
Hakim Perancis mendakwa syarikat pertahanan Thales kerana bersubahat dalam rasuah berhubung penjualan kapal selam pada 2002 kepada Malaysia, sumber rapat dengan siasatan kes itu memberitahu AFP pada Selasa.
Kes yang sudah lama berlarutan berhubung dakwaan sogokan tersebut dibuka pada 2010 di mana ia turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak.
Najib memegang jawatan menteri pertahanan ketika perjanjian bernilai AS$1.2 bilion bagi pembelian dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta ditandatangani bersama unit DCN pertahanan laut Perancis yang kini menjadi sebahagian dari Thales.
Rakan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda bertindak sebagai penasihat dalam perjanjian tersebut.
Beliau dituduh menggelapkan sogokan sebanyak lebih 114 juta euro (AS$121 juta) di bawah senarai “kerja-kerja rundingan” melalui sebuah syarikat di mana beliau merupakan pemegang saham terbesarnya.
Wang tersebut kemudiannya didakwa diberikan kepada Najib, yang kini berdepan kes rasuah sebaik sahaja pentadbiran kerajaan pimpinannya ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) 2018.
Razak Baginda didakwa di Perancis pada 2017, sementara Najib disoal siasat oleh badan pencegahan rasuah Malaysia.
Secara keseluruhan, sembilan defendan termasuk Thales disenaraikan dalam pendakwaan tersebut dan siasatan ditutup pada Januari 2022, kata sumber itu.
Selain Thales, bekas pengerusi DCN International Philippe Japiot, bekas ketua eksekutif Thales Jean-Paul Perrier dan dua bekas eksekutif lain adalah antara defendan yang disenaraikan dalam pertuduhan itu.
Keempat-empat mereka menafikan wujud salah laku dalam rundingan tersebut sementara kerajaan Malaysia pula berkata kontrak tersebut bebas daripada unsur rasuah.
Ketika dihubungi AFP, Thales berkata “ia menentang sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.”
Pendakwa raya dari pejabat jenayah kewangan Perancis kini menyerahkan proses seterusnya kepada hakim, di mana beliau akan memutuskan sama ada kes itu akan dibicarakan di mahkamah atau tidak, walaupun rayuan berhubung kes itu difailkan pada Mei 2021 ~ MalaysiaNow
Related Posts:
Ustaz Don ‘direhatkan’ daripada program Salam Baitullah Suhaimi (kiri) dan Ustaz Don.PETALING JAYA – Pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal ‘direhatkan’ daripada program yang sinonim dengan musim ibadah haji, Salam Baitullah ekoran beberapa kontroversi yang terpalit dengan dir… Read More
Tengku Zafrul pertahan pembabitan BlackRock dalam MAHB Firma itu pegang saham terbesar Apple, dan syarikat utama dunia bahkan dana kekayaan Abu Dhabi, Arab Saudi, dan Kuwait juga ada pegangan dalam BlackRock.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, be… Read More
Kalau betul rujukan sahih minta nama ulama, kitab- Prof. Rozaimi Prof. Rozaimi (kiri) dan Ustaz DonPETALING JAYA – Pakar bidang hadis, Profesor Dr. Muhamad Rozaimi Ramle meminta pendakwah popular, Ustaz Don Daniyal mengemukakan nama rujukan ulama dan kitabnya jika benar-benar bersumb… Read More
Lian Ker desak Hannah Yeoh letak jawatan menteri Ti Lian Ker, Hannah YeohSHAH ALAM - Bekas Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker mendesak Hannah Yeoh meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan berhubung isu Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT).Menurutnya, is… Read More
Mohd Azizi masih Adun Nenggiri sah - Speaker Dun Kelantan Mohd Azizi Abu Naim. FOTO NSTP.Kota Bharu: Kelantan menunggu surat rasmi daripada Bersatu berhubung status Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Da… Read More
0 comments:
Catat Ulasan