Alor Setar: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan nama semua kilang milik BlackRock Inc yang beroperasi di Kedah dan Kelantan, sekiranya ia benar wujud.
Ringkasan Berita
• Menteri Besar Kedah mencabar Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk mendedahkan nama kilang BlackRock Inc di Kedah dan Kelantan jika benar adanya
• Sanusi menyifatkan isu itu dibangkitkan bagi mengalih perhatian masyarakat dari isu penjualan saham MAHB kepada GIP dengan membuka isu kilang BlackRock
• Sanusi menegaskan perlunya Nik Nazmi menamakan dan menunjukkan lokasi kilang-kilang yang disebut olehnya
• Sanusi beranggapan cabaran Nik Nazmi sebagai tidak masuk akal dan menyoroti perlunya fokus pada pembukaan kilang untuk pertumbuhan ekonomi negeri
Jelasnya, cabaran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu kepada kerajaan negeri supaya menutup kilang di Kedah adalah untuk mengalih perhatian rakyat yang mempertikai penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).
"Lapangan terbang ini sektor penting kerana pintu masuk negara. Saya pun tak tahu masa kilang itu dibuka, dia kata ada kilang itu, jadi kena namakan dulu kilang itu.
"Masa kilang itu datang adakah berlaku genocide (pembunuhan beramai-ramai) di Palestin? Masa itu orang pun tak tahu apa itu BlackRock. Isu ini tak timbul, dedahkan kilang itu, tunjuk di mana kilang itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, sekiranya kilang itu wujud di Kedah dan Kelantan, Nik Nazmi perlu mencadangkan peruntukkan undang-undang yang boleh digunakan untuk menutup kilang terbabit.
Namun katanya, beliau sebagai menteri sepatutnya menggalakkan lebih banyak kilang dibuka di negeri dan bukan menutup kilang yang sudah ada rakyat bekerja.
"Dia cabar benda tidak logik, orang kira nak buka kilang, dia kira nak tutup. Menteri apa macam itu? Kita patut buka kilang orang kerja, kenapa cabar nak tutup?
"Sepatutnya cabar semua negeri buka lebih banyak kilang. Itu semua alasan sebab isu BlackRock beri tekanan agak berat kepada Kerajaan Persekutuan, Khazanah, Menteri Kewangan," katanya.
Kelmarin media melaporkan Nik Nazmi mencabar pimpinan PN yang meminta kerajaan tidak mengadakan sebarang urusan dengan BlackRock Inc untuk menutup semua kilang milik syarikat itu di Kedah dan Kelantan.
Beliau berkata, BlackRock bukan sahaja antara pelabur terbesar dalam pasaran saham Malaysia, ia juga mempunyai banyak kilang di Kedah dan Kelantan.
Beliau berkata, BlackRock bukan sahaja antara pelabur terbesar dalam pasaran saham Malaysia, ia juga mempunyai banyak kilang di Kedah dan Kelantan.
Sebelum ini seorang Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul meminta kerajaan menarik balik keputusan menjual sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).
Usul itu dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.
-myMetro
0 comments:
Catat Ulasan