Selasa, 9 Jun 2026

KENAPA PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN BERSATU?

 KENAPA PAS PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN BERSATU? 

Mula-mula kena faham dulu.

Kerjasama PAS dengan Bersatu bukan kerjasama kosong. Bukan sebab nak berkawan semata-mata. Bukan juga sebab PAS terikat sampai tak boleh bergerak

Asas dia ialah Ta’awun Siyasi.

Maksud mudah, kerjasama politik untuk bantu perkara baik. Selagi kerjasama itu bawa manfaat, kukuhkan umat, elak perpecahan dan bantu rakyat, PAS boleh bersama.

Sebab itu PAS sabar lama.

Banyak benda PAS telan.

Banyak benda PAS diam.

Banyak benda PAS cuba selesaikan cara baik.

Sebab matlamat PAS dari awal bukan nak bergaduh. Matlamat PAS ialah perpaduan ummah.

Tapi lama-lama mula ada masalah.

Pertama, apabila ruang perpaduan mula disempitkan.

PAS mahu PN jadi medan besar untuk satukan kekuatan Melayu-Islam dan rakyat yang menolak PH.

Tapi bila ada usaha menyekat kemasukan parti lain ke dalam PN, di situ tujuan asal PN mula lari. 

Kalau pintu perpaduan ditutup, macam mana nak bina perpaduan?

Kedua, Bersatu mula dilihat lebih mahu mengawal daripada membina bersama.

Dalam kerjasama, tak boleh ada satu pihak rasa dia pemilik mutlak. Kena ada hormat. Kena ada adab rakan. Kena ada ruang berbincang.

Ketiga, beberapa tindakan Bersatu terhadap PAS makin menebalkan rasa tidak percaya.

Ada isu di Perlis.

Ada isu kedudukan kepimpinan PN.

Ada serangan terhadap kepimpinan PAS.

Ada label-label yang tidak patut dilemparkan kepada institusi PAS.

Satu dua mungkin boleh bincang.

Tapi kalau berulang kali, orang pun mula hilang percaya. 

Keempat, PAS sudah banyak berkorban untuk jaga hubungan.

PAS bukan jenis cepat melatah. PAS bukan hari ini terasa, esok terus putus. Banyak ruang sudah diberi. Banyak peluang sudah dibuka.

Tapi sabar pun ada sempadan.

Kerjasama politik tidak boleh sampai mengorbankan prinsip. Tidak boleh sampai PAS terpaksa duduk diam ketika agenda perpaduan ummah dihalang.

Akhir sekali, PAS kena pilih jalan yang lebih jelas.

Kalau kerjasama itu masih membantu perpaduan, PAS boleh terus bersama.

Tapi kalau kerjasama itu sudah jadi penghalang kepada perpaduan, maka PAS perlu melangkah ke depan.

Source 

0 comments:

Catat Ulasan