Jumaat, 9 Ogos 2024

Fanny Blankers-Koen memenangi emas Olimpik acara 4x100m ketika hamil anak ke-3.

 


Hari ini 76 tahun yang lalu, Fanny Blankers-Koen memenangi emas Olimpik acara 4x100m ketika hamil anak ke-3.

Francina Elsje Koen lahir pada 26 April 1918 di Utrecht, Netherlands. Beliau mula bertanding dalam acara trek pada usia 17 tahun & melayakkan diri ke temasya Olimpik Berlin 1936 pada tahun berikutnya.

Pada 1940 beliau mengahwini jurulatihnya Jan Blankers & kariernya mula melonjak. Walaupun Olimpik tahun itu & edisi seterusnya terpaksa dibatalkan ekoran Perang Dunia II, Blankers-Koen masih melayakkan diri ke temasya seterusnya pada 1948.

Beliau terpaksa meninggalkan 2 anaknya untuk ke Olimpik London & hanya berlatih 2 kali seminggu kerana sedang hamil 3 bulan anak ke-3. Kerana itu & usianya yang sudah mencecah 30 tahun, ramai merasakan beliau tak sepatutnya bertanding.

Blankers-Koen membuktikan bahawa mereka silap, bermula dengan merangkul emas pertama acara 100m seterusnya emas acara 80m berpagar, di mana beliau memahat rekod baharu Olimpik untuk kedua-dua acara tersebut.

Namun ketika peringkat saringan acara 200m, semangatnya hilang, ingin menarik diri & pulang ketika media British menerbitkan laporan berbaur seksis tentangnya. Selepas dipujuk suaminya, Blankers-Koen kembali meneruskan cabaran.

Beliau memenangi emas & memecahkan rekod Olimpik ketiganya dalam acara itu dengan jarak 0.7 saat dari pelari tempat ke-2, melakar sejarah marjin kemenangan terbesar yang masih tak dapat ditandingi sehingga hari ini.

Dalam acara terakhirnya 4x100m pada 7 Ogos 1948, Blankers-Koen menimbulkan panik kepada pasukannya bila beliau 'hilang'. Rupanya beliau pergi membeli baju hujan & sempat tiba ke stadium tak lama sebelum final acara itu dimulakan.

Ketika mendapat baton dari pelari ke-3, pasukan Netherlands berada di kedudukan ke-4. Namun Blankers-Koen memecut & memintas 3 pelari di hadapannya untuk memenangi emas buat pasukannya juga yang ke-4 buat dirinya.

Blankers-Koen menjadi yang pertama, juga satu-satunya atlet trek wanita yang merangkul 4 emas dalam satu temasya Olimpik. Digelar ‘The Flying Housewife’, beliau dianggap antara Olimpian terunggul sepanjang zaman.

Sumber: Smithsonian Magazine, Olympics

Source 


#PeristiwaHariIni


Pelik Tak SemestiNya Tak Benar

Related Posts:

  • Pelik Tapi Benar: Pelitup muka biji benih NITIN (kiri) dan pelitup muka mesra alam keluaran syarikatnya. FOTO AgensiNew Delhi: Aktivis alam sekitar dari Mangaluru, Karnataka, India menonjolkan kreativitinya dengan mencipta inovasi pelitup muka mesra alam yang d… Read More
  • 11 beradik mempunyai nama yang unik SEBAHAGIAN daripada ahli keluarga Suasanamasra Saubissabriah.Kuala Lumpur: "Nama kesemua 11 adik-beradik saya unik dan panjang yang diinspirasikan daripada kisah hidup ayah," kata Suasanamasra Saubissabriah Bahrum, 60.S… Read More
  • Harga tiket ke angkasa lepas RM1.8 juta Gambar fail menunjukkan kapal angkasa VSS Unity bergerak ke angkasa lepas dari sebuah gurun di Texas pada Julai lalu. - Foto AFPWASHINGTON - Syarikat penerbangan Virgin Galactic mengumumkan pada Khamis bahawa ia menetapkan ha… Read More
  • Pelik Tapi Benar: Kembar '2 kaum' berbeza seibu sebapaPASANGAN itu bersama bayi kembar mereka. FOTO AgensiBurlington: Uniknya pasangan bayi kembar dari Amerika Syarikat (AS) yang bukan hanya tidak memiliki wajah seiras, tetapi juga fizikal berbeza.India Times melaporkan, kembar … Read More
  • 'Saya wanita tulen' - Che Halimah Pasir Mas: "Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen," kata Che Halimah Che Mood, 62, warga emas yang dikatakan 'pelik' kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut.Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun la… Read More

0 comments:

Catat Ulasan