backbencer).Perjal… Read More
Hj. Hadi Tak Hadir Sidang Dewan Rakyat Sebab Uzur PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini kerana masalah jantung dan beberapa penyakit lain, kata Mursyidul Am Hashim Jasin.Katanya, Hadi yang ketika ini berada di Terengganu turu… Read More
'Saya dan Anwar ada sokongan 105 Ahli Parlimen' - Shafie Apdal Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa namanya dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa sebagai calon Perdana Menteri daripada PH Plus. - Gambar failKUALA LUMPUR:&n… Read More
Ahli Parlimen Labuan didakwa guna kedudukan dapatkan kontrak pekerjaan Rozman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Labuan hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan kontrak pekerjaan bagi Syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd, tiga tahun lepas. --fotoBERNAMAK… Read More
‘Masa banjir, rakyat mati, rumah hanyut, menteri pula ‘hilang’,’ Anwar tempelak teguran Ismail Anwar Ibrahim, yang mengakui terdapat beberapa Ahli Parlimen atau ADUN pembangkang yang tidak hadir untuk membantu rakyat terjejas banjir, berkata beliau akan menggugurkan mereka daripada Pakatan Harapan sebagai calon p… Read More
0 comments:
Catat Ulasan