"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Khamis, 18 November 2021

Helikopter dinaiki Presiden Jokowi punca dahan pokok putus cederakan penduduk

PENDUDUK di Banten ditimpa dahan pokok yang terputus akibat dilanggar helikopter.-INSTAGRAM

 BANTEN: Sebuah helikopter yang dinaiki Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) tular dalam media sosial selepas beberapa penduduk ditimpa dahan pokok yang patah akibat angin kuat dari kipas helikopter itu.

Lapor Kompas.com, helikopter itu melalui sebuah perkampungan di Rangkasbitung, Lebak, Banten, Selasa lalu.

Kipas helikopter itu yang menyebabkan angin kencang sehingga membuatkan dahan pokok patah dan menimpa sejumlah penduduk di sana.

Salah seorang penduduk, Adelia, 22, berkata, ketika kejadian dia dan suami serta anak saudara mengunjungi Stadion Uwes Qorny di Banten untuk melihat Jokowi.

“Rumah saya kebetulan terletak berdekatan dan ketika helikopter semakin dekat, tiba-tiba dahan pokok terputus dan menimpa kami bertiga,” katanya.

Akibat kemalangan itu, Adelia dan dua ahli keluarga lain mengalami kecederaan di bahagian punggung, leher dan bahu.

Difahamkan, Jokowi melawat Rangkasbitung untuk merasmikan Tol Serang-Panimbang sepanjang 26.5 kilometer yang menghubungkan Serang-Rangkasbitung.

Selepas majlis perasmian, Jokowi meninggalkan kawasan itu menaiki helikopter sama.

-Utusan Online

Jawatan Kosong: Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

 


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia.

Jawatan:

1.Pegawai Geosains Gred C41 -Klik Disini untuk iklan lengkap

Bagi pemohon yang berkelayakan boleh memohon secara online melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9)

Klik Disini untuk permohonan secara online

Tarikh Tutup Permohonan - 30 November 2021

Anak muda perlu belajar jadi kaya ‘luar biasa’ seperti Rauf

 

AB. RAUF YUSOH

MELAKA: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh menjawab persoalan mengenai kekayaan luar biasa yang harus dicontohi orang muda.

Katanya, beliau bukan baharu dalam bidang perniagaan sekali gus ia bukan suatu perkara pelik jika dirinya memiliki kemewahan luar biasa itu.

“Usia saya dah 60 tahun, saya bukan budak baru yang nak membina kejayaan, sudah pasti saya sudah memulakan perniagaan 40 tahun terdahulu. Sewaktu saya 20-an, saya sudah memulakan kerjaya sebagai ahli perniagaan dan juga saya orang korporat.

“Saya pernah menjadi pegawai eksekutif yang tersenarai di bursa saham, saya pernah uruskan syarikat besar walaupun pada 1978, saya merupakan anak kampung yang diambil Mara (Majlis Amanah Rakyat) untuk masuk ke institut kemahiran di Kampung Pandan. Tetapi saya bangga walaupun pendidikan itu nampak rendah iaitu seorang yang ada sijil tahun 1978, tetapi saya berjaya buktikan kebolehan yang Allah bagi sehingga saya berjaya sehingga hari ini.

“Saya tidak perlu cakap kenapa saya berada di sini tetapi tanya bagaimana membina kehidupan ini dengan penuh usaha dan tekad seharusnya menjadi contoh kepada anak muda,” katanya dalam program Sembang Politik menerusi Facebook Utusan Online.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, beliau mempunyai syarikat bekalan minyak yang besar di Malaysia, malah telah menjadi tokoh korporat seawal usia 32 tahun.

“Saya menawarkan diri, belajarlah bagaimana untuk dapat mengecapi kejayaan, tidak semudah jalan pintas tapi banyak ruang yang diberi kerajaan. Saya cukup bangga ‘Rauf repair aircond (penghawa dingin)’ kerana itu pendidikan asas 40 tahun dulu. Kita anak kampung, anak petani jadi saya mesti kembali berbakti kepada mak ayah saya,” katanya.

-Utusan Online

Langkah Sheraton: Hari Dr M berundur kerana pengkhianatan

 Oleh:Marina Mahathir


Berjalan melalui ruang tamu, saya melihat Anwar Ibrahim tersandar di kerusi bertentangan dengan ayah - tetamu terbaru di kalangan barisan pengunjung. Di tingkat bawah saya dapati isterinya, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), berseluar kelabu muda dengan tudung labuhnya, baru sahaja mahu meninggalkan rumah kami. Dia berjalan menuju kereta rasminya, dan tersenyum seperti biasa. Gilirannya berjumpa ayah sudah selesai dan dia tidak kelihatan risau.

Selepas menerima mesej, adik saya Mokhzani adalah orang pertama yang sampai.

Berdiri di depan pintu, saya segera memberitahunya apa yang berlaku. Semasa kami bercakap, cuba memahami apa yang berlaku, Anwar turun dari tangga dan menyertai kami.

Saya sudah cuba," katanya, dengan senyuman berkerut di wajahnya. Dia meletakkan kepalanya di bahu adik saya. Saya perasan bahunya sedikit mengeletar. Kemudian dia menegakkan dirinya, dengan mata yang tidak lagi bersinar sambil mengucapkan selamat tinggal dan beredar.

Tidak lama pada pagi yang bersejarah itu, rumah kami mula dipenuhi dengan orang ramai: Muhyiddin (Yassin), Azmin (Ali), dan yang lain telah berkumpul di Sheraton pada malam sebelumnya. Mereka dibawa terus ke ruang makan. Azmin tiba dan melihat saya duduk bersama adik-adik saya di ruang tamu dan tidak seperti pertemuan kami beberapa kali terakhir, dia tidak tersenyum.

Zuraida Kamaruddin, ketua wanita PKR yang bertudung labuh seperti lazimnya, berjalan menuju ke arah saya. Sejak sekian lama, saya sentiasa mesra dengan Zuraida. Dia memahami isu wanita dengan baik dan telah menyokong kumpulan wanita apabila kami berarak membantah perkahwinan kanak-kanak. Saya sentiasa beranggapan bahwa dia akan menjadi menteri hal ehwal wanita yang cemerlang, tetapi ayah telah melantiknya sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan dia menjalankan tugasnya dengan baik.

Semasa dia menuju ke arah saya dengan senyuman di wajahnya, saya tidak dapat menahan diri daripada bertanya, "Mengapa kamu lakukan ini kepada ayah?" Senyumannya hilang. Tanpa sepatah kata, dia berpaling dan menyertai yang lain di meja makan.

Saya tidak percaya melihat mereka yang datang itu. Faizal Azumu tiba dengan isterinya tanpa sebab dan duduk bersama ibu, tindakan yang membuatkan kami semua tidak selesa. Bagaimana mahu berbual dengan seseorang yang suaminya akan mengkhianati kamu?

Tidak lama kemudian, ayah dengan muka muram turun dan duduk di meja makan dikelilingi mereka yang bakal mengkhianatinya. Mulutnya diketap dan dahinya berkerut apabila mendengar hujah mereka. Saya berada di ruang tamu kira-kira lima meter jaraknya tetapi satu-satunya suara yang saya dapat dengar dengan jelas ialah suara Azmin Ali. Dia nampaknya orang yang paling tekad untuk melaksanakan pembelotan itu, meninggalkan kerajaan yang diberi mandat oleh pengundi untuk memerintah serta bekerjasama dengan mereka yang kalah.

Menjelang waktu makan tengah hari, perbincangan mereka dengan ayah nampaknya tidak berhasil dan mereka akhirnya beredar. Ayah kemudian naik ke tingkat atas untuk berehat.

‘Dengan Umno dan PAS?’

Pada jam 1.26 petang, saya mendapat panggilan telefon daripada Saifuddin Abdullah. Memandangkan saya tidak dapat menjawapnya ketika itu, saya menghantar mesej kepadanya untuk mengatakan saya tidak boleh bercakap.

OK, katanya. Kira-kira sejam kemudian saya diajukan satu kenyataan media yang mengatakan bahawa 11 ahli PKR termasuk Azmin, Zuraidah dan Saifuddin akan meninggalkan parti mereka untuk membentuk blok bebas di Parlimen.

Saya menghantarnya kepada Saifuddin dengan pertanyaan, "Kamu tinggalkan semua ini untuk menyertai Muafakat?" Dia jawab bahawa Azmin dan Zuraidah telah dipecat daripada PKR dan ini adalah cara menunjukkan sokongan terhadap mereka. "Ya, kita adalah gabungan baru itu."

