Sabtu, 8 Jun 2024

Kajian USIM tunjuk 54 hadis bermasalah yang dibaca Don Daniyal dalam satu rancangan


Pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, 39, kini direhatkan dari terus bersiaran dalam rancangan RTM iaitu Salam Baitullah.

Ketua Pengarah RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman mendakwa ia susulan penceramah itu yang berterusan dikritik oleh beberapa pihak khususnya berkaitan dakwaan berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

“Untuk meredakan keadaan, saya telah minta pasukan untuk rehatkan Ustaz Don dari Salam Baitullah,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Rabu.

Namun, tular di laman sosial Facebook berkaitan hadis yang dipetik oleh Don yang menunjukkan ianya hadis bermasalah.

Kajian tersebut dijalankan oleh Universiti Sains Islam Malaysia yang terletak di Bandar Baru Nilai, Nilai.

Menurut Najib Bakar, beliau mengamati hadis yang digunakan oleh penceramah tersebut setelah ianya tular di media sosial.

“Menerusi kajian ini, terdapat 54 buah hadis bermasalah yang dibincangkan oleh Ustaz Don dalam rancangan tersebut.”

“Hasil kajian ini, 20 hadis cacat sanad, 19 hadis cacat matan, 15 hadis tiada asal.”

Bersama dengan itu, Najib turut melampirkan bukti-bukti berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Sains Islam Malaysia.

Individu tersebut turut mendakwa itu hanyalah hasil kajian dan bukannya kenyataan darinya semata-mata.

Pada Rabu, Ustaz Don Daniyal telah dikritik susulan dirinya yang mendakwa Nabi Muhammad SAW pernah melamar seorang wanita iaitu Ummu Hani sebanyak tiga kali.

-themalaysialife.com

0 comments:

Catat Ulasan