Sabtu, 27 Ogos 2022

PRU15:'Tahun ini atau tahun depan, PN akan tewaskan BN'

 

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perikatan Nasional (PN) sudah bersedia untuk melangkah masuk gelanggang berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa.

Malah, Pengerusi PN itu yakin Barisan Nasional (BN) dapat ditumpaskan dalam PRU-15 tanpa mengira sama ada Parlimen dibubarkan tahun ini atau tahun depan, berdasarkan laporan yang mendakwa sokongan terhadap BN semakin merosot.

Saya ada baca kenyataan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN. Dia kata pilihan raya mesti diadakan pada tahun ini bukan tahun depan.

"Kalau tunggu tahun depan, BN mungkin kalah. Kalau tahun ini pun, BN akan kalah.

"Apa pun, kita bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa. Kalau ikut adat kebiasaannya pun, kita sudah memasuki ke tahun terakhir penggal pilihan raya ini.

"Jadi kalau esok Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mohon perkenan bagi membubarkan Parlimen, kita anak jantan sedia masuk gelanggang," katanya, sambil disahut tepukan dan sorakan penyokong PN.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Konvensyen PN 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Muhyiddin bersama Presiden-Presiden Parti Anggota memotong pulut kuning dan kek sempena ulang tahun kedua Perikatan Nasional pada Konvensyen PN di Serdang. - NSTP/FATHIL ASRI.
Muhyiddin bersama Presiden-Presiden Parti Anggota memotong pulut kuning dan kek sempena ulang tahun kedua Perikatan Nasional pada Konvensyen PN di Serdang. - NSTP/FATHIL ASRI.

Pada 14 Ogos lalu, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, BN berisiko tewas jika PRU-15 diadakan tahun depan akibat faktor ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perlu berbincang dengan PN terlebih dahulu sebelum memutuskan tarikh PRU-15, selaras perjanjian kedua-dua pihak.

"Mengikut perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri yang saya dan Perdana Menteri tandatangani, bila Perdana Menteri nak tentukan tarikh pilihan raya, beliau kena runding dengan kita dulu kerana kita juga adalah sebahagian penting daripada kerajaan.

"Tak tahulah saya sama ada Perdana Menteri masih ingat adanya perjanjian itu," katanya.

Muhyiddin berpandangan, wujud kemungkinan Parlimen dibubarkan sehari selepas pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan kepada 7 Oktober depan, berbanding tarikh asal 28 Oktober.

"Kita tahu PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya tahun hadapan, walaupun kita dengar ura-ura berkemungkinan diadakan dalam masa terdekat.

"Mungkin lepas Perdana Menteri bentang Bajet 2023 pada 7 Oktober, esoknya mungkin Parlimen dibubarkan. Itu telahan saya," katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin mendakwa desakan parti tertentu supaya PRU-15 diadakan secepat mungkin bertujuan untuk parti itu kembali berkuasa bagi menyelamatkan pihak tertentu daripada hukuman mahkamah.

Saya tidak fikir rakyat Malaysia akan membiarkan perkara ini berlaku. Pilihan raya tahun ini atau tahun depan, bagi kita sama saja. Prinsip kita ialah lawan yang mungkar, pilih integriti dan terus prihatin kepada rakyat kerana itulah tujuan kita berada di dalam wadah PN," katanya.

-BH Online 

Related Posts:

  • PRU15:PAS adalah jentera agama YANG PAS nak ialah Islam menang, bukan PAS. PAS cuma peralatan atau jentera yang bekerja untuk Islam menang, sampai bila? Sampai Islam menang.Bukan semestinya PAS memerintah baru disebut Islam menang, sesiapapun me… Read More
  • PRU 15:Adakah rakyat masih dan akan sokong UMNO?SEMASA berhadapan dengan PRU-14, belum ada pemimpin utama Umno dihadapkan ke mahkamah, dan belum ada yang dijatuhi hukuman bersalah, akan tetapi parti itu kehilangan kuasa.Berdepan PRU-15, Umno merasa yakin mendapat sokongan … Read More
  • RUU ANTI LOMPAT PARTI: YANG BERBAHAS HANYA AHLI PARLIMEN BIASA JELAS sangat, mereka yang mempersoalkan mengapa tiada ahli parlimen Bersatu mengambil bahagian membahas RUU Anti Lompat parti, tidak tahu membezakan antara anggota pentadbiran dan ahli parlimen biasa (backbencer).Perjal… Read More
  • PRU 15:POLITIK MENGUGUT JADI PILIHAN MENURUT Datuk Bung Moktar Radin, BN Sabah ada 5 pilihan, jika perbincangan dengan GRS menunju kebuntuhan. Manakala Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula, BN tidak mahu tertipu lagi seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah.Dua ken… Read More
  • PRU15:'Tahun ini atau tahun depan, PN akan tewaskan BN' KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perikatan Nasional (PN) sudah bersedia untuk melangkah masuk gelanggang berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada bila-bila masa.Malah, Pengerusi PN itu yakin Baris… Read More

0 comments:

Catat Ulasan