Sebelum ini kami melaporkan bahawa Perodua Alza generasi ke dua akan dtunda pengeluarannya dari bulan April ke Jun 2022 atas sebab banjir dan juga beberapa isu pengeluaran lain yang menjejaskan pelancaran model MPV terbaru ini. Berdasarkan maklumat yang berjaya dihidu oleh kami, nampaknya ramalan ini tepat
Selain dari berjaya meneka perubahan pada jadual pelancaran Alza terbaru, kami juga berjaya menghidu beberapa perincian terbaru yang bakal dipasang pada MPV kompak ini. Antara ciri-ciri yang bakal digunakan termasuklah:
1. Rekaan corong penyaman bagi penumpang belakang yang baru
2. Alza baru direka dengan panjang 4410mm, lebar 1720mm dan berupaya memuatkan ruang kargo sebesar 470 liter jika kusyen barisan ketiga dilipat
3. Untuk keselesaan penumpang, Alza baru akan datang dengan sistem audio skrin sesentuh sebesar 9 inci serta dengan keupayaan sambungan Apple Car Play atau Android Auto
4. Alza baru juga tampil bergaya dengan rim bersaiz 16 inci. Selain daripada warna putih, ia turut menerima pilihan warna hitam berkilat dan juga kelabu yang lebih menarik
5. Dalam aspek keselamatan, Alza baru turut menerima brek cakera belakang iaitu pertama kali dipasang pada jenama Perodua, brek parkir elektrik dan ciri Auto Brake Hold.
6. Aspek keselamatan diperkemaskan lagi dengan pengenalan ciri kamera 360 darjah bagi memudahkan pemandu memarkir Alza selain dari radius putaran yang lebih pendek pada 5 meter
7. Seperti dijangka, Alza baru akan dipacu oleh enjin 1500cc dual VVTi 2NR-VE yang menghasilkan 105 kuasa kuda dan 139Nm tork, lebih sedikit daripada yang dihasilkan pada Myvi.
8. Pemandu boleh memilih 3 mode pemanduan dari Normal, Eco dan Power yang boleh dipilih dengan menggunakan butang. Enjin dengan nisbah mampatan 11.5:1 ini berupaya memberikan bacaan bahan api sekitar 22km per liter petrol
9. Pemandu juga bakal menerima lebih banyak “mainan” seperti paparan skrin pula menggunakan skrin TFT sebesar 7 inci dan ciri adaptive cruise control dengan julat operasi 0-125km/j yang boleh mengikut halaju kereta depan tanpa perlu diset semula jika kenderaan depan berhenti (perlu disahkan kembali)
10. Sama seperti varian Veloz di Indonesia, Alza juga bakal menerima lampu depan LED dengan reflektor namun kami kurang pasti adakah ia akan menerima ciri lampu depan adaptif sama seperti Ativa
11. Tapi apa yang pasti Alza baru akan dipasang dengan 6 beg udara, sistem ESC, brek ABS dan kami pasti ia akan menerima pakej Perodua Smart Drive Assist lengkap dengan brek kecemasan automatik.
Dikhabarkan juga Perodua Alza ini akan dihasilkan dalam 3 varian sama seperti Ativa iaitu X, H adan AV. Harga permulaan yang ditawarkan ialah bermula sekitar RM 66,000 dan ke atas.
so pada pendepat anda, berbaloi tak kalau nak beli Alza 2022 ni?
BalasPadam