Jumaat, 4 Mac 2022

Jawatan Kosong: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)


Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. 
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.
JAWATAN:
 PEMBANTU PENERBITAN GRED N19
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a) Warganegara Malaysia; 
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 
(c) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian (sekurangkurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pada peringkat peperiksaan tersebut. [ Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00 ]; atau 
ii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40 ]; atau 
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80 ] 
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU : Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
RINGKASAN TUGAS : 
a) Menyediakan reka letak laporan MIROS menggunakn perisian Adobe InDesign / Illustrator / Photoshop / Microsoft Word atau yang berkaitan dan mengikut template yang ditetapkan. 
b) Menyemak dan memantau kualiti bahan cetak/penjilidan dalaman dan luaran. 
c) Membantu, menyelaras dan memberi khidmat nasihat berkaitan urusan penerbitan dan percetakan laporan penyelidikan bagi memastikan laporan penyelidikan MIROS yang diterbitkan mencapai kualiti ditetapkan. Juga menjalankan tugas yang diberikan oleh PTJ dari semasa ke semasa.
JAWATAN:
PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED N29)
SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 
(a) Warganegara Malaysia; 
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 
(c) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
(d) Lulus atau Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 RINGKASAN TUGAS RINGKASAN TUGAS : : Pegawai Kontrak Projek merupakan pegawai yang dilantik secara kontrak dalaman oleh MIROS dan tempoh pelantikan adalah berdasarkan tempoh sesuatu projek yang dijalankan. Pelantikan ini juga adalah berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan sendiri oleh MIROS. Membantu melaksanakan kerja-kerja berkaitan perolehan.
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my. 
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut: 
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja); 
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran; 
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan); 
(d) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi; 
(e) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain; 
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. 
Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga. 
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat: 
Urus Setia Pengambilan 
Unit Pengurusan Sumber Manusia, 
Bahagian Khidmat Pengurusan, 
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, 
Lot 135, Jalan TKS 1, 
Taman Kajang Sentral, 
43000 Kajang, Selangor 
5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Mac 2022 (Khamis) jam 12:00 tengah hari. 
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan. 
6. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. 
Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

0 comments:

Catat Ulasan