"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 12 September 2021

“Saya tak redha viralkan video, jumpa saya minta maaf” – Imam Besar Masjid Putrajaya


 Putrajaya: Imam Besar Masjid Putrajaya, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim tidak meredhai perbuatan memviralkan video kononnya VIP mendapat layanan berbeza berbanding orang awam.

Dalam satu video secara langsung di akaun facebooknya pagi sabtu, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim turut mendoakan pihak terbabit supaya diberi hidayah oleh Allah dan bertemu dengan beliau untuk meminta maaf.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagi lah bagi lah masuk, bagi lah masuk” Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar . Ha itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”

Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim

Terdahulu beliau berkata jumlah kuota untuk solat jumaat bagi masjid Putrajaya adalah seramai 300 orang dimana 90% darinya (270 orang) adalah untuk orang awam manakala 10 % lagi (30 orang) untuk VIP.

Katanya lagi, kuota 10% itu diberikan adalah kerana masjid terbabit adalah masjid kerajaan, malah dibina bersebelahan dengan bangunan Jabatan Perdana Menteri.

“Jangan marah saya, itu ketetapan, kita nak beri peluang kepada VIP, untuk penuhkan kuota 30 orang, (berjawatan) pengarah dan ke atas” katanya.

Tambah beliau, VIP 30 orang itu telah memberikan nama terlebih dahulu.

“Sudah ada nama dah pun. Itu untuk diorang . Itu hak dia. Yang lebihnya (270 ) untuk jemaah lain. Tapi dah dia lambat, dia tak nak balik” katanya lagi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia Ahmad Marzuk Shaary meminta pengurusan masjid di Malaysia agar tidak membeza-bezakan layanan kepada individu atau kumpulan tertentu sebaliknya melayan sama rata jemaah yang hadir untuk menunaikan solat di masjid.

Katanya, layanan ‘kayangan’ itu tidak seharusnya berlaku dan pihaknya sedang mengenal pasti lokasi seperti dalam video yang tular di laman sosial pada Jumaat (10 Sep).

“Pihak yang berhormat menteri agama sendiri telah pun meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan insya-Allah dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya.

Encik Ahmad Marzuk berkata selain memastikan SOP dipatuhi, pihaknya turut mengingatkan pengurusan masjid supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah dan tidak hanya melayani kumpulan tertentu.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memperbaharu prosedur operasi standard (SOP) membabitkan kehadiran jemaah di masjid.

“SOP jemaah di masjid sekarang masih lagi terhad iaitu dengan hanya jumlah minimum. Kerajaan memandang serius perkara ini dan kita akan sentiasa memperbaharu SOP mengikut kesesuaian.

“Kadar jangkitan wabak COVID-19 juga menjadi antara pertimbangan untuk kita perbaharui SOP bagi membenarkan lebih ramai jemaah dapat hadir ke masjid, namun paling penting sekarang kadar imuniti kelompok di negara ini perlu dicapai terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 57 saat mendakwa ‘layanan dua darjat’ apabila mendakwa golongan tertentu diberi keutamaan untuk menunaikan solat Jumaat berbanding jemaah yang datang awal untuk beratur.

Dalam video itu, sebahagian jemaah dilihat beratur sambil membawa sejadah dan apabila VIP datang dengan menaiki kenderaan besar, pintu pagar utama dibuka untuk mereka. –

Netizen Tidak Berpuas Hati Dan ‘Menyerang’ Masjid Putra Di FB

Walaupun penjelasan rasmi telah diberikan oleh Masjid Putra tetapi netizen masih tidak berpuas hati. Rata rata menyatakan isu antara dua darjat ini tidak sepatutnya berlaku.

Jika rakyat biasa boleh datang awal dan menunggu oleh itu golongan VIP perlu turut sama.

“VIP tu patut datang awal la, baru adil, jaga la nama baik sendiri orang dah bagi kelebihan, tapi tunjuk la tauladan yang elok, bukan tunjuk kuasa”

“Cuba tengok dalam video tu, golongan umur mana yg ramai? Dan lumrahnya, melentur buluh biarlah dari rebungnya. KJ menteri KKM ckp ENDEMIC, so ubah lah SOP ikut fasa sekarang.”

“Sy menyarankan bagi yg mendapat kuota pihak masjid ataupun VVIP yg mahu hadir perlu smpai mengikut masa yg ditetapkan”



Sumber : Malaysia Kini / FB Masjid Putra Putrajaya

Kredit : Trending Sangat

3,500 hektar hutan diteroka secara haram di Kedah sejak 2011, kata Jabatan Perhutanan

 

Aktiviti pencerobohan hutan simpan secara haram membawa kerugian besar, terutamanya dari segi kemusnahan biodiversiti kawasan hutan yang diceroboh, selain kerugian hasil hutan kepada kerajaan negeri. (Gambar Bernama)

SIK: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri ini diteroka secara haram sejak 2011.

Pengarahnya, Muhamad Abdullah berkata, penerokaan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu kebanyakannya bagi tujuan pertanian seperti penanaman kelapa sawit, durian dan getah, selain pembinaan kawasan penempatan.

“Bagi kawasan yang baru diterokai, kita akan ambil tindakan pemusnahan dan tanam semula hutan…bagi kawasan yang sudah lama diteroka dan keluarkan hasil, kita akan dapatkan arahan kerajaan negeri untuk tindakan susulan.

“Sejak Januari lalu hingga sekarang, kita menahan 20 lelaki kerana terbabit dengan beberapa kes pencerobohan hutan dan kertas siasatan sedang disediakan sebelum diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya selepas program penanaman pokok sempena Kempen Penanaman 100 juta pokok 2021-2025 di Kompartmen 4, Hutan Simpan Bukit Enggang, di sini.

Muhamad berkata, aktiviti pencerobohan hutan simpan secara haram membawa kerugian besar, terutamanya dari segi kemusnahan biodiversiti kawasan hutan yang diceroboh, selain kerugian hasil hutan kepada kerajaan negeri.

Kerugian dari segi biodiversiti memang tidak ternilai, kalau kerugian dari segi hasil hutan kayu balak pula sukar kita nak anggarkan, kita kena kenal pasti keluasan kawasan dan jenis kayu yang diambil.”

Beliau berkata, pihaknya akan memulihkan kawasan hutan yang diceroboh dengan menanam pokok hutan bagi mengembalikan kelestarian alam di kawasan berkenaan.

Mengenai kempen penanaman 100 juta pokok di seluruh negara, Muhamad berkata JPNK menyasarkan 2.75 juta pokok ditanam di kawasan yang dikenal pasti di Kedah, dengan 550,000 pokok ditanam setiap tahun sehingga 2025.

Kempen ini bertujuan menggalakkan masyarakat bersama-sama menanam pokok, menghijaukan alam dan mencapai sasaran negara kita untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50% kawasan tanah di negara kita diliputi pokok dan hutan.”-FMT

EPL:Ronaldo tunjuk taring dalam penampilan pertama bersama MU

 Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika aksi berdepan Newcastle. FOTO AFP

Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meledak dua gol ketika aksi berdepan Newcastle. FOTO AFP

Manchester, United Kingdom: Cristiano Ronaldo mengakui kepulangan "sukar dipercayai" ke Manchester United menjangkaui jangkaannya ketika bintang Portugal meledak dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Newcastle.

Ronaldo kembali ke United dalam perpindahan mega dari Juventus bulan lalu, 12 tahun selepas meninggalkan Old Trafford untuk menyertai Real Madrid.

Pemain berusia 36 tahun itu melakukan kemunculan pertama buat kali kedua di United dengan bergaya apabila meledak gol setiap babak di hadapan 76,000 peminat yang memujanya.

Dua gol Ronaldo disusuli jaringan Bruno Fernandes dan Jesse Lingard ketika United melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Ia adalah kepulangan yang lebih baik daripada dibayangkan Ronaldo ketika penantian untuk kembali menyarung semula jersi nombor tujuh popular United.

