"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 10 September 2021

Walau dikecam, Janna Nick takkan padam foto yang dimuatnaik

FOTO yang menampakkan sedikit bahagian dada Janna yang dikecam netizen.
FOTO yang menampakkan sedikit bahagian dada Janna yang dikecam netizen.

Kuala Lumpur: Pengacara dan pelakon popular, Janna Nick, 26, tidak bercadang memadam fotonya yang menampakkan sedikit belahan di bahagian dadanya di Instagram hingga dia dikecam hebat netizen, baru-baru ini.

Foto dimuat naik Janna di Instagram pada 31 Ogos lalu itu bersempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

Bagaimanapun, ramai netizen sensitif dan kurang selesa dengan baju dipakainya yang menampakkan belahan pada bahagian dada itu.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir berkata, dia tidak akan memadamkan foto terbabit di Instagram kerana ia dikongsikan atas pilihannya.

"Apabila kita sendiri memilih untuk upload (muat naik) gambar yang mengundang kecaman netizen, saya terima kerana tahu memang akan ada kecaman.

"Saya pun bukan jenis kalau muat naik akan delete (padam) apabila kena kecam. Bagi saya, kalau orang kata seksi saya terima dan jika orang kata biasa pun saya terima," katanya dalam satu temubual virtual bersama media.

Tidak melenting atau marah dengan pelbagai kecaman dan kritikan pedas daripada netizen itu, bekas pengacara Melodi itu berkata, dia menerima semua komen-komen berkenan dengan hati terbuka.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro ke ruangan komen ditinggalkan netizen, ada segelintirnya meminta Janna memadam foto berkenaan kerana dianggap kurang sesuai apabila menunjukkan belahan pada bahagian dadanya.

Tidak kurang juga, ada netizen yang bersikap positif dan memberi komen menyukai penampilan Janna yang mempamerkan imej kewanitaan di dalam foto itu.

Sejak dimuat naik di Instagram, foto berkenaan mendapat lebih 170,000 tanda suka di samping lebih 4,000 komen daripada netizen yang rata-rata mempunyai pendapat masing-masing.

-myMetro

‘Basuh’ hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar.

 ‘Basuh’ hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar

Pakar kesihatan Indonesia menyeru agar rakyat negara itu tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai kaedah pelik untuk menyembuhkan Covid-19 seperti yang sering tular di media sosial, lapor Suara.com, semalam.

Terbaharu, satu kaedah tular yang kononnya mampu membunuh virus Covid-19 adalah dengan mencuci lubang hidung menggunakan garam kasar.

'Basuh' hidung dengan garam kasar mampu bunuh Covid-19?, Ini penjelasan pakar

Satu kaedah menggosok hidung menggunakan larutan garam kasar didakwa mampu membunuh virus Covid-19 tular di aplikasi Whatsapp Indonesia.

Kaedah itu dilaporkan mula tular menerusi aplikasi WhatsApp yang didakwa mampu menghilangkan kesan virus Covid-19 di hidung pesakit.

“Air larutan garam memang boleh digunakan untuk mencuci kotoran di hidung namun ia tidak berkesan untuk membunuh virus Covid-19.

“Rakyat diminta agar tidak mudah percaya dengan kaedah-kaedah tular tanpa penjelasan saintifik serta sokongan pakar kesihatan kerana bimbang akan memudaratkan diri,” demikian penjelasan Ahli Patologi Universiti Sebelas Maret, Tonang Dwi Adryanyo.

Tambahnya, penggunaan larutan garam kasar yang berlebihan dan tanpa sukatan betul boleh merosakkan mukus hidung dan menjejaskan fungsi sedia ada anggota badan itu.

-wrlr

Doktor terlampau, kantoi rakam video pembantu wanita dalam tandas

 GAMBAR Hiasan

GAMBAR Hiasan

Petaling Jaya: Seorang doktor lelaki ditahan polis selepas merakam video di dalam tandas wanita di sebuah klinik swasta miliknya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.30 petang daripada wanita berusia 30 tahun.

Menurutnya, wanita itu mendakwa doktor berusia 46 tahun yang juga majikannya itu merakam kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit.

Katanya, mangsa yang bekerja selama enam tahun sebagai pembantu klinik di klinik swasta itu mengatakan ketika dia masuk ke tandas pada 2 petang terlihat sebuah telefon bimbit di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

"Mangsa terus mengambil telefon bimbit itu dan mengecam ia milik majikannya (doktor terbabit).

"Mangsa yang terkejut, malu dan terganggu dengan kejadian ini, terus mencapai beg tangannya ingin keluar dari klinik," katanya dalam kenyataan malam ini.

Namun, Mohamad Fakhrudin berkata, tindakan mangsa yang ingin keluar dari klinik secara tergesa-gesa disedari oleh suspek dan terus dihalang.

"Suspek juga meminta dipulangkan kembali telefon bimbit itu kepadanya dan berjanji akan menghapuskan rakaman itu di hadapan mangsa.

"Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada suspek sebelum lelaki itu memadamkannya, namun mangsa tidak melihat apa yang dihapuskan oleh suspek," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan risikan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan suspek pada 7.30 malam, hari sama.

"Telefon bimbit Redmi MI 9T Pro milik suspek juga turut dirampas untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 509/377d Kanun Keseksaan," katanya.

-myMetro

Gangguan saraf antara kesan sampingan vaksin AstraZeneca

GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN

The Hague: Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) menyenaraikan gangguan neurologi Sindrom Guillain-Barre (GBS), yang boleh menyebabkan kelumpuhan sementara, sebagai kesan sampingan yang 'amat jarang' daripada penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca.

Menurut EMA, ada 833 kes sindrom berkenaan dilaporkan di seluruh dunia setakat 31 Julai, daripada 592 juta dos suntikan yang diberikan.

 "Oleh itu, GBS perlu dimasukkan ke dalam maklumat produk sebagai antara kesan sampingan Vaxzevria (vaksin Covid-19 AstraZeneca)", kata agensi yang berpangkalan di Amsterdam itu.

GBS adalah kesan sampingan 'amat jarang', yang boleh berlaku terhadap seorang daripada 10,000 orang, menurut laporan agensi itu.

-myMetro

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

 



“Ape yang jadi kat Zul lepas dia kena buang asrama, atuk? Sebab ape die kene buang asrama?”, tanya Sarah penuh debaran.

“Ddebor ork? Haha…Atuk nok stop dulu cite tu. Kite cite pasal sambutang hari-hari kebesorang Islam di Tranung.”, kata Tok Aki sambil menikmati Teh O Peng yang disediakan isterinya.

Masang catung muka Sarah bila Tok Akinya cuba mengalih topik. “Hmmm…Ikut atuklah!”, Sarah mencebik.

********************

Selain Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Terengganu sebagaimana negeri-negeri yang lain pada era 70-an ke 80-an turut merayakan hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Hari Raya Aidil Adha, Awal Muharram, Maulidurrasul, Isra’ Mi’raj, Nuzul Quran dan Nisfu Sya’ban. Cuma, mungkin budaya setempat sedikit membezakan bentuk keraiannya antara negeri-negeri terutamanya di Pantai Timur dan Pantai Barat.

Awal Muharram

Sambutan Awal Muharram atau Ma’al Hijrah di Terengganu pada era 70-an ke 80-an tidak semeriah 10 Muharram atau Hari Asyura. Di Kubang Kekura, Majlis Kuca Sughe[1] diadakan dengan sangat meriah. Penduduk kampung bergotong royong menyediakan sughe di rumah imam, penghulu atau orang kenamaan. Resipi sughe Pantai Timur berbeza dengan negeri-negeri lain. Antara bahan yang digunakan untuk memasak sughe adalah tumisan bawang, halia, lengkuas, daging, ikan, jagung, ayam, pucuk ubi kayu, dan nasi, selain rempah ratus. Daging yang digunakan kebiasaannya adalah lebih daging korban. Maka, ia lebih jimat dan mengelakkan pembaziran. Sughe dimasak dalam kawah selama lebih 8-9 jam sebelum diagihkan kepada penduduk kampung. Uniknya, sughe dinikmati di dalam mangkuk daripada purung nyior[2], beralaskan daun pisang. Sudunya daripada daun nanas.

Rabi’ul Awwal

Apa yang istimewanya dengan Rabi’ul Awwal di Terengganu adalah Sambutan Maulidurrasul yang dipenuhi dengan pelbagai acara-acara menarik. Antaranya adalah perarakan, ceramah agama dan Majlis Barzanji dan Marhaban dari rumah ke rumah. Di Kubang Kekura, kumpulan Barzanji dan Marhaban yang popular adalah yang dianggotai oleh kaki dikir Pok Dik, Ayoh Ngoh Toklat, Ayoh Ngoh Che Hussin, Ayoh Su Usop, Pok De We, Pok De Mok De Joh, Ayoh Nik dan beberapa orang lain.

Mereka dijemput dari kampung ke kampung untuk mempersembahkan bacaan Barzanji dan Marhaban. Kalau nasib baik, dapatlah 2-3 kumpulan bertemu dalam satu majlis. Kumpulan-kumpulan ini akan tewwah[3] bermula selepas solat Zohor, berhenti untuk Solat Asar dan biasanya tamat dengan jamuan selepas solat Asar.

Kalau hendak makan percuma, ikutlah Pok Dik dan kumpulannya. Ajuk saja Pok Dik baca berzanji. Orang lain tak dengar samada sedap atau sumbang. Asalkan ada bunyinya. Selalunya di hujung majlis ada jamuan yang enak-enak seperti gulai ayam kampung dan telur rebus yang dibelah dan ditabur lada dan garam atasnya.

Bagi pelajar dan guru, perarakan sempena Maulidurrasul menjadi aktiviti yang dinantikan. Setiap sekolah akan menghantar wakil dengan pakaian seragam berwarna-warni, sepanduk dengan tulisan khat yang cantik dan sudah pasti ada tekong yang melagukan selawat dengan suara yang sedap. Bulan Rabi’ul Awwal akan dipenuhi dengan ceramah-ceramah di sejik dan balasoh. Sekali sekala, penceramah daripada Kuala Lumpur akan dijemput. Bila orang KL datang ceramah, memang jemaah penuh sampai ke luar.

Sesungguhnya, sambutan Maulidurrasul adalah sambutan yang amat baik bagi mengingatkan umat Islam khususnya generasi muda kepada Rasulullah SAW. Syeikh Abdul Halim Mahmud pernah menghuraikan dalam fatwanya berkenaan keharusan sambutan Maulidurrasul dengan menyebut: “Sambutan Maulid Nabi SAW adalah jalan yang baik daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasul SAW dalam sabdanya: “Barangsiapa merintis jalan yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal denganya, barangsiapa yang merintis jalan yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya” Dan ianya adalah kerana terdapat usul/asas yang membimbingnya dan dalil-dalil yang sahih yang berpandukan padanya. Dan tidaklah bererti peninggalan salafussoleh bagi amalan yang soleh ini merupakan pertentangan kepada syariat, kerana salafussoleh masih mempunyai kebangkitan/keprihatinan agama dan cinta Nabi yang mulia yang mana menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada peringatan hari maulid untuk disambut.”[4]

Isra’ Mi’raj

Program sempena Isra’ Mi’raj lebih ringkas. Selalunya diisi dengan ceramah agama daripada ustaz setempat ataupun yang dijemput daripada luar. Ada penceramah yang akan membaca kitab Kifayatul Muhtaj fi al-Isra’ wa al-Mi’raj. Ia merupakan sebuah kitab kecil karangan Shaykh Dāwūd bin ʿAbdullah al-Faṭānī yang membicarakan mengenai peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang dilalui oleh Nabi Muḥammad SAW. Majlis diakhir dengan jamuan makan nasi berlauk dan pencuci mulut pilihan di Pantai Timur iaitu timung cine[5].

Nisfu Sya’ban

Kedatangan bulan Sya’aban amat diraikan oleh umat Islam kerana bulan Sya’aban merupakan bulan yang mulia, bulan beribadah dan bulan untuk memperbaiki diri. Bulan Sya’aban berada di antara dua bulan yang mulia, iaitu Rejab dan Ramadhan. Ia juga satu daripada empat bulan yang dinyatakan Allah SWT sebagai bulan yang dihormati seperti firman-Nya:

ﵟإِنَّ عِدَّةَ ٱلشُّهُورِ عِندَ ٱللَّهِ ٱثۡنَا عَشَرَ شَهۡرٗا فِي كِتَٰبِ ٱللَّهِ يَوۡمَ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ مِنۡهَآ أَرۡبَعَةٌ حُرُمٞۚ ذَٰلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُۚ فَلَا تَظۡلِمُواْ فِيهِنَّ أَنفُسَكُمۡۚ وَقَٰتِلُواْ ٱلۡمُشۡرِكِينَ كَآفَّةٗ كَمَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ كَآفَّةٗۚ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَﵞ

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.”[6]

Lazimnya setiap kali Nisfu Sya’ban, penduduk kampung akan bergotong royong menyediakan jamuan di balasoh. Bacaan Yāsīn akan diadakan selepas Solat Maghrib sebanyak tiga kali. Imam akan berpesan agar bacaan Yāsin pertama, diniatkan untuk panjang umur bagi mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala larangan-Nya. Bacaan Yasin kedua diniatkan untuk keluasan rezeki yang halal serta diberkati. Manakala bacaan Yāsīn ketiga, diniatkan untuk ketetapan iman.

Nuzul al-Qur’an

Sambutan Nuzul al-Qur’an diadakan bagi memperingati sejarah penurunan Al-Quran kepada Nabi Muḥammad SAW. Al-Qur’an selain bacaan, ia juga adalah penawar hati dan fikiran. Ia mampu merubah atau memandu perjalanan hidup manusia, sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.

Sekitar 70-an, ia jarang sekali disambut kerana umat Islam di Terengganu memfokuskan kepada ibadah solat Tarawih. Siangnya pula disibukkan dengan puasa dan amalan-amalan sunat lain. Sehinggalah lewat 80-an, barulah ia menjadi sambutan yang lazim di adakan di sejik dan balasoh.

Hari Raya Aidil Adha

Tak keterlaluan dikatakan, sambutan Aidil Adha di Pantai Timur lebih meriah daripada Aidilfitri. Setiap tahun, ibadah korban akan dijalankan samada di rumah Haji Bakar ataupun Ustaz Mad. Harga satu bahagian lembu adalah RM60 bersamaan RM450 lebih kurang, bagi seekor lembu. Penduduk kampung yang ingin menunaikan ibadah korban akan mula mengumpul wang sejak Muharram.  Setelah cukup jumlahnya, mereka akan mendaftar untuk penyertaan bagi ibadah korban pada tahun berkenaan. Kebiasaannya, pendaftaran penyertaan akan selesai sebelum 10 Zulhijjah atau lebih awal. Lembu tak perlu cari jauh-jauh. Boleh pilih samada dibeli daripada peraih, ataupun mungkin orang kampung sendiri. Amat nadir melihat orang Terengganu menyembelih kerbau atau kambing.

Selepas solat sunat Aidil Adha di balasoh, penduduk Kampung Kubang Kekura akan pulang ke rumah bagi melakukan persiapan. Tukang sembelih mengasah parangnya. Tukang masak mula menumis. Tukang lapah sudah siap dengan pisau dan kapaknya. Ibu-ibu pula sibuk di dapur menyediakan Mee Goreng, Nasi Dagang, kepok, Kopi O dan Teh O secara bergotong royong untuk jamuan ketika proses melapah.  Tiba saat menyembelih lembu, kanak-kanaklah paling girang. Aksi-aksi lembu itulah hiburan kanak-kanak. Tidak perlu risau siapa hendak merebahkan lembu kerana pakar pereboh ada di setiap kampung. Adakalanya tali terlucut. Pernah juga lembu yang telah disembelih, tak semena-mena bangun semula mengejar penyembelihnya. Berderailah ketawa anak-anak kecil melihat orang ramai lari khucuk.

Lembu yang selesai disembelih akan terus dilapah. Pembahagian dilaksanakan seadilnya samada sekati atau setengah kati setiap penerima. Jika tuan rumah orang berada, dapatlah merasa terus gulai kawah.

********************

Senyum mewek[7] Tok Aki keseorangan mengimbau kembali sambutan-sambutan keagamaan satu ketika dahulu.

“Atuk! Atuk…! Haish, boleh pulak die berangan.”, Sarah menggoyangkan tubuh Tok Aki. “Atuk sambunglah cepat cite Zul kena buang asrama tu…”, pinta Sarah dengan penuh harapan. Ya, siapalah tak geram. Sudah sampai klimaks cerita, tiba-tiba ubah topik!

“Ha..yelah, yelah. Atuk cite slalu…Hehe.”, Tok Aki tertawa kecil dengan gelagat cucunya.

____________________

[1] Kacau Bubur Asyura

[2] Tempurung kelapa

[3] Saling beradu

[4] Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud, m. 273

[5] Tembikai

[6] Sūrah al-Tawbah: 36

[7] Senyum sampai ke telinga

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Khamis, 9 September 2021

“Dalaman cantik” – DSV Hantar Voice Note Menangis Kegembiraan Pada Iqbal Lepas Buat Ujian Ovarian Reserve

 


Baru-baru ini, Datuk Seri Vida berkongsi sebuah video yang menjadi perbualan ramai selepas dia mengakui telah menjalani ujian ovarian reserve untuk menguji tahap kesuburannya pada akhir Ogos lepas.

Ujian tersebut juga telah dilakukan saat dirinya sedang dikaitkan dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu, Vida berkata, setelah menjalani ujian itu dia berasa bersyukur kerana keadaan dalamannya masih baik dan masih berpotensi untuk mempunyai zuriat.

Bila ada kisah-kisah nak kahwin ni, saya tak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah… 

“Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan boleh melahirkan zuriat. 

“Maka saya buat ujian ovarian reserve, ambil darah untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya. 

“Kata doktor, tiada kolesterol pun dalam darah saya. Macam darah anak dara,” katanya dalam video itu.

 Iqbal kongsi video voice note tangisan Vida 

Dalam masa yang sama, bekas pembantu peribadi yang kini dikaitkan dengan Vida, Iqbal berkongsi instastory yang memaparkan perbualan WhatsAppnya bersama wanita itu.

Vida dilihat menghantar voice note sedang menangis dalam kegembiraan dan dipercayai dihantar selepas menerima keputusan ujian berkenaan.

Tangisan Dalam Kegembiraan Datuk Vida
Sumber: Instagram

“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat, beginilah beliau apabila dengan saya. Voice note pagi ini beliau hantar pada saya. Menangis gembira. 

“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau kerana ‘mengikis harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” tulisnya.

Apa-apapun jika benar Vida bakal melangsungkan perkahwinan dengan Iqbal tidak lama lagi, kami mendoakan semoga Vida bahagia hendaknya. Cik B dan Kacak bakal dapat bapa baru lah ye…. 

-Lobak Merah

Tanah lot RM7 juta: Prosedur tukar hak milik ikut undang-undang

MUHAMMAD Yassir. FOTO BERNAMA
MUHAMMAD Yassir. FOTO BERNAMA

Kuala Lumpur: Tiada sebarang kesalahan berkaitan prosedur pertukaran hak milik lot tanah dua beradik wanita di tengah ibu kota sebaliknya mereka sudah menandatangani borang untuk perserahan pindah milik.

Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Yassir Yahya berkata, hasil semakan yang dibuat mendapati hak milik tanah yang dimaksudkan sudah dibuat urusan pindah milik dari dua individu kepada sebuah syarikat pada awal Julai lalu.

"Tatacara dan prosedur urusan perserahan pindah milik berkenaan mematuhi semua peraturan dan perundangan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Akta 828 Kanun Tanah Negara.

"Instrumen dan semua dokumen sokongan bagi urusan berkenaan sudah disemak dan didapati teratur serta memenuhi keperluan di bawah Division IV Kanun Tanah Negara (KTN)," katanya ketika ditemui Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas laporan Harian Metro yang mendedahkan lot tanah berharga lebih RM7 juta dipindah milik tanpa pengetahuan pemiliknya.

 Mengulas lanjut, Muhammad Yassir berkata, borang 14A KTN bagi permohonan pindah milik juga didapati disempurnakan iaitu ditandatangani pemilik bersama dan disaksikan peguam selaras dengan keperluan Seksyen 211 KTN dan jadual kelima KTN.

"Selain itu, dokumen sokongan seperti salinan hak milik asal (geran asal), salinan kad pengenalan pemilik asal, salinan sijil pendaftaran syarikat dan sijil bayaran duti setem turut dikemukakan.

"Semakan pengesahan oleh Pendaftar di PTGKL melalui sistem eTanah yang diintegrasikan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati semua maklumat berkenaan adalah sah.

"Justeru, Pendaftar di PTGKL mendaftarkan pindah milik tanah berkenaan selepas berpuas hati ia 'fit-for-registration' selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 297 Kanun Tanah Negara," katanya.

Menurutnya, selepas terdapat aduan penipuan yang dibuat pemilik tanah berkenaan, PTGKL mendaftarkan 'Kaveat Pendaftar' mengikut Seksyen 320(1)(a) KTN bagi menghentikan sebarang permohonan urusan lanjut berkaitan tanah berkenaan.

"PTGKL akan menunggu hasil siasatan polis bagi menentukan pemilik tanah berkenaan.

"Semua dokumen dan instrumen berkaitan pindah milik sudah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan," katanya.

Berdasarkan carian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendapati pemilik asal tanah berkenaan juga sudah membayar duti setem kira-kira RM250,000 untuk tujuan pindah milik tanah berkenaan.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan polis menahan lima individu termasuk peguam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan dalam pindah milik tanah.

Ia susulan laporan polis yang dibuat dua beradik di IPD Dang Wangi yang mendakwa tidak tahu dan tidak pernah berurusan untuk pertukaran hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu.

Bagaimanapun, kelima-limanya sudah dibebaskan selepas permohonan tambahan reman polis ditolak mahkamah.

-myMetro

Berita berkaitan

“Pura-pura terkejut & tak tahu” – Netizen Berdekah Tengok Reaksi ‘Innocent’ Cik B Pasal DSV Nak Kahwin

 


Salah satu topik yang dibualkan di media sosial kini kisah Dato’ Seri Vida (DSV) yang kini sedang dilamun cinta dengan bekas PA dia.

Malah, baru-baru ini DSV dikatakan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka idamannya yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal itu pada bulan Disember ini jika Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditamatkan.

Respon Cik B

Walaubagaimanapun, menurut sumber, ketika DSV ditanya mengenai penerimaan anak-anaknya, DSV mengatakan dia masih belum berani untuk khabarkan hal ini kepada anaknya, Cik B.

“Kacak tiada masalah rasanya. Cuma Cik B dia agak protektif dengan saya. Saya belum berani untuk beritahu kepada mereka tentang hasrat saya (untuk berkahwin).

“Biarlah mereka dengar dahulu daripada media bukan daripada bibir saya sendiri. Cik B perlu masa untuk menghadapi semua ini. Perlahan-lahan saya akan beritahu dirinya.”

Berkenaan dengan kenyataan ini, Cik B dah bagi respon menerusi Twitter miliknya hari ini yang membuatkan ramai netizen terhibur.

Umumnya kita tahu CikB ini terkenal dengan di media sosial dengan sikapnya yang selamba dan kelakar. Dalam masa sejam, tweet ini telah meraih 4,000 jumlah retweets! Ramai netizen berdekah apabila melihat reaksi ini.

Baru perasan anak dia yang quote – Netizen

Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 7 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 6 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 4 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 3 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin 2 Cik Bagi Respon Dsv Nak Kahwin

 

Sebelum ini, DSV ada menyatakan bahawa dirinya yakin bahawa Iqbal adalah jodohnya biarpun jarak umur 22 tahun lebih muda, menurutnya doa dan buat solat Istikharah membuatkan dirinya yakin bahawa Iqbal adalah jodohnya. katanya lagi, Iqbal seorang lelaki yang jujur dan bertanggungjawab.

Apapun harap segala urusan dipermudahkan.

 

Baca : “Dalaman cantik” – DSV Hantar Voice Note Menangis Kegembiraan Pada Iqbal Lepas Buat Ujian Ovarian Reserve

Dato Vida Jalani Ujian Ovarian Reserve Iqbal

 -Lobak Merah