Selasa, 16 Ogos 2022

Koleksi Resepi:Ayam Goreng Seringgit

 Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah😂😂

Alhamdulillah rezeki..

oh kepci mohonlah selalu buat promo.. boleh akak tumpang tempiasnya🙊🙊


Ni akak masukkan resepi..so kita semua boleh buat sama-sama🤗


Resepi ayam goreng seringgit❤



Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya✌


Ayam sekor potong 22-24

Bawang putih 5 ulas

Bawang besar saiz kecik (1)

Halia 1 inci

Lada hitam 1 sudu kecil

Lada putih 1 sudu kecil

Serbuk kari 1 sudu besar

Garam dan serbuk perasa adabi


Kisar semua bahan sampai halus.

Perap pada ayam.


Resepi tepung salut;

1 cawan tepung bestari pedas

2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sbb ayam akan lebih garing dan rangup)

1 sudu tepung ubi/beras


Cara-caranya;

1.perapkan ayam dengan bahan blender dan tambah sedikit tepung kering dlm 3 sudu.. perapkan..Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung..

2.Masukkan ayam dalam 5-6 ketul

3.Sendukkan tepung salut ke atas ayam

4.Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit)

5.Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yg sederhana panas.

*boleh salut 2x untuk kesan lebih rangup.

6.Goreng ayam dalam minyak yg banyak, ayam tenggelam ye(utk jimat minyak boleh pakai periuk kecik)

7.Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak,cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus didalam.

8.Hidangkan panas-panas..

9.Makannn😂🙊


 untuk lebih senang..boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain.. tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit.. saya kena kreatif utk jimatkan kos (ayam mahal weh😂)

 boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yg lain.


Credit : Murni Rahmat

Related Posts:

  • Koleksi resepi ikan siakap viral, siap dapat sampai 52K shares!Masih lagi viral dengan isu harga ikan siakap yang mencecah ribuan ringgit, jadi ramai pula yang teringin untuk makan menu berasaskan ikan siakap. Memang enak dimakan dan dimasak dalam pelbagai menu, ini merupakan senarai per… Read More
  • Koleksi Resepi: Ketupat Sotong Kelantan "Resepi Ketupat Sotong Kelantan"Bahan-bahan:- 1 kilo sotong.- 2 cawan beras pulut.- 2 keping nise/gula melaka.- 1 kotak santan.- 3 helai daun pandan.- Sedikit garam.- Air.- Gula jika perlu.Cara-cara Penyediaan:1) Bersih… Read More
  • Koleksi Resepi: Bihun Sup Utara (Sup Tulang) Uihh! Bihun Sup Utara (Sup Tulang) 🤤Bahan bahan1 peket bihun1 sudu kunyitRebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..Bahan2 Sup Tulang1kilo tulang dicampur sedikit daging2 batang… Read More
  • Koleksi Resepi :Mee Bandung Segera Resepi Mee Bandung Segera 🍜Bahan-bahan1/2 bj bwg merah besar1/2 bj bwg holland2 ulas bwg putih1inch halia2sb udang kering5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai… Read More
  • Koleksi Resepi: Sotong Kangkung RESEPI SOTONG KANGKUNGBahan-bahan1 pcs sotong kembang- direbus dan tos2 ikat kangkung- dicelurKacang goreng- disangai dan ditumbuk kasarBijan- disangaiBahan kuah sos1 paket kecil taucu masin*10 tangkai cili kering di po… Read More

0 comments:

Catat Ulasan