"Saya tidak menjangkakan untuk menjaringkan dua gol. Saya jangkakan satu bukan dua. Saya harus menghargai peminat dan apa yang mereka lakukan kepada saya hari ini. Saya sangat bangga dengan mereka," katanya kepada BBC Sport.

"Sudah tentu saya gembira kerana menjaringkan gol, saya tidak menafikannya tetapi yang penting pasukan dan pasukan beraksi dengan baik.

"Ia sukar dipercayai. Ketika saya memulakan perlawanan saya begitu gementar, sumpah. Ia adalah perkara biasa kerana saya tidak menjangkakan mereka akan menyanyi dengan melaungkan nama saya sepanjang perlawanan.

"Saya sangat gementar tetapi mungkin saya tidak menunjukkannya tapi memang benar. Penerimaan peminat begitu luar biasa tetapi saya berada di sini untuk menang perlawanan dan membantu pasukan.

"Ia detik yang sukar dipercayai. Saya sangat gementar dan hanya memikirkan mahu beraksi dengan baik dan menunjukkan saya masih mampu membantu pasukan."

-myMetro

Habbatus Sauda:Apa kelebihan dan keistimewaannya?

 


Saya tengok ramai orang dok ambil habbatus sauda. Baguslah tu. Tapi tahu tak apa yang bagusnya dalam habbatus sauda?

.

Ramai tak tahu yang buatkan habbatus sauda bagus ialah komponen Thymoquinone(TQ). Nak beli kena tengk dulu berapa banyak TQ ni ada. Baca ingredient. Tanya pada penjual ada ke tidak TQ ni.

.

Kalau tak ada atau kurang dari 30mg atau sekurang kurangnya 3% carilah yang lain. Kalau tidak kita tak dapat impak sihat yang kita nak tu. 

.

Cara cold press tidak semestinya dapat preserved TQ ni. Bukan juga simply jadi minyak maka TQ ni ada dan tinggi. Jadi kena semak.

.

Selain TQ dalam habbatus sauda juga ada dithymoquinone, thymo hydroquinone (THQ), Omega fatty acids dan thymol. Ada tak tertulis benda ni. Kena tanya.

.

Thymoquinone ni adalah powerful antioxidant, bersifat anti kancer, antibacterial, antimutagenic dan anti-inflammatory.

.

Banyak sangat kajian pasal Habbatus Sauda ni. Masa saya semak dulu tahun 2012 ada lebih 300 research paper pasal Habbatus sauda. Bila semak tahun 2018 ada hampir 700 research paper pasal Habbatus sauda ni.

.

Apa research sebut pasal HS lagi?

.

1. Orang yang ambil 2000mg-3000mg sehari lebih cepat kurus berbanding mereka yang tidak ambil.

.

2. Bersifat anti jangkitan. Jadi HS dapat cegah benda benda yang berjangkit. Kajian sebut efektif lawan Gram-negative, Gram-positive bacteria, viruses, parasites, Schistosoma dan fungi.

.

3. Bantu suburkan orang lelaki. Dengan kuatkan pergerakan sperma dan tingkatkan jumlahnya.

.

4. Bantu sihatkan jantung. TQ turunkan bad cholesterol (LDL), total cholesterol dan blood pressure, stabilkan tekanan darah systolic dan tekanan darah diastolic 

.

5. Kajian juga dapati TQ ni berkesan dalam rawatan arthritis, fibromyalgia, IBS, colitis, peritonitis, alergik dan asthma.

.

6. Kalau nak hilang kedut kena ambil HS yang ada TQ. Kajian sebut TQ hilangkan kedut pada wajah dengan lembabkan kulit jauh ke dalam. Juga, jadikan kulit lebih fleksibel dan glowing.  

.

7. Kajian lain pula dapati TQ dalam HS dapat rawat acne, eczema, kulit kering dan psoriasis.

.

8. Antara lain TQ juga bantu keluarkan sisa dan toksin dengan cara melalui urin.

.

9. TQ juga bantu kurang perut berangin dan bantu keluarkan angin dari perut. 

.

10. Journal of Endocrinology & Metabolism sebut bagus untuk diabetis. TQ baiki turunkan gula dalam darah tanpa kesan sampingan.

.

11. TQ dalam HS juga berkesan lawan sel kanser pada pesakit kanser colon, pankreas, dan prostate.

.

Poin di sini mudah. HS ni bagus. Benar kata Rasullullah (baca selawat). Cuma kita perlukan apa yang kita beli itu ada bahan-bahan yang beri impak bagus pada kita. DIbuat secara teliti untuk jamin kebaikan dari HS tidak hilang.

.

Boleh begitu?

.

#DrRizal

Sumber: Fb Dr Rizal

Sabtu, 11 September 2021

Isu vaksinasi:Nama digugurkan, walau 100 episod pun saya okey – Rita Rudaini

 

RITA RUDAINI berang dituduh terbabit penggambaran drama walaupiun tanpa dua dos suntikan vaksin.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Rita Rudaini mengakui tidak kisah jika namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod sekalipun gara-gara berstatus tanpa vaksinasi Covid-19.

Ujar Rita, dia percaya pada rezeki yang diberikan oleh Allah SWT dan sentiasa bersangka baik atas apa yang berlaku.

“Percaya pada rezeki yang Tuhan dah tetapkan. Walau 100 episod (drama) nama saya digugurkan pun, saya okay.

“Sebab bagi saya, Allah SWT dah tulis begitu. Saya sentiasa bersangka baik denganNya. Sebab apa yang dia (Tuhan) beri tidak ada sebabnya dan dia tidak pernah hampakan hamba-hambaNya,” kata Rita.

Selain itu, pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mokhtar, 45, turut meluahkan rasa berang menafikan fitnah rakan artis apabila dituduh terlibat dengan sebuah penggambaran meskipun belum divaksin.

Kata pelakon filem Mami Jarum Junior itu, disebabkan tuduhan tidak berasas tersebut, namanya kini menjadi kecoh, sekali gus mengundang fitnah lebih besar.

TANGKAP layar luahan Rita dalam Instagram.

“Ada rakan industri fitnah saya. Cakap saya tengah jalani penggambaran. Saya tidak divaksin. Kecoh sekarang ini menjaja (cerita fitnah).

“Alahai. Sabarlah wahai teman. Jangan takut dengan rezeki awak. Rezeki awak dengan saya tidak sama,” tulisnya.

Sehubungan itu, Rita menasihati individu terbabit supaya percaya dengan rezeki masing-masing dan tidak perlu dengki dengan dirinya.

“Sudah-sudahlah tu. Jangan menggelupur sangat dengan rezeki orang lain. Semua itu Tuhan sudah tulis untuk sekian-sekian hambaNya.

“Kalau kau menyalak dengar sampai Perlis pun, jika Allah SWT dah kata itu rezeki orang lain, rezeki dialah. Dah hilang rasa bersangka baik dengan Allah SWT?” kata Rita.

Sebelum ini, nama Rita menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.

Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.

Rita juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. -K! ONLINE

Jumaat, 10 September 2021

Covid19:Hati-hati guna ‘spray gun’

 

Spray gun

PETALING JAYA – Suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari Abdul Khani meminta orang ramai memahami penggunaan ‘spray gun’ atau penyembur pistol untuk penyahjangkitan permukaan di sekitar rumah bagi membasmi virus Covid-19.

Beliau yang juga Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan berkata, terdapat pelbagai jenis alat tersebut antaranya, penyembur elektrostatik, semburan kabus selain berbentuk wap.

“Alat-alat ini berfungsi dengan menukar cecair kimia disinfeksi yang terkandung di dalamnya kepada bentuk aerosol dan akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan ventilasi tidak bagus.

“Bahan kimia dalam aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita,” katanya dalam satu hantaran di Instagram semalam.

Dr. Izzar Anwari

Beliau berkata, penggunaan alat berkenaan harus dilakukan dengan sangat berhati-hati dan hanya individu terlatih boleh mengendalikan penyembur jenis elektrostatik dan kabus.

Katanya, mereka perlu menggunakan bahan kimia disinfeksi yang telah diluluskan selain memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling dan pengguna di ruangan berkenaan.

Menurutnya, Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) tidak menyatakan penggunaan alat-alat sedemkian digalakkan atau tidak digalakkan di ruangan umum namun risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.

“Mencuci permukaan dengan sabun atau detergen sudah cukup selain disinfeksi menggunakan kaedah biasa seperti lap dengan cecair atau botol penyembur biasa.

“Memang tidak canggih atau hebat macam ‘spray gun’ tetapi lebih selamat penggunaannya. Kalau hendak guna leceh bagi saya. Risiko juga tinggi kalau guna dengan cara salah,” tulisnya. – K! ONLINE

PKPD: Kerajaan Kedah gagal bantu penduduk di Kuala Kedah

ASMIRUL Anuar Aris (kiri) meninjau pusat vaksinasi sementara yang dibuka secara ‘walk-in’ di Terminal Jeti Kuala Kedah, Alor Setar hari ini. - UTUSAN/NUR ANATI JUHARI

 ALOR SETAR: Kerajaan negeri didakwa tidak mengeluarkan sebarang peruntukan untuk membantu kira-kira 20,000 penduduk di dua zon mukim Kuala Kedah di sini yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris berkata, kegagalan kerajaan negeri menyalurkan bantuan segera kepada penduduk terlibat menyebabkan terdapat dalam kalangan mereka terputus bekalan makanan.

Menurutnya, keadaan tersebut menyebabkan ramai dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan menaikkan bendera putih dan mengharapkan terdapat pihak yang menghantarkan bekalan barangan makanan.

“Setelah memasuki hari ke empat PKPD, tiada sebarang peruntukan bantuan dikeluarkan kerajaan negeri bagi membantu hampir 20,000 orang penduduk di kawasan ini.

“Kerajaan negeri sepatutnya memandang serius isu ini hingga mengakibatkan ramai penduduk sudah mula angkat bendera putih,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pusat vaksinasi sementara yang dibuka secara ‘walk-in’ di Terminal Jeti Kuala Kedah di sini hari ini.

Dua zon di mukim Kuala Kedah terlibat dengan PKPD bermula Isnin lalu hingga 19 September ini. 

Asmirul memberitahu, pihaknya menerima banyak panggilan daripada penduduk yang memaklumkan mereka telah terputus bekalan makanan.

“Bagaimanapun, sebanyak 186 bakul makanan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Kubang Rotan telah dihantar ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan itu,” ujarnya.

Tambahnya, kebanyakan nelayan di kawasan itu juga keliru dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPD sehingga mereka tidak dapat keluar menangkap ikan di laut kerana takut dikenakan kompaun.

Malah katanya, masalah yang sama dihadapi oleh petani sehingga mereka tidak dapat menuai padi dan dibiarkan rosak.

“Nelayan dan petani keliru hingga mengakibatkan hasil laut serta padi terpaksa dibiarkan rosak kerana mereka tidak dapat menjual serta menghantar bekalan di luar kawasan PKPD,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Facebook, Ray-Ban lancar kaca mata pintar berkamera berharga AS$299

 

Facebook dan Ray-Ban mengeluarkan kaca mata pintar yang boleh merakam gambar dan video.

Facebook dan jenama kacamata ikonik Ray-Ban pada Khamis, memperkenalkan kaca mata pintar mereka, usaha terbaharu dalam pasaran yang rumit, tetapi dilihat oleh gergasi media sosial itu sebagai langkah menuju masa depannya.

‘Ray-Ban Stories’ dapat merakam gambar dan video berdasarkan perintah suara pemakainya, dan bingkainya pula dapat disambungkan ke platform Facebook melalui aplikasi khas tanpa wayar.

“Kami menggunakan bentuk bingkai yang direka pada 1952, dan kami memperkemaskan semula reka bentuknya dengan menekankan beberapa teknologi yang menarik,” kata Pengarah Reka Bentuk dan Penyelidikan Kumpulan EssilorLuxottica, pembuat Ray-Ban.

Facebook pula mengembangkan teknologi Google Glass 2013, yang telah mencetuskan kecaman hak peribadi terhadap ciptaan kamera tersembunyi hingga mendorong gergasi media sosial itu menjauhkan peranti berkenaan daripada masyarakat umum.

Aplikasi perkhidmatan mesej SnapChat juga mengeluarkan kaca mata yang dilengkapi kamera, namun harganya yang mahal menyebabkan
rekaan itu sukar mendapat sambutan peminat teknologi.

Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg sebelum ini berkata ‘Ray-Ban Stories’ adalah langkah awal ke arah usaha memperkenalkan kaca mata masa depan untuk melihat pemandangan dunia nyata dengan data atau grafik dari internet.

Firma itu sebelum ini mengumpul pakar dalam kalangan kakitangan unit perkakasan, permainan dan realiti maya untuk membina dunia digital yang mendalam yang dikenali sebagai ‘metaverse’.

Dengan harga permulaan pada AS$299, ‘Ray-Ban Stories’ akan mula dipasarkan di Australia, Britain, Canada, Ireland, Itali, dan Amerika Syarikat (AS).

Kamera dipasang pada bahagian depan bingkai, manakala lengan kaca mata pula berfungsi sebagai pembesar suara untuk mendengar panggilan atau audio yang disiarkan.

Lampu putih di depan bingkai akan menyala ketika kamera dihidupkan, yang sekali gus akan memberitahu orang lain bahawa mereka sedang dirakam.

Pemakai boleh merakam gambar atau klip video sehingga 30 saat dengan menekan butang pada lengan kaca mata atau menggunakan suara untuk memberi perintah – kedua-duanya boleh menjadi petunjuk bahawa kamera dihidupkan.

“Kami mahu pengguna untuk merasai sepenuhnya kawalan terhadap pengalaman mereka merakam gambar atau video.

“Pada masa sama kami mahu orang ramai di sekeliling berasa selesa setelah mengetahui kewujudan kaca mata ini dan sentiasa peka apabila rakaman dibuat,” kata Pengurus Pengeluaran Makmal Realiti Facebook, Hind Hobeika.

Melalui akaun Facebook mereka, pengguna boleh log masuk ke aplikasi Facebook View untuk menggunakan kaca mata berkamera itu.

‘Ray-Ban Stories’ juga boleh menggunakan aplikasi tanpa wayar dan disambungkan ke telefon pintar untuk mengendalikan gambar atau video yang dirakam. – Agensi

Covid19: Khairy Jelaskan Kenapa Angka Kematian Harian Tinggi

 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kes kematian tinggi akibat Covid-19 yang dilaporkan setiap hari tidak semestinya menggambarkan kadar kematian sebenar berikutan catatan “backlog” atau tertunggak dalam pengumpulan data.

Bercakap di sidang media, beliau berkata tunggakan itu adalah berpunca daripada prosedur klinikal yang memerlukan siasatan dan pengesahan kematian sebelum mereka dimasukkan ke dalam statistik Covid-19.

“Jika kita llihat di Selangor, laporan menunjukkan kematian semakin tinggi, sedangkan angka sebenar kematian bagi hari tersebut mungkin sebenarnya menurun,” katanya sambil menambah penambahbaikan akan dilaksanakan bagi melancarkan prosedur tersebut.

“Sebelum ini, proses laporan memerlukan kita untuk tunggu sehingga autopsi dan proses pengumpulan data dijalankan bagi mengesahkan punca kematian.”

“Ini akan ambil masa beberapa hari. Sekarang , kita akan ambil tarikh sebenar kematian untuk statistik kita, dan kemudian kita akan lakukan post-mortem mengikut prosedur klinikal.”

Beliau berkata jika wujud perubahan, penjelasan akan dibuat dan data tersebut akan dipinda.

“Dengan prosedur baru ini, kita akan umumkan kes-kes kematian mengikut tarikh sebenar kematian.”

-Anak Sungai Derhaka

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

 



“Dakpe Mi. Aku ade sokmo dengang mung. Dop patut skoloh wat nyaknyer mung gitu.”, kata Zul sambil menepuk-nepuk bahu Mazemi, sahabatnya yang juga atlit SMASZAL. Mazemi tersenyum pahit. Menahan sebak. Zul ke rumah Mazemi dan bercakap dengan ayahnya.

Gempar pagi itu di Bilik Guru apabila Zul, atlit harapan sekolah tiba-tiba menarik diri daripada acara sukan peringkat daerah yang bakal diadakan dalam sehari dua lagi. Cikgu Md. Nor sebagai guru bertanggungjawab sudah pening kepala. “Aduh, bakpe la budok Zul ning cari masaloh mase ning…!”, getus beliau dalam hati.

Dikatakan, Mazemi ada sedikit salahfaham dengan Cikgu Md. Nor. Itu menyebabkan beliau didenda dan tidak dibenarkan mewakili sekolah dalam sukan. Mengetahui hal tersebut, Zul melakukan tindakan drastik dengan menarik diri daripada acara sukan yang akan diwakilinya, 1-2 hari sebelum pertandingan sebagai tanda protes atas tindakan Cikgu Md. Nor.

Cikgu Md. Nor ada bertemu Zul dan menasihatinya. Namun, tidak berjaya. Zul diam membatu tanpa sebarang jawapan. Nak melawan, bukan adab dengan seorang guru. Namun dalam masa yang sama, beliau tidak bersetuju hukuman yang dikenakan kepada sahabatnya, Mazemi.[1] Itulah juga yang menyebabkan Mudir SMASZAL, Ustaz Yusuf rasa panahsang dan mengumumkan beliau dibuang asrama.

Bas Pokcik Ripin dinaikinya dengan langkahan yang tak bermaya. Dunianya terasa kosong. Gelap masa depan. Ssetok angin dengan pengumuman Mudir di hadapan ratusan pelajar pagi tadi. Pelajar-pelajar SMASZAL yang menaiki bas yang sama, semua memandangnya. Ada yang berbisik dan ketawa. Ada yang memandang dengan simpati.

“Chik, Zul kene buang asrama.”, Zul memaklumkan kepada ibunya, perlahan. Senyap, tanpa jawapan. Ketika itu Hajah Ramlah sedang menyiapkan juadah tengahari. “Chik…”, panggil Zul sekali lagi. Beliau tahu, hal itu tidak akan dapat dirahsiakan. Lama-lama, akan sampai juga ke pengetahuan ibu dan ayahnya.

Hajah Ramlah membasuh tangan di sinki dan duduk di meja makan. “Zul, maghi sini,”, Hajah Ramlah memanggil anaknya dengan lembut. Zul melangkah lemah, menarik kerusi dan duduk menghadap ibunya.

“Chik dop sir tanye bakpe Zul kene buang asrama. Itu urusang Zul dengang pihok skoloh. Tapi chik nok pesang, hidup ni tak dop hok mudoh. Masing-masing ade cabarang. Ndape hok jadi pong, Zul kene ingat…doa seorang ibu ni mustajab. Chik doa sokmo-sokmo untuk kebaikang segheme anok-anok. Zul akang jadi orang yang berjaye, insya-Allah.”, pujuk Hajah Ramlah.

Sejak awal pagi tadi, beliau rasa serabut ppale.[2] Kata-kata Hajah Ramlah seakan air dingin yang membasahi tekak di kala panas terik. Zul rasa lebih tenang. “Terimo kasih Chik…”. Barulah nampak Zul sedikit tersenyum.

Rupa-rupanya, perbualan dua beranak itu didengari Ustaz Mad yang ketika itu berada di balik tirai dapur. Kebetulan beliau pulang untuk makan tengahari di rumah, sebelum ke pejabat semula. Beliau tersenyum sendirian mendengar pesanan isterinya kepada Zul.

********************

“Ayub, mung tu Tingkatang Due. Aku tau mung nok buku-buku SRP aku. Tapi kalu mung dop masuk kelah Tige A, mung jangan sentuh buku-buku aku!”, Zul mencabar adiknya. Sejak kecil, memang beliau suka mencabar, suka dicabar dan sering meletakkan sasaran yang tinggi kepada dirinya, mahupun adik beradiknya. Cabaran memberikannya semangat yang lebih membara untuk menguji sejauh mana kemampuan dirinya.

Walaupun dibuang asrama, itu tidak menjejaskan pencapaian akademik Zul. Beliau masih pelajar cemerlang dan menjadi harapan sekolah untuk SRP. Sesi persekolahannya semasa Tingkatan Tiga berlangsung seperti biasa. Beliau semakin rajin mengulangkaji pelajaran.

“Ayoh, kalu Zul dapat 10 A SRP ning, ayoh nok bagi mende ke Zul?”, tanya Zul pada satu petang kepada ayahnya.

“Stapeket[3] ning penting jamang lening. Ayoh memang nok sangat Zul dapat 10 A. Kene belajor abih reng.[4] Bulih masuk SMAASZA Batu Burok, ambik Thanawi. Kalu dapat 10 A, Zul nok mende?”, Ustaz Mad memulangkan soalan kepada anaknya. Beliau tahu, soalan itu hanya untuk berbasa-basi kerana anaknya itu sudah pasti ada “hajat”nya.

“Hehehe…dapat mutor Honda Cub pung bulih doh…”, Zul senyum mewek[5] dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Ketika keputusan peperiksaan diumumkan, Zul memperoleh keputusan cemerlang 11 A. Gembira bukan kepalang guru-guru SMASZAL. Saing-saing Zul semua datang mengucapkan tahniah. Ustaz Mad dan Hajah Ramlah amat gembira dengan kejayaan anak mereka. Mereka sudah tahu, itulah yang terbaik untuk Zul kerana mereka menyaksikan sendiri usaha Zul siang dan malam, bergelumang dengan buku.

Petang ini juga, Ustaz Mad membawa Zul ke Kedai Jani Jaya di Bukit Payong untuk membeli motosikal. “Pilih sendiri. Ayoh bayor…”, kata Ustaz Mad kepada anaknya. Wang tunai RM1500 diserahkan dan kunci motosikal bertukar tangan.

Memang nampak keterujaan Zul mencuba motosikal pertamanya. “Hmmm…gohed, gostang. Gohed, gostang. Aku wase doh 10 minit, dok main hok tule.”, bisik Khairul seorang diri melihat gelagat Zul mencuba motosikalnya.

*********************

“Ustak. Ustak wase manne yang sesuai ana sambung belajor?”, tanya Zul kepada Ustaz Yusuf, Mudirnya. Ketika itu, ada tiga tempat yang sohor[6] untuk pelajar daripada sekolah agama lepas SRPKolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan Kolej Islam Klang (KIK).

Ustaz Yusuf memegang bahu Zul seraya berpesan, “Enta pergi tempat yang dop rama orang. Insya-Allah mudoh berjaye.”

“SMAASZA, mung tunggu aku maghi!”, bisik hati kecil Zul.

____________________

[1] Alhamdulillah, saya ada bertemu Cikgu Md. Nor beberapa tahun lalu. Hubungan kami sangat rapat sehingga ke hari ini.

[2] Berserabut, tertekan

[3] Sijil / certificate

[4] Sedaya-upaya

[5] Senyum sehingga ke telinga

[6] Terkenal

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam