Ahad, 8 Mac 2026

Dulu Ukraine merayu minta senjata dari Amerika..kini berlaku sebaliknya Amerika mahu belajar perang dron dari Ukraine.Kenapa?

 


Biasa kita dengar Ukraine yang minta senjata dari Amerika Syarikat kan. Tapi sekarang terbalik, Amerika dan negara-negara Teluk yang kaya-raya pula terpaksa minta tolong kepakaran dari Ukraine. Macam mana benda ni boleh jadi ?

Berikut adalah ringkasan fakta ringkas tentang realiti perang moden hari ini:

1. Krisis Bakar Duit Timur Tengah

Iran kini guna taktik hantar beratus-ratus dron berani mati jenis Shahed serentak ke arah negara Teluk. Harga sebuah dron ini agak murah, sekitar $30,000 (RM140k).

2. Pertahanan Kos Tinggi

Untuk tembak jatuh dron murah ni, AS dan sekutunya terpaksa guna peluru berpandu Patriot yang berharga jutaan dollar sebiji.

Lebih memeningkan lebih 800 misil berharga jutaan dollar ini telah ditembak dalam masa 3 hari sahaja. Memang tak sesuai untuk jangka masa panjang.

3. Pengalaman Mahal Ukraine

Disebabkan Ukraine dah 4 tahun hari-hari diserang oleh tentera Rusia guna dron yang seakan sama drone Shahed Iran mereka secara tak langsung dah jadi pakar No. 1 dunia bab menangkis dron ni.

4. Senjata Rahsia Sting

Ukraine cipta dron pemintas berpandukan AI dipanggil Sting. Ia sangat laju (300 km/j) dan ada ketepatan 90%. 

Paling gempak kos buatnya tak sampai $2,000 (sekitar RM9,400)! Dron RM9k kejar dron RM140k. Sangat menjimatkan.

Ikut rekod di Ukraine dah lebih 3000 drone Rusia berjaya dimusnahkan dengan menggunakan Sting.

5. Taktik Klasik Tapi Menjadi

Selain dron pintar, Ukraine juga lumpuhkan musuh guna isyarat jamming GPS dan sekadar tembak dron musuh pakai mesingan berat sahaja. Murah dan praktikal.

6. Tawar-menawar Bijak Zelenskyy

Presiden Ukraine setuju hantar pakar dan sistem ke Timur Tengah. Tapi sebagai balasan, AS kena bekalkan lebih banyak sistem Patriot untuk pertahankan Ukraine berserta sokongan politik lawan Rusia. Situasi win-win!

Perang zaman moden bukan lagi sekadar siapa ada senjata paling mahal, tapi siapa yang paling kreatif dan efisien dari segi kos. Inovasi bajet rendah kini menjadi senjata rundingan yang sangat berkuasa di peringkat global.

Credit : The Guardian

Source 

0 comments:

Catat Ulasan