Khamis, 8 Februari 2024

Al-Fatihah:Azraai Khor Abdullah kembali ke rahmatullah

 Salam Takziah


Bekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, sebentar tadi selepas diserang strok.

Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek Leng telah menyarung jersi skuad kebangsaan dari 1975 hingga 1978 dengan menganggotai skuad ke Piala Raja Thai, Pra Olimpik, Pestabola Merdeka, Piala Asia 1976 di Tehran dan Sukan Asia 1978 di Bangkok.

Sebagai jurulatih pula, Allahyarham membawa Kedah muncul juara double treble pada 2007 dan 2008, selain turut pernah membimbing beberapa pasukan tempatan lain seperti Negeri Sembilan dan Perak serta menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda pada 2010.

Semoga Allah SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solehin.

Al-Fatihah

#FAM #HarimauMalaya

Related Posts:

  • Belasungkawa:Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Mapat ( 1943 - 2024 ) انا لله وانا اليه راجعوناَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الث… Read More
  • Badrul Muhayat meninggal dunia ALLAHYARHAM Badrul. FOTO arkib NSTPKuala Lumpur: Pelakon Badrul Muhayat meninggal dunia ketika tidur di Pulau Pinang, pagi tadi.Berita sedih itu disahkan pelakon Anne Abdullah selepas dimaklumkan oleh isterinya, Norhaya… Read More
  • Al-Fatihah:Azraai Khor Abdullah kembali ke rahmatullah  Salam TakziahBekas pemain kebangsaan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun, sebentar tadi selepas diserang strok.Bekas pemain Kedah era 70-an itu yang nama asalnya Khor Sek … Read More
  • SubhanaIIah..MeninggaI Di Depan Mak4m Nabi, Rupanya lni AmaIan Sepanjang Hay4tnya.. Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila d1jemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku pada m4lam 10 terakhir Ramadhan betul-betul di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabaw… Read More
  • Alfatihah:Rohana Jalil meninggal dunia ROHANA JalilKuala Lumpur: Penyanyi Rohana Jalil, 68, meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam.Beliau meninggal dunia di sisi suami, anak-anak da… Read More

0 comments:

Catat Ulasan