"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 8 Oktober 2021

Tindakan tegas terhadap penduduk Kedah rentas negeri ke Perlis

 Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penduduk di Kedah yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran ke Perlis. - Foto NSTP

Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penduduk di Kedah yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran ke Perlis. - Foto NSTP

ALOR SETAR: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penduduk di negeri ini yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran pihak berkuasa sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di Perlis ketika ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya memandang serius isu itu dan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

"Kita akan siasat dan semak individu yang dipercayai merentas negeri tanpa kebenaran dan didapati positif COVID-19 di Perlis.

"Jika ada penduduk negeri ini yang didapati rentas negeri ke Perlis tanpa kebenaran dan menyebabkan jangkitan virus itu di sana (Perlis), polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas, termasuk kompaun," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya juga akan melakukan pemantauan dan rondaan di kawasan lorong tikus yang dikenal pasti digunakan penduduk Kedah untuk menyeberang masuk ke Perlis.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata kes jangkitan harian COVID-19 di Perlis didapati melonjak ke paras tertinggi akibat aktiviti rentas negeri secara haram.

Katanya, sebanyak 200 kes COVID-19 dilaporkan di Perlis semalam, dipercayai akibat aktiviti rentas negeri secara haram dilakukan penduduk tempatan dari Kedah.

-BH Online

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 15 - “Demonstrasi Aman” di SMAASZA

 


Budaya menyampaikan tazkirah semasa waktu rehat ataupun waktu ketiadaan guru, tetap diteruskan sehingga ke Tahun 4 Thanawi. Tabir yang memisahkan pelajar lelaki dan perempuan akan ditarik sebelum memulakan tazkirah. Tidak sayugia pelajar lelaki memandang pelajar wanita, begitu juga sebaliknya. Perbincangan antara pelajar berlainan jantina juga berlaku di balik tabir. Mustahil untuk melihat pelajar lelaki dan perempuan berbual secara berhadapan tanpa tabir, apatah lagi berdua-duan. Bagi pