"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Khamis, 27 Jun 2024

Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

 Bernama

Kenaikan gaji penjawat awam diumum sebelum pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar
Anwar berkata sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam. - Gambar/ Bernama
PUTRAJAYA: Kadar baharu kenaikan gaji bagi penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 yang dijadualkan pada Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sudah terlalu lama tiada penyelarasan kenaikan gaji kepada penjawat awam.
"...kita harapkan mereka (penjawat awam) bekerja lebih kuat, sudah berbelas tahun tak ada kajian dan ganjaran yang adil.
"Sebab itu saya semalam di parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini," katanya.
Anwar berkata demikian di dalam ucapannya pada majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
-AstroAwani 

Rabu, 26 Jun 2024

Sanusi cabar Nik Nazmi dedah kilang BlackRock di Kedah, Kelantan


MUHAMMAD berucap pada  Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah 2024 di Wisma Darulaman. FOTO Wan Nabil Nasir
MUHAMMAD berucap pada Majlis Anugerah Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah 2024 di Wisma Darulaman. FOTO Wan Nabil Nasir

Alor Setar: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencabar Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan nama semua kilang milik BlackRock Inc yang beroperasi di Kedah dan Kelantan, sekiranya ia benar wujud.

Ringkasan Berita
• Menteri Besar Kedah mencabar Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam untuk mendedahkan nama kilang BlackRock Inc di Kedah dan Kelantan jika benar adanya
• Sanusi menyifatkan isu itu dibangkitkan bagi mengalih perhatian masyarakat dari isu penjualan saham MAHB kepada GIP dengan membuka isu kilang BlackRock
• Sanusi menegaskan perlunya Nik Nazmi menamakan dan menunjukkan lokasi kilang-kilang yang disebut olehnya
• Sanusi beranggapan cabaran Nik Nazmi sebagai tidak masuk akal dan menyoroti perlunya fokus pada pembukaan kilang untuk pertumbuhan ekonomi negeri

Jelasnya, cabaran Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu kepada kerajaan negeri supaya menutup kilang di Kedah adalah untuk mengalih perhatian rakyat yang mempertikai penjualan sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

"Lapangan terbang ini sektor penting kerana pintu masuk negara. Saya pun tak tahu masa kilang itu dibuka, dia kata ada kilang itu, jadi kena namakan dulu kilang itu.

"Masa kilang itu datang adakah berlaku genocide (pembunuhan beramai-ramai) di Palestin? Masa itu orang pun tak tahu apa itu BlackRock. Isu ini tak timbul, dedahkan kilang itu, tunjuk di mana kilang itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sanjungan Ilmu Peringkat Negeri Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) berkata, sekiranya kilang itu wujud di Kedah dan Kelantan, Nik Nazmi perlu mencadangkan peruntukkan undang-undang yang boleh digunakan untuk menutup kilang terbabit.

Namun katanya, beliau sebagai menteri sepatutnya menggalakkan lebih banyak kilang dibuka di negeri dan bukan menutup kilang yang sudah ada rakyat bekerja.

"Dia cabar benda tidak logik, orang kira nak buka kilang, dia kira nak tutup. Menteri apa macam itu? Kita patut buka kilang orang kerja, kenapa cabar nak tutup?

"Sepatutnya cabar semua negeri buka lebih banyak kilang. Itu semua alasan sebab isu BlackRock beri tekanan agak berat kepada Kerajaan Persekutuan, Khazanah, Menteri Kewangan," katanya.

Kelmarin media melaporkan Nik Nazmi mencabar pimpinan PN yang meminta kerajaan tidak mengadakan sebarang urusan dengan BlackRock Inc untuk menutup semua kilang milik syarikat itu di Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata, BlackRock bukan sahaja antara pelabur terbesar dalam pasaran saham Malaysia, ia juga mempunyai banyak kilang di Kedah dan Kelantan.

Beliau berkata, BlackRock bukan sahaja antara pelabur terbesar dalam pasaran saham Malaysia, ia juga mempunyai banyak kilang di Kedah dan Kelantan.

Sebelum ini seorang Ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul meminta kerajaan menarik balik keputusan menjual sebahagian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP).

Usul itu dikemukakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) & 18(2) sebagai usul tergempar.

