Selasa, 1 Februari 2022

Koleksi Resepi: Ketupat Sotong Kelantan

 "Resepi Ketupat Sotong Kelantan"

Bahan-bahan:

- 1 kilo sotong.

- 2 cawan beras pulut.

- 2 keping nise/gula melaka.

- 1 kotak santan.

- 3 helai daun pandan.

- Sedikit garam.

- Air.

- Gula jika perlu.

Cara-cara Penyediaan:

1) Bersihkan beras pulut.

2) Rendam dengan sedikit santan dan garam.

3) Biarkan kembang.

4) Basuh sotong bersih-bersih.

5) Terpulang mahu siat kulitnya atau tak.

6) Toskan dan masukkan beras pulut yang telah direndam terlebih dulu tadi, isi kan separuh dalam sotong, letak kepala sotong dan cucuk pencungkil gigi untuk mengelakkan beras pulut tumpah.

7) Masukkan air santan yang digunakan untuk rendam beras tadi, sedikit santan, nise atau gula melaka,garam,daun pandan dan sotong, buka api masak hingga sotong masak baru masukkan lebihan santan kotak tadi, tunggu hingga mendidih boleh tutup api.

Tips

*Letak separuh aje beras pulut kedalam sotong untuk mengelakkan sotong pecah.

*gunakan nise atau gula melaka untuk warna kuah yang lebih gelap.

*letak sedikit demi sedikit santan untuk mengelakkan santan jadi pecah minyak.

Related Posts:

  • Koleksi Resepi:Dalca Sayur Dalca SayurKacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, … Read More
  • Koleksi Resepi:Nasir Dagang versi KelantanResepi Nasi:1)Rendam beras dagang semalaman, tos dan kemudian dikukus half way dan angkat2)Santan, halia dan bawang kecil hiris, halba, garam, gula semua dicampur dan kacau sebati.3)Campur santan dgn beras, biarkan sehingga s… Read More
  • KOLEKSI RESEPI:RENDANG UDANG HARIMAU RESEPI RENDANG UDANG HARIMAUBahan- bahan600 ml pati santan1 kg udang size besar1 keping asam gelugur3 sudu besar kerisik2 helai daun kunyit4 helai daun limau purutSedikit garam dan gulaBahan-bahan dikisar:15 tangkai cil… Read More
  • KOLEKSI RESEPI:NASI KABSAH ARAB AYAM NASI KABSAH ARAB AYAMResepi nasi :Bahannya :🥘 3 cwn beras basmati🥘 4 sdu bsr myk sapi🥘 3 1/4 cwn air🥘 1 inci halia dimayang🥘 1bj bwg besar didadu🥘 1 btg kulit kayu manis🥘2 kumtum bunga lawang🥘 3 ulas buah pelaga… Read More
  • KOLEKSI RESEPI:RENDANG DAGING TUMIS RESEPI RENDANG DAGING TUMISDAGING 1 1/2 kg@Ayam 1 ekor 1.4-1.7 kgResepinya sama juga seperti rendang rendang saya yang lain.CUma bezanya rendang ini ditumis gunaminyak 1 cawan.Tumis kulit kayu manis 5,bunga lawang 6bung… Read More

0 comments:

Catat Ulasan