Ahad, 10 April 2022

Gila Kos jeti kayu di Sarawak ini RM50 000 undang kecaman serius netizen

 Sebuah hantaran daripada Komunikasi Korporat JKR Sarawak di laman facebook sedang tular dan menerima kecaman serius oleh netizen seluruh negara. Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut menerima 1,800+ reaksi, 2,200+ komen dan 1,600+ perkongsian.

Mana tidaknya, hantaran tersebut memaklumkan berkenaan Majlis Penyerahan Projek Siap ‘Bina Baru Jeti Kampung Mutap’ disertakan dengan beberapa keping gambar dan maklumat lanjut. Yang menjadi persoalan dalam kalangan netizen adalah bagaimana jeti kayu sekecil ini boleh mencapai kos pembinaan sehingga RM50,000?

Kebanyakan komen menganggap ini sebagai sebuah perkara yang gila!

Ikuti kenyataan Komunikasi Korporat JKR Sarawak
Miri, 06 April 2022 – Majlis Penyerahan Projek Siap, Bina Baru Jeti Kampung Mutap, oleh Cik Fatin Fahsha Binti Adenan (wakil Jurutera Bahagian, JKR Miri) kepada Puan Sediah Binti Abdullah (KK, Kampung Mutap, Bekenu) telah diadakan pada 06 April 2022.

Tempoh mula projek ini adalah pada 07 Mac 2022 dan siap lebih awal daripada jadual iaitu pada 01 April 2022. Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

Kos Pembinaan RM50,000
Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000.00. Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti 1m lebar x 15m panjang.

Dengan siapnya jeti ini, ianya akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu.

Turut hadir bersama ialah Puan Jacqueline Anak Augustine (Penolong Jurutera Awam, JKR Miri) serta pihak kontraktor Bukit Balat Company.

Sumber : JKR Bahagian Miri/Mingguan Kerja

-bintangmaya.com

0 comments:

Catat Ulasan