
PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini kerana masalah jantung dan beberapa penyakit lain, kata Mursyidul Am Hashim Jasin.
Katanya, Hadi yang ketika ini berada di Terengganu turut mendapat nasihat doktor supaya tidak “berjalan jauh”.
“Dia uzur syarie, dia sakit banyak…dia (juga) ulang alik IJN (Institut Jantung Negara), macam-macam sakit. Doktor nasihat dia supaya tidak berjalan jauh,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ketiadaan Ahli Parlimen Marang itu pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.
Hashim berkata, disebabkan penyakit dialami Hadi, mesyuarat Majlis Syura PAS juga terpaksa ditangguhkan.
“Perkara ini dimaklumkan oleh setiausaha politik dia, Majlis Syura nak buat mesyuarat, dia tak dapat tetapkan tarikh, bila tarikh tu…aktiviti parti pun banyak tertangguh, yang sepatutnya dia hadir dia tak dapat hadir,” katanya.
Katanya, walaupun berdepan masalah kesihatan, Hadi tetap aktif menulis menyebabkan “dia tidak nampak seperti sakit”. Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Hadi tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat sepanjang minggu ini.
“Dia MC (cuti sakit) selama empat hari, kesihatan beliau tidak mengizinkan hadir minggu ini,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Politik Hadi, Syahir Sulaiman berkata surat pemakluman dan sijil MC Hadi dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul semalam.
Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, Hadi ketika ini turut mendapat rawatan susulan di Terengganu - FMT
Related Posts:
Hj. Hadi Tak Hadir Sidang Dewan Rakyat Sebab Uzur PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak hadir ke Dewan Rakyat hari ini kerana masalah jantung dan beberapa penyakit lain, kata Mursyidul Am Hashim Jasin.Katanya, Hadi yang ketika ini berada di Terengganu turu… Read More
Minda TGHH:Gempar Langkah Dubai Minda Presiden PASGEMPAR LANGKAH DUBAIDimulakan jenama langkah untuk mengubah kerajaan oleh kumpulan Langkah Kajang dan juga kumpulan demonstrasi jalanan yang mahu memaksa kerajaan diubah berslogankan ‘Reformasi’. Kemud… Read More
SURAT TERBUKA KEPADA JEMAAH HAJI DAN UMRAH YANG TIDAK MENGUNDITulisan ini ditujukan kepada mereka yang tidak mengundi, khususnya kerana melaksanakan haji dan umrah, termasuk juga para peniaganya. Bacalah firman Allah SWT:﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْف… Read More
Usia hanyalah angka, sanah helwah buat Ayah Chikharakahdaily.netOctober 20, 2024Tuan Guru Abdul Hadi Awang“BAGAIMANA dengan perkembangan Hamas sekarang Ayah Chik, mengapa Yahya Sinwar, Dr Musa, Khalid…bla bla,” aku memulakan kata bual standard pelajar minggu orientasi Ting… Read More
Tuanku Sultan Selangor zahirkan dukacita atas kenyataan Tan Sri TG Hadi Awang 29 Februari 2024 ~ DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan YB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada 20 Februari 2024 yang bertajuk “Ketinggian Isl… Read More
0 comments:
Catat Ulasan