Ahad, 28 April 2024

Tokoh Agama:MAZA dan UAI

 MAZA dan UAI

2 tokoh agamawan yang popular di Malaysia.

2 tokoh ini punyai berjuta pengikut di media sosial.

Tak kisah la berapa pengikut, itu bukan ukuran kebenaran.

2 tokoh ini punyai aliran, mazhab, metadologi, dan karakter yang berbeza.

2 tokoh ini juga yang paling banyak saya dengar kuliah mereka di youtube, sama ada video panjang dan pendek.

Belum ada rezeki saya melihat UAI depan mata.

Dr. Maza pernah saya hadir dalam program di sekolah anak tiri saya, di SMART IQ dan beliau juga hadir untuk memberi ucapan.

Tapi sekadar lihat dari dekat saja. Alhamdulillah

Banyak isu yang berlaku antara 2 tokoh ini.

Mereka saling mengkritik antara satu sama lain.

MAZA seringkali dilihat oleh masyarakat sebagai "pembawa gerakan wahabi" dalam kerja dakwahnya.

Tapi saya masih tak jumpa mana sifat-sifat wahabi dalam dirinya.

Yang ada hanyalah tuduhan dan fitnah semata.

Bila minta bukti, berbelas tahun tunggu masih tak muncul.

UAI pada saya agak keras ketika berceramah tetapi boleh saya katakan tidak setegas MAZA.

Tetapi beliau ada keilmuan dan kaedah tersendiri.

Saya sangat kagum cara beliau mendekati anak muda.

Kutu rayau pun kenal UAI.

Dari segi ilmu, saya berpendapat MAZA lebih detail caranya.

Kuliah-kuliahnya agak berat untuk ditelan orang awam yg baru berjinak.

UAI lebih ringan dan santai.

Sebab tu ramai cakap UAI mudah faham bila memberikan ulasan.

MAZA pula jika kita tak berminat dengan pengajian, memang ada benda kita akan kurang faham.

Tapi jika nak kembangkan ilmu, kuliah MAZA lebih mendalam.

Dari segi bahasa, saya tak boleh tolak, MAZA jauh lebih lunak dari UAI.

Saya sendiri tak setuju dengan cara UAI menggunakan perkataan bodo, sesat, bila ditujukan kepada orang tertentu.

Jika sekadar untuk umum tidak ada masalah.

Tetapi, kenapa saya masih dengar ceramah UAI?

Sebab hampir 3 jam dalam setiap ceramahnya boleh saya katakan 90% ilmu, 8% jenaka, 2% sahaja ada kata kasar.

Kenapa kita nak tinggal 90% yang bermanfaat untuk 10% yg tak bermanfaat?

Itu pun 8% mungkin tak bermanfaat pada saya tapi bermanfaat pada orang lain.

Audiensnya bukan saya sorang, beribu sekali datang, ada masa puluh ribu.

Kedua-duanya ilmuan, keduanya punya pengaruh besar dalam masyarakat.

Kalau ketika memandu, saya memang tak dengar radio.

Jika perjalanan yang lebih 2 jam, saya akan dengar UAI.

Jika perjalanan kurang 2 jam, saya akan dengar MAZA atau RORA.

Sebab kuliah mereka jarang lebih 2 jam.

Cadangan saya untuk netizen berkenaan 2 tokoh ini, kalau baru nak mendalami agama, boleh dengar UAI.

Ambillah kebaikan yang banyak darinya.

Jika nak advance lebih-lebih lagi dalam memahami hadis, boleh dengar MAZA.

Ambillah kebaikan yang banyak darinya.

NASIHAT SAYA

Kritik sekadar kritik, jangan sampai menghina.

Jasa kita pada agama terlalu sedikit berbanding kedua tokoh ini.

Jadi pastikan otak lebih laju dari jari.

Jangan kerana jari, banyak benda kita tak mampu jawab di hadapan Allah nanti.

Ditulis oleh : Adli Nordi

Sumber 

Related Posts:

  • MENANGIS KETIKA MELALUI NEGERI YANG DILAKNAT ALLAH MENANGIS DI NEGERI MUSUH ALLAHSOALAN :Saya masih ingat dalam satu ceramah tentang kematian lama dahulu seorang ustaz ada menyebut sunat menangis jika lalu dekat negeri yang dilaknat atau kubur musuh-musuh Allah seperti … Read More
  • Saya lihat awak dah sempurna, tidak perlu ‘edit’ lagi – UAITangkap layar komen Ustaz Azhar Idrus pada hantaran gambar yang dimuat naik Faiz di kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ni?. PETALING JAYA – “Alhamdulillah, saya lihat awak dah sempurna, tak perlu edit (sunting) lagi”.Demik… Read More
  • Ustaz Azhar Idrus Tak Pandai Cakap Arab? Pada awalnya saya pelik kenapa banyak posting pasal bercakap Arab.Rupa-rupanya ia merujuk kepada video orang Arab bercakap Arab dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI).Menurut netizen, orang Arab itu ialah pensyarah UNISHAMS.pen… Read More
  • Tokoh Agama:MAZA dan UAI MAZA dan UAI2 tokoh agamawan yang popular di Malaysia.2 tokoh ini punyai berjuta pengikut di media sosial.Tak kisah la berapa pengikut, itu bukan ukuran kebenaran.2 tokoh ini punyai aliran, mazhab, metadologi, dan karak… Read More
  • Hukum minum air yang ada bangkai serangga didalamnya BANGKAI SERANGGA DALAM AIRSOALAN :Adakah air kopi yang ada di dalamnya bangkai semut itu najis dan apakah hukum meminumnya?JAWAPAN :Serangga seperti semut dan lalat dan nyamuk adalah binatang yang tidak mempunyai darah … Read More

0 comments:

Catat Ulasan