Saya mengenali Saifuddin hampir 20 tahun, bertemu dengannya ketika kami berdua dihantar ke kursus singkat untuk NGO di Harvard Business School semasa saya menjadi presiden MAC (Majlis AIDS Malaysia) dan dia mengetuai Majlis Belia Malaysia. Kami menjadi kawan dan saya ingat dalam satu kelas, dia mengadu tentang campur tangan politik dalam pentadbiran NGO-nya. Saya sentiasa mengenalinya sebagai seorang yang munasabah dan berfikiran terbuka.

Saya bertanya lagi kepadanya, “Dengan Umno dan PAS?” Dia tidak pernah membalas.

Pada sebelah petang, selepas kumpulan pertama beredar tanpa sebarang hasil dan kami makan tengah hari, kumpulan lain pula tiba. Kali ini, kumpulan pemberontak itu mahu bergandingan bahu. Mata saya terbeliak apabila melihat Zahid Hamidi, presiden Umno yang berdepan dengan 47 pertuduhan rasuah dan Hadi Awang, berjubah serta berserban serba putih seperti lazimnya serta kelihatan jauh lebih muda daripada yang saya jangkakan, tersenyum lebar, yakin mereka akan dapat memujuk ayah.

Mereka juga duduk di meja makan kami menghadap ayah. Muka ayah kelihatan lebih meluat daripada sebelum ini. Kehadiran mereka ini membuatkan rumah kami seolah-olah tidak lagi bersih; jika Najib Razak masuk ketika itu, saya rasa saya akan kehilangan sabar pula.


Ini adalah terjemahan petikan terakhir dari buku terbaru Marina Mahathir, 'The Apple and the Tree'. Ia diterbitkan dengan kebenaran Penguin Random House SEA. Buku itu boleh didapati di Popular, MPH, Kino, Czip Lee, Biblio Paper Boy, Lit Books, Gerak Budaya.

-malaysiakini

Rabu, 17 November 2021

Dikatakan Bercium Di Kelab Malam Sambil Pegang Gelas, Respon Baby Shima Sgt Mengejutkan

 


Nama penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi menjadi perhatian apabila foto dikatakan miripnya dengan seorang lelaki yang didakwa di sebuah kelab malam tersebar di media sosial.

Menurut laporan mStar Online, pemilik nama Nor Ashima Ramli itu tidak menafikan dakwaan tersebut selain menyifatkan perkara dilakukannya itu tidak menganggu sesiapa.


“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke? 

Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang.

“Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,” kata penyanyi berusia 29 tahun itu.

Berdasarkan beberapa keping foto dihantar kepada pihak mStar, penyanyi lagu Roadblock Hatiku itu didakwa seperti sedang mencium lelaki tersebut sambil memegang segelas minuman.


Berikutan sering menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, Shima mengakui kadang kala berdepan tekanan sekali gus menganggap dibenci oleh warganet.


“Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa sedih apabila kena kecam sebab saya ni seorang tapi yang mengecam ramai. Saya rasa down dan tertekan.

“Ada benda yang patut jawab ada benda tak patut jawab terutama hal peribadi saya.

“Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,” tegasnya.


Sumber : 0mm / m star / Ali Toupan Rajalee

Kredit:budaksitu.pw

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Kenangan yang Tersimpan

 


Mazda 929 milik saya berwarna oren muda

“Ayub, cepat skek. Nanti lambat ana sapa kelas Syeikh Muhammad ‘Ali Thani!”, Zul memanggil adiknya dari dalam kereta. Kereta terpakai Mazda 929 yang dibeli Zul semasa Khairul mula mendaftar di Universiti Islam Madinah, memudahkan pergerakannya ke mana-mana. Pemandunya, sudah pastilah Khairul. Bermula dengan berbasikal mencari ikang sekila di baruh sehinggalah di berkereta Madinah, Khairul tetap setia sebagai pemandunya. Kereta itu telah sampai ke Masjid Nabawi untuk halaqah ilmu di sana. Kedai kitab di serata Madinah juga telah sampai dengan asbab kereta itu.


Muat turun tesis yang telah dibukukan ini di https://waqfeya.net/book.php?bid=618

Kereta itu juga telah membawa Zul ke viva Doktor Falsafah guru beliau, Syeikh Muhammad bin Muhammad Mukhtar al-Syinqiti. Sesi viva tesis Doktor Falsafah dengan tajuk Ahkam al-Jirahah al-Tibbiyyah wa al-Athar al-Mutarattibah ‘alaiha itu berlangsung lebih 2 jam 45 minit dan dihadiri ramai para ulama’. Ketika itu, Zul hanya bersila dengan berhimpit-himpit di lantai kerana kerusi telah penuh. Ia dikendalikan oleh Syeikh ‘Atiyyah Muhammad Salim, Qadhi Mahkamah Syariah Utama di Madinah dan Syeikh Dr. Umar ‘Abd al-Aziz, pensyarah di Universiti Islam Madinah.[1] Zul juga pernah menghadiri sesi viva Syeikh ‘Abd al-Aziz al-Sudais, abang kepada Syeikh Abd al-Rahman al-Sudais, imam dan khatib di Masjidil Haram. Syeikh Abd al-Rahman al-Sudais datang daripada Mekah ke Universiti Islam Madinah untuk memberi sokongan kepada abangnya. Apabila tiba waktu solat, Syeikh ‘Ali al-Huzaifi dan Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sudais saling tolak menolak, mendahulukan satu sama lain untuk menjadi imam di masjid Universiti Islam Madinah.

“Eh, bukan ke esok mung ade imtihan[2]? Bakpe nok gi talaqqi?”, tanya Khairul kehairanan. Biasanya, jika ada peperiksaan pada esok hari, mahasiswa sudah tidak ke mana-mana di sebelah petang dan malam sebelumnya. Sibuk mengulangkaji pelajaran. “Dakpe. Imtihan tu esok. Petang dengan malam ni dang lagi nok talaqqi. Rugi kalu tinggal…”, jawab Zul sambil meneliti kitab Fath al-Bari dan Sahih Muslim yang dibawanyaApabila Zul masuk ke Masjid Nabawi untuk menghadiri halaqah ilmu, Khairul biasanya akan berada di tiang berdekatan untuk mengulang hafazan al-Quran sambil menunggu abangnya.

Mazda 929 milik saya berwarna oren muda

******************

Dari jauh, kelihatan sosok tubuh kecil lelaki berjubah dan berserban putih sedang duduk bersimpuh, berhampiran Raudhah. Zul menghampirinya perlahan-lahan, dan menyapanya. “Tok Guru. Maaf ganggu Tok Guru i’tikaf di Sejik Nabi ning. Ambe Zul, pelajar Malaysia di Madinah. Nok mitok nasihat dan pandangang Tok Guru…”, Zul bertutur dengan penuh santun. Hormat dan kasih kepada sosok di hadapannya ini. Lelaki berkaca mata itu mengangguk dan tersenyum memandang Zul.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa usia mudanya

Ambe nok tanye Tok Guru. Ape pandangang Tok Guru dengan sistem pengajian agama di Malaysia?”, tanya Zul kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.  Ketika itu, beliau baharu dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan setelah PAS berjaya mengambil alih semula Kelantan selepas kalah pada tahun 1978. Pilihanraya Umum ke-8 (PRU8) yang berlangsung pada 21 Oktober 1990 benar-benar mengubah lanskap politik Malaysia.

“Gapo namo enta? Zul?”, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bertanya dan membetulkan simpuhannya. Beliau menarik nafas panjang dan berkata, “Tok Khurose rajin[3] ghoyak[4] ko gemuloh ayoh ambo. Kalu nok jadi alim, buke di Malaysia. Tok dapat tidok, keno ngaji di India atau negaro Arab. Enta ada di sini, molek doh. Ngaji sungguh-sungguh…”, beliau menepuk-nepuk bahu Zul. Terselit rasa bangga di hati apabila seorang Menteri Besar, tidak kisah untuk berbual-bual dengan beliau yang cuma seorang pelajar biasa.


Ziarah kubur almarhu Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada Februari 2015

Pernah sekali Zul mendapat makluman Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan menyampaikan kuliah di Surau Kelantan, Bukit Jiyad, Mekah. Maka berbondong-bondonglah pelajar Malaysia di Madinah dan Mekah serta masyarakat Melayu Mekah, untuk mendengar pengisian yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan tersebut. Di sana, Zul berkenalan dengan komuniti Melayu Kelantan dan Pattani yang menetap di Bukit Jiyad. Antara guru-guru Melayu yang hebat di Bukit Jiyad adalah Abe Li Chaya, Ustaz Husin Sirat, dan Tuan Guru Abdul Karim Palembani. Di sana juga Zul bertemu dengan Syeikh Muhammad Abdul Qadir al-Mandili, anak kepada tokoh ulama’ terkenal, Syeikh Abdul Qadir al-Mandili. Sambil menuruni ratusan anak tangga daripada Bukit Jiyad, Zul suka menikmati panorama malam Masjidil Haram yang cukup indah bersama rakannya yang memondok di Bukit Jiyad iaitu Aziz Pendang dan Li Bukit Depu. Sedar tak sedar, habis sekotak air tamar hindi (asam jawa) yang dibawa bersamanya.


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din semasa muda

Bumi Madinah juga mempertemukannya dengan Prof. Dato’ Dr. Haron Din. Selepas kuliah beliau yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Madinah (PPM), Zul mengambil peluang bertanyakan kepada beliau berkenaan hukum anggota badan manusia yang terpotong. Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga pimpinan utama PAS itu menghuraikan dengan panjang lebar hukumnya dan menyimpulkan bahawa menurut jumhur fuqaha’, anggota badan manusia yang terpotong daripada jasad yang masih lagi hidup hendaklah ditanam tanpa dibasuh dan juga disolat walaupun ia hanyalah kuku atau rambut.[5]


Ustaz Harun Taib

Zul juga pernah bersama Pak Ayub, mertua Dr. Mahmud Qadah untuk menemani Ustaz Harun Taib ketika kunjungan beliau ke Madinah. Turut ada dalam pertemuan itu adalah Pak ‘Aq, seorang aktivis PAS daripada Kedah. Begitu bersemangat beliau menceritakan perjuangan PAS di Kedah, tanpa mengenali Ustaz Harun Taib.

“Alhamdulillah PAS di Kedah ni koi[6] kuat. Tak macam hat lain, cempegha[7] semua! Kita banyak rujuk tulisan-tulisan Ustaz Harun Taib dalam usrah. Baguih no Ustaz Harun ni. Saya tak besa jumpa dia. Jauh sangat nak pi Terengganu sana nu…!”, bersemangat Pak ‘Aq mengupas sejarah perkaderan PAS di Kedah pada zamannya. Ustaz Harun Taib sejak awak pertemuan, hanya mendiamkan diri dan tersenyum. Sesekali ketawa, terhibur dengan keletah Pak ‘Aq yang pekat loghat Kedahnya. “Punyalah lama aku sembang dengan hangpa. Lupa nak tanya nama. Nama tuan sapa tak tau?”, Pak ‘Aq menunjuk ke arah Ustaz Harun Taib dengan ibu jarinya. “Nama saya Harun.”, jawab Ustaz Harun Taib ringkas. Air muka Pak ‘Aq berubah. “Allahuakbar…Segan saya. Ni Ustaz Harun Taib ka? Minta maaf ustaz, saya kurang adab dengan ustaz…”, kata Pak ‘Aq sambil tersipu-sipu.

Bersempena kunjungan tersebut, Zul juga ada membawa rakan-rakan Arab Mesir daripada Ikwan Muslimin untuk bertemu dengan Ustaz Harun Taib. Panjang perbincangan mereka seputar isu-isu gerakan Islam di Malaysia dan luar negara, hubungan PAS dan Ikhwan Muslimin serta prospek masa depan kerjasama antara gerakan Islam sedunia.


Ustaz Fadzil Noor

Setahun sebelum Zul bergraduasi, beliau sempat bertemu dengan Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS ketika beliau menunaikan ibadah umrah dan singgah ke Madinah. Pada 6 Disember 1992, dunia Islam kecoh dengan peristiwa perobohan Masjid Babri di India oleh puak pelampau Hindu yang dihasut oleh pemimpin politik terutama daripada Parti Bhartiya Janata (BJP). Ramai umat Islam di India terkorban. Berita itu sampai ke Arab Saudi dan menjadi liputan akhbar beberapa hari lamanya. Mengambil peluang kehadiran Ustaz Fadzil Noor, Zul pun bertanya, “Ustaz, FIS di Algeria dah diharamkan selepas menang pilihan raya pusingan pertama kebangsaan pada 21 Disember 1991. Di Asia Barat, secara umumnya Ikhwan Muslimin menghadapi tekanan oleh rejim yang pro-Amerika Syarikat. Jami’at Islami di Pakistan pula turut kena tempiasnya apabila rusuhan dan perobohan Masjid Babri di India. Boleh ana tahu pendirian PAS dalam isu perobohan Masjid Babri? Apa yang PAS dah buat untuk bantah tindakan tu?”.

Soalan yang tajam daripada seorang anak muda yang sentiasa berkobar-kobar semangatnya. Oleh kerana Zul datang bersama rakannya yang merupakan Arab Libya, Ustaz Fadzil Noor menjawab dalam Bahasa Arab dengan penjelasan yang panjang lebar. Beliau menjelaskan pendirian PAS yang menolak sekeras-kerasnya perobohan masjid Babri dan memaklumkan bahawa PAS telah menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan India di Malaysia. “Ana sendiri bersama pimpinan PAS Pusat, menghantar memorandum tu. Kita nak habaq[8] kepada India bahawa PAS selaku gerakan Islam di Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tak bertamadun lagu[9] tu!” Begitulah tegasnya Ustaz Fadzil Noor apabila ditanya berkenaan isu Masjid Babri[10].

Hubungan Malaysia dan Arab Saudi pada era Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad adalah amat erat. Sejurus selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau bersama-sama Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah; Menteri Perdagangan dan Industri, Tengku Ahmad Rithaudden; dan Menteri Luar, Tan Sri Ghazali Shafiee mengadakan kunjungan rasmi Bahrain, Oman, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi.  Kunjungan itu dan beberapa lawatan kerja susulan, berjaya memperkukuh ekonomi dan perdagangan kedua-dua buah negara dengan pelbagai bentuk kerjasama termasuk kelulusan pinjaman daripada Saudi Fund bernilai $252.2 milion sehingga tahun 1984.  Pada awal 1990-an di mana Malaysia dan Arab Saudi ada rancangan untuk menandatangani perjanjian Avoidance of Double Taxation Agreement 1993, Dr. Mahathir telah melakukan kunjungan ke Madinah.

“Doh enta sempat dop salam dengan die?”, tanya Zaini dengan penuh teruja sambil mengunyah syawarma. Zul menggelengkan kepala dan tergelak kecil, “Dop dang. Ana tengok dari jauh je. Dop menasaboh ana nok tepik panggil name die. Rama do’oh polis. Hehe…Tapi Ni, satu hari nanti aku akan sapa di pejabat die, insya-Allah…”.


Sempat berada pada zaman Tun sebagai Perdana Menteri dan saya sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Pertemuan berkala kami di pejabatnya untuk membincangkan isu semasa Islam dan fatwa

___________________

[1] Ikuti rakaman audio viva di https://www.youtube.com/watch?v=WwimruuEdWg

[2] Peperiksaan

[3] Pernah

[4] Pesan

[5] Lihat Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 2/28, al-Mudawwanah al-Kubra, 1/256; Mughni al-Muhtaj, 1/518-519; al-Mughni, 1/88; al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 30/146

[6] Semakin

[7] Berterabur, tidak terurus

[8] Maklumkan

[9] Seperti

[10] Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka pada tahun 2019, perancang utama yang meruntuhkan kubah Masjid Babri telah memeluk Islam dan datang ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Ketika itu saya menjawat jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Lawatan itu adalah rentetan daripada permintaan saya kepada Dr. Kalim Siddiqi pada tahun 2018 untuk membawa individu tersebut bertemu saya. Sejujurnya, saya melihat individu tersebut berubah sepenuhnya menjadi Muslim yang baik dan taat kepada syeikhnya.

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 9- Bekwoh di Tranung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 10- Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 11- Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 13: Belajar dan Mengajar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 14- Jemaah Tabligh

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 15 - “Demonstrasi Aman” di SMAASZA

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 16 - Temuduga Universiti Islam Madinah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 17- SZB- JED

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 18 - Pengalaman Pertama Sekelas Dengan Orang Arab

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 19 - Hari Jumaat di Madinah dan Mekah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Halaqah Ilmu di Masjid Nabawi