-myMetro 

Timang cahaya mata ke-12, tak tolak jika ada rezeki dapat anak lagi

 Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail bersama cahaya mata ke-12 mereka. FOTO Ihsan Shamsuri Shafie

Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail bersama cahaya mata ke-12 mereka. FOTO Ihsan Shamsuri Shafie

KOTA BHARU: Pasangan suami isteri, Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail yang tular sebelum ini kerana memiliki 11 zuriat, selamat menimang cahaya mata ke-12, jam 3.43 petang kelmarin.

Shamsuri, 39, yang juga pengamal perubatan Islam, memaklumkan dia dan isteri dikurniakan cahaya mata lelaki, namun belum memberi nama kepada bayi mereka yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di sini.

Harian Metro melaporkan, Shamsuri bersyukur kerana dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata dan lega kerana urusan isteri, 38, sepanjang melahirkan bayi mereka dipermudahkan.

"Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri yang tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin.

"Sebenarnya, bukan hanya saya dan isteri, anak lain pun teruja dapat adik baharu. Sebagai suami, saya ucapkan terima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata kami.

"Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya," katanya.

Shamsuri tidak menolak jika ada rezeki untuk menimang cahaya mata lagi pada masa akan datang.

"Jika ada rezeki, saya nak lagi kerana anak pun anugerah Allah SWT. Anak pun pembawa rezeki dan menjadi penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun kami berumah tangga," katanya.

Terdahulu, Harian Metro pernah menyiarkan kisah kehidupan Shamsuri dan isterinya yang bahagia kerana dikurniakan 11 cahaya mata, terdiri enam lelaki dan lima perempuan.

Kisahnya mendapat perhatian selepas Shamsuri berkongsi video dan gambar dengan keluarganya di TikTok.

-BH Online 

Selasa, 25 Jun 2024

"Gelora, Filem Kontroversi P. Ramlee Selepas 6 Jahanam Dikritik."

 "Gelora, Filem Kontroversi P. Ramlee Selepas 6 Jahanam Dikritik."

Sebelum Ipar Adalah Maut, P. Ramlee dah lama buat filem yang memberi gambaran kepada realiti masyarakat yang relevan sampai sekarang. Antaranya, filem Gelora ni lah!

Tapi apa sebenarnya punca yang membuatkan P. Ramlee nak buat filem yang agak kontroversi ni?

Filem ini tidak lahir sekiranya P. Ramlee tidak bertengkar dengan Osman Abadi. 

Menurut ceritanya, P. Ramlee ketika mula-mula mengenali Osman Abadi (pengarang kanan di Utusan Melayu ketika itu) telah dikecam oleh P. Ramlee kerana wartawan hanya pandai menghentam orang-orang filem terutama filem-filem arahannya. 

P. Ramlee menerima ulasan terburuk dalam kerjayanya untuk filem 6 Jahanam. Mingguan Malaysia menyebut filem ini yang terinspirasi daripada kisah koboi sebagai lemah dan bukti bahawa pengarahnya sudah hilang daya kreatif.

"Dia orang cakap senang, tahu hentam saja. Skrip lemah, arahan lemah. Tapi siapa ada antara wartawan yang ada yang bagi skrip bagus pada saya?" kata P. Ramlee. 

Mendengarkan kata-kata pedas tersebut terkeluar kata Osman Abadi, "Bagaimana kalau saya buat skrip, Encik Ramlee boleh terima ke?"

"Boleh, dengan syarat skrip misti bagus. Bila Encik Osman nak bagi?" kata P. Ramlee. 

"Malam esok di studio ni," jawab Osman Abadi. 

Kira-kira jam 10.00 malam esoknya, Osman Abadi datang lalu bercerita di depan P. Ramlee berdasarkan nota yang ditulisnya di sekeping kertas. 

Ketika mendengar cerita Osman Abadi, P. Ramlee hanya memejamkan matanya. Osman Abadi sendiri tidak tahu samada P. Ramlee mendengar ceritanya itu atau pun tidak. 

"Selepas bercerita, P. Ramlee tidak berkata sepatah pun apakah cerita saya itu bagus dijadikan filem atau pun tidak," kata Osman Abadi. 

Melihatkan wajahnya, Osman Abadi yakin ceritanya itu tidak akan diterima. 

Esoknya, Osman Abadi menerima telefon P. Ramlee yang memintanya menulis 'rough idea' cerita yang diceritanya itu. P. Ramlee memberi masa seminggu untuk Osman Abadi menyudahkannya. 

Bagaimanapun, Osman Abadi hanya dapat menyudahkannya dua minggu kemudian. P. Ramlee sendiri menyusun cerita dan lakon layarnya manakala Osman Abadi menyusun dialognya. 

Bermula dari situlah lahirnya filem ini yang dirangkumkannya dengan lagu popular ciptaanya - "Gelora" petikan filem "Seniman Bujang Lapok." 

Bolehlah dikatakan filem ini sebuah drama berat yang tidak ada komedi langsung. Dari awal hingga akhir ketegangan mencengkam penonton. 

Hanya mereka yang berminat dengan filem-filem drama berat dan masih meminati karya P. Ramlee menyukai filem ini.

Bolehlah dikatakan juga, filem ini hanya sesuai ditonton oleh orang-orang dewasa saja dan boleh juga diagak kenapa filem ini jarang-jarang ditayangkan di tv kerana temanya yang tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja apatah lagi kanak-kanak. 

P. Ramlee tidak banyak muncul dalam filem ini. Beliau hanya memegang watak dengan beberapa babak, tetapi tetap penting untuk keseluruhan cerita.

Kisah hubungan terlarang dalam filem ini penuh dengan pengajaran, ditambah dengan plot-twist yang paling gila dalam kebanyakan filem P. Ramlee.




Oleh: Azizul Farhan

Credit 

Johan Cryuff, keistimewaan lagenda Bolasepak Belanda

 


Majoriti peminat bola sepak sekarang tidak pernah melihat aksi Johan Cryuff sebagai pemain tetapi ada yang sempat melihatnya sebagai individu yang berada di heararki tertinggi kelab bola sepak.

Cryuff hebat dalam semua dunianya, sebagai pemain, pengurus dan sebagai individu dalam pengurus kelab. 

Sebagai pemain, Cryuff memenangi 8 gelaran Eredivisie dan 3 Piala Eropah bersama Ajax. Dia berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan rekod dunia ketika itu.

Cryuff menjulang trofi La Liga pada musim pertamanya. Pada tahun 1974, dia membawa Belanda ke final Piala Dunia. Dia memenangi 3 trofi Ballon d'Or. 

Terdapat rekod yang tidak dapat ditulis mengenai Cryuff iaitu kepantasan, muslihat kaki, interaksi, keindahan permainannya.

Sebagai jurulatih, dia telah berkongsi dan mewarikan seni bola sepaknya. 

Ketika di Ajax, dia membina generasi baharu Belanda. Nama Marco van Basten, Dennis Bergkamp, ​​Frank Rijkaard, Ronald Koeman muncul. Mereka semua menjadi nama besar.

Bersama Barcelona Cryuff memenangi 4 kejuaraan La Liga berturut-turut serta 1 Piala Eropah. Salah seorang pemain dalam pasukan itu ialah Pep Guardiola. 

Cryuff adalah mentor Guardiola. Guardiola kemudiannya menjadi arkitek kepada permainan tiki-taka. Cruyff adalah pengaruh terbesar dalam kerjaya kejurulatihan Guardiola.

Pada satu ketika Cryuff pernah memulihkan Ajax di posisi lain, bukan sebagai pemain dan jurulatih tetapi di bahagian pengurusan. 

Dari pelan Cryuff, Ajax membina pemain di akademi dan berhasil meraih jualan sebanyak €297 juta melibatkan pemain,

• Frenkie de Jong, 2019, €86 juta

• Matthijs de Ligt, 2019 €85 juta

• Donny van de Beek, 2020, €39 juta 

• Kasper Dolberg, 2019, €21 juta

• Sergino Dest, 2020 €21 juta

• Justin Kluivert, 2018, €17 juta

• Riechedly Bazoer, 2016, €12 juta

• Jairo Riedewald, 2017, €9 juta

• Anwar El Ghazi, 2016, €7 juta

Credit 

Isnin, 24 Jun 2024

IMPRESI ARTIS: Gambaran awal model pertama Proton e.MAS berasaskan Geely Galaxy E5 versi RHD

 Impresi Artis

Proton pada 12 Jun yang lalu telah melancarkan jenama EV baharunya yang dikenali sebagai e.MAS. Ia bakal digunakan pada model kenderaan elektrik (EV) Proton yang akan diperkenalkan pada masa akan datang.

Proton turut memperkenalkan logo baharu e.MAS yang menampilkan rekaan kepala harimau ‘tidak berkurung’ dalam bentuk 2D yang mengikut trend reka bentuk terkini untuk jenama EV yang lebih cenderung kepada grafik yang ringkas dan minimalis.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata, model EV pertama e.MAS bakal dilancarkan pada Disember tahun ini dan Proton akan membuat pengumuman baharu menjelang pelancarannya nanti.

Ketika ini, ramai dalam kalangan pengamal media dan juga pemerhati automotif masih ‘berteka-teki’, model apakah yang bakal menjadi model EV pertama menggunakan jenama e.MAS.

Kebanyakannya membuat andaian, ia adalah versi pemanduan kanan (RHD) model SUV elektrik tulen, iaitu Geely Galaxy E5.

Sahabat kami yang juga pakar manipulasi digital, Theottle juga telah menyiapkan gambaran awal Geely Galaxy E5 versi RHD yang memakai lencana e.MAS.

Model ini merupakan ahli keempat dari keluarga Geely Galaxy yang sebelum ini mempunyai tiga lagi model iaitu L7L6, dan E8.

Dilaporkan, ia bakal mempunyai dua versi iaitu model pemanduan kiri (LHD) dan pemanduan kanan (RHD) yang dibangunkan dan diuji secara serentak. Kedua-dua versi ini juga akan dieksport ke pasaran luar negara.

Diposisikan sebagai SUV padat (compact), Geely Galaxy E5 berukuran 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, manakala jarak tapak rodanya 2,750 mm.

Kuasa disalurkan menerusi motor elektrik TZ184XY101 yang dihasilkan oleh InfiMotion (无锡星驱动力科技有限公司) dengan kuasa maksimum 160 kW.

Ia digandingkan bersama pek bateri litium besi fosfat yang dibekalkan oleh SVOLT Energy Technology Co., Ltd. Walau bagaimanapun, perincian mengenai bateri dan spesifikasi jarak tidak didedahkan buat masa ini.

Model SUV elektrik ini juga didatangkan dengan pilihan bampar depan, rekaan rim, radar belakang, cermin sisi kemasan hitam, lampu hadapan, logo jenama berwarna hitam, cermin hadapan dengan gaya yang berbeza, jejalur hiasan hitam pada bingkai tingkap, rak para bumbung hitam, radar hadapan dan rekaan bumbung suria.

Selain itu, ia turut ditawarkan dengan dua pilihan saiz dan profil tayar, iaitu 225/55R18 dan 235/50R19. Pada 19 Februari lalu, CEO Geely, Gan Jiayue mengumumkan bahawa Geely Galaxy merancang untuk melancarkan tiga kenderaan tenaga baharu tahun ini, termasuklah satu model plug-in hybrid dn dua model elektrik tulen.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, pengeluar kereta nasional itu sedang menguji jentera model EV terbabit selepas proses reka bentuk dan prototaip siap dibangunkan.

Ujar beliau, peringkat penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi reka bentuk dan prototaip sudah pun selesai dilaksanakan di China.

Proton kini sedang menguji EV serba baharu tersebut sebelum menunggu proses pengeluarannya, manakala tarikhnya pula akan dimaklumkan kemudian.

Untuk peringkat permulaan, ia akan dipasang di China memandangkan di sana sudah ada memiliki kemudahan yang diperlukan, selain inisiatif pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan bagi model EV import sepenuhnya (CBU).

Namun, Proton turut mempunyai perancangan untuk membuat pemasangan tempatan (CKD) model ini di Malaysia pada masa akan datang.

Sumber: Funtasticko.net

Perodua Lancar EV Pertama Serendah RM50,000 !

 Perodua sedang membangunkan kereta elektrik (EV) pertama mereka dengan harga dijangka antara RM50,000 hingga RM100,000. Di Malaysia Auto Show 2024, Perodua memperkenalkan prototaip Perodua Myvi Conversion, emo-1 EV. Ini menunjukkan langkah awal Perodua dalam teknologi elektrik dan komitmen mereka dalam pembangunan kendaraan eco-friendly.

Prototaip ini menggunakan komponen utama yang direka dan dibuat di Malaysia, dengan bantuan teknologi dari Australia dan kolaborasi dengan tiga universiti di Malaysia – Universiti Tenaga Nasional, Universiti Kuala Lumpur, dan Universiti Putra Malaysia. Ini bertujuan untuk mengoptimalkan teknologi yang digunakan dan memastikan kualitas tinggi serta keberlanjutan EV Perodua.

Walaupun harga rasmi belum diumumkan, dijangkakan bahawa harga EV Perodua akan berdaya saing dengan pembuat kereta lain, dengan harga jualan dianggarkan tidak melebihi RM100,000. Ini bertujuan untuk menjadikan EV lebih berdaya milik bagi rakyat Malaysia.

Perodua juga telah dipilih sebagai brand utama dalam tahun 2025 bagi inisiatif EV mampu milik Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030), menunjukkan sokongan mereka terhadap penggunaan kendaraan elektrik di Malaysia. Dengan kerjasama industri dan sokongan kerajaan, diharapkan visi kendaraan elektrik mampu milik akan menjadi kenyataan.

Inisiatif ini menunjukkan usaha Perodua bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pasaran kendaraan yang lebih bersih, tetapi juga komitmen mereka terhadap pembangunan lestari dan inovasi dalam industri automotif Malaysia. Marilah kita nantikan kedatangan EV Peroduna di jalan raya, menuju masa depan automotif yang lebih hijau.

Sumber: Portal Bantuan 

Ahad, 23 Jun 2024

[VIDEO] 13 hari menabung, dapat simpan hampir RM20,000

Tangkap layar memaparkan hasil tabungan wanita berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang wanita yang berjaya mengumpul wang sebanyak RM19,290 dengan menabung selama 13 hari menggunakan duit lebihan perniagaan.

Menerusi perkongsian video TikTok oleh @indahsaloon, dia mengumpul beberapa keping duit kertas bernilai RM50 dan RM100 sehari dan menyimpan di dalam tiga bekas tabung.

Menurutnya, wang yang dikumpul itu adalah hasil duit lebihan bisnesnya dalam menjalankan perniagaan spa, salon dan jual beli emas.

 Selain itu wanita berkenaan mengatakan tabungan ini adalah sekadar suka-suka kerana dia juga mempunyai akaun simpanan wang dalam bank yang dikhaskan untuk syarikatnya.

Sementara itu, wanita tersebut berkata, video yang dimuat naik adalah untuk menjadi inspirasi kepada orang lain dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Meninjau di ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi.

“Alhamdulillah, ini lah hasil orang yang suka menabung, ada untungnya. Benda yang boleh beri contoh kepada kita semua, terbaiklah awak,” komen @haniani.

“Aduhai, ini inspirasi untuk orang kaya sahaja, sekali simpan RM3,000 terus, orang macam kami sehari simpan RM5, 13 hari baru dapat RM65,” komen @eiqalavigne.

“Tak kisahlah kita dalam kategori T20 ke B40, janji ada sifat dalam diri untuk menabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit,” komen @husna20.

Sehingga kini video tersebut mendapat 2.6 juta tontonan, 90,000 tanda suka dan 8,500 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Tanpa Pergi Ke JPJ (Online)


jpj

Temukan panduan lengkap untuk tukar nama kereta di Malaysia termasuk langkah-langkah tukar hak milik di JPJ, pemeriksaan Puspakom, serta cara tukar nama online melalui MySikap.

Dalam artikel ini, kami berhasrat untuk membawakan panduan terperinci berserta dengan informasi proses tukar nama kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk borang yang diperlukan, kaedah tukar nama di JPJ, serta kos tukar nama kereta di Puspakom.

Langkah Tukar Hak Milik Kenderaan di JPJ

Kalau anda berminat untuk menjual kereta lama atau membeli kereta terpakai yang sudah lunas tapi tidak ingin melibatkan perantara dalam proses tukar nama kereta, panduan ini pasti berguna.

Secara umum, proses tukar hak milik kenderaan mestilah dilakukan di JPJ kerana memerlukan pengesahan biometrik.

Langkah-langkah Utama:

  1. Selesaikan Baki Bayaran: Pastikan hutang atau baki pembayaran kereta telah dilunaskan sepenuhnya sebelum memulai proses.
  2. Pemeriksaan Puspakom: Lakukan pemeriksaan kenderaan di Puspakom untuk mengubah nama kereta ke pemilik baru. Anda boleh buat janji temu Puspakom atau memilih servis pemeriksaan bergerak di tempat yang anda pilih. Biaya tukar nama hanya RM30.
  3. Urusan di JPJ: Sama ada anda pemilik asal atau baru, urusan tukar nama di JPJ memerlukan dokumen relevan seperti kad pengenalan dan ROC atau VOC. Isilah Borang JPJ K3 dan lengkapkan proses pengesahan cap jari. Ketahui bahawa, sekiranya proses pengesahan telah dilakukan, roadtax dan insurans akan terbatal secara automatik, jadi pastikan anda memperbaharui kedua-duanya atas nama baru terlebih dahulu.

Cara Tukar Nama Kereta Secara Online:

JPJ kini menyediakan kemudahan untuk tukar nama kereta secara online melalui MySikap bagi mempermudah proses tanpa perlu ke pejabat JPJ:

  1. Daftar Akaun MySikap: Pertama, daftar akaun dengan MySikap jika belum memiliki satu.
  2. Log Masuk dan Ikuti Prosedur: Ikuti prosedur yang diberikan dalam platform untuk pemilik asal dan pemilik baru dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan dan membayar sebarang yuran yang berkaitan.

Proses Tukar Nama bagi Kereta Milik Orang Meninggal Dunia:

Prosesnya menjadi lebih rumit jika pemilik asal meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat. Waris boleh mula dengan membuat tuntutan pembahagian harta kecil ke Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Setelah itu, waris yang terlibat boleh melanjutkan dengan proses pemeriksaan Puspakom dan tukar nama di JPJ dengan menunjukkan dokumen pengesahan yang relevan.

Kos tukar nama kereta di JPJ adalah seperti berikut:

  • Motor: RM30
  • Kereta: RM100
  • Kenderaan perdagangan: RM40
  • Kenderaan off-road: RM100

Penting untuk diingat bahawa waris atau pemohon disarankan untuk hadir sendiri ke JPJ dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses tukar nama.

Credit :Portal Bantuan

YUSOF HASLAM MULA SEBAGAI PELAKON TAMBAHAN LAKSAMANA DO RE MI

 (1972) MULA SEBAGAI PELAKON TAMBAHAN LAKSAMANA DO RE MI

1) Mohd Yusof bin Md. Haslam Khan merupakan seorang pengarah filem di Malaysia. Dato’ Yusof Haslam dilahirkan pada 24 April 1954 dan berasal dari Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak keempat dari tujuh beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Kebangsaan Polis Depot dan Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.


2) Beliau mula berkecimpung dalam bidang perfileman pada tahun 1972 dalam usia 17 tahun. beliau terlibat sebagai pelakon tambahan selama dua tahun di Studio Merdeka. 



3) Beliau telah menghasilkan hampir 20 buah filem hasil karya beliau sendiri. Filem pertama yang dihasilkan ialah "Bayangan Maut" pada tahun 1990. Antara pelakon yang turut menjayakan filem tersebut ialah Ella, Norkumalasari, Sabree Fadzil dan beliau sendiri. Filem ini juga telah membuka tirai bagi beliau dalam dunia perfileman.



4) Datuk Yusuf Haslam : pengarah dan penerbit filem yang digelar "The Million Dollar Film Maker" gigih menghasilkan filem komersial dan semakin segak nampaknya. Hampir kesemua filemnya di pawagam berjaya mencecah angka juta ringgit.

5) Selain kerjaya beliau sebagai penerbit filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Yusof juga adalah Pengarah Urusan di Skop Production, dimana anak-anak syarikatnya terdiri dari Haslam Trading (restoran), Haslam Properties (hartanah), Skop Publishing (novel dan buku) dan ME Communication (post production dan penerbitan drama serta filem).

#FoImpak

#YusofHaslam

#SkopProduction

Sumber: Blogspot Vanmerah

Credit