Khamis, 14 April 2022

Koleksi Resepi:Mee Yee Sizzling

 RESEPI YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)


3 gulung yee mee

5 ulas bawang putih - dicincang halus

1/2 inci halia - dicincang halus

Ayam - dipotong kecil

6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4

4 biji cili kering - dipotong-potong

4 sudu makan sos tiram

3 sudu makan kicap cair

3 sudu makan kicap pekat

1 sudu makan serbuk lada hitam

1 sudu teh minyak bijan

2 sudu makan tepung jagung + secawan air

Minyak untuk menumis

4 cawan air


Cara-caranya:


Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.

Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.

Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).

Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.

Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.

Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.

Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.


Kredit : Nor Azlindawati Salha Baharudin

Related Posts:

  • Koleksi Resepi: Bihun Sup Utara (Sup Tulang) Uihh! Bihun Sup Utara (Sup Tulang) 🤤Bahan bahan1 peket bihun1 sudu kunyitRebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..Bahan2 Sup Tulang1kilo tulang dicampur sedikit daging2 batang… Read More
  • Koleksi Resepi: Sotong Stim Thai RESEPI SOTONG STIM THAIBahan-bahan :-sotong (klu boleh guna yg besar & fresh)-bwg putih dlm 7 ulas-cili padi ikut tahap kepedasan masing2-kicap sotong-gula pasir / gula somtam (nk pakai dua2 pn blh,ikut selera masin… Read More
  • Koleksi resepi ikan siakap viral, siap dapat sampai 52K shares!Masih lagi viral dengan isu harga ikan siakap yang mencecah ribuan ringgit, jadi ramai pula yang teringin untuk makan menu berasaskan ikan siakap. Memang enak dimakan dan dimasak dalam pelbagai menu, ini merupakan senarai per… Read More
  • Koleksi Resepi:Siakap Tiga Rasa RESEPI SIAKAP 3 RASABahan-bahan:* Ikan siakap* Nenas (potong dadu)* 1 biji Bawang merah besar (potong dadu)* 1 biji Tomato (potong dadu)* Cili padi (racik bulat2 halus)* 2 biji bawang besar (dikisar)* 4 ulas bawang puti… Read More
  • Koleksi Resepi: Spicy buttermilk prawn spaghetti Spicy buttermilk prawn spaghettiResepi utk 2 org makan1/2 paket spaghetti - rebus al dente dan toskanudang - 10 ekor (bersihkan/buang urat dan kulit - tinggalkan bahagian ekor)4 ulas bawang putih - hiris3 btg cili padi … Read More

0 comments:

Catat Ulasan