Ahad, 23 Jun 2024

[VIDEO] 13 hari menabung, dapat simpan hampir RM20,000

Tangkap layar memaparkan hasil tabungan wanita berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang berjaya mengumpul wang sebanyak RM19,290 dengan menabung selama 13 hari menggunakan duit lebihan perniagaan.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @indahsaloon, dia mengumpul beberapa keping duit kertas bernilai RM50 dan RM100 sehari dan menyimpan di dalam tiga bekas tabung.

Menurutnya, wang yang dikumpul itu adalah hasil duit lebihan bisnesnya dalam menjalankan perniagaan spa, salon dan jual beli emas.

 Selain itu wanita berkenaan mengatakan tabungan ini adalah sekadar suka-suka kerana dia juga mempunyai akaun simpanan wang dalam bank yang dikhaskan untuk syarikatnya.

Sementara itu, wanita tersebut berkata, video yang dimuat naik adalah untuk menjadi inspirasi kepada orang lain dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Alhamdulillah, ini lah hasil orang yang suka menabung, ada untungnya. Benda yang boleh beri contoh kepada kita semua, terbaiklah awak,” komen @haniani.

“Aduhai, ini inspirasi untuk orang kaya sahaja, sekali simpan RM3,000 terus, orang macam kami sehari simpan RM5, 13 hari baru dapat RM65,” komen @eiqalavigne.

“Tak kisahlah kita dalam kategori T20 ke B40, janji ada sifat dalam diri untuk menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit,” komen @husna20.

Sehingga kini video tersebut mendapat 2.6 juta tontonan, 90,000 tanda suka dan 8,500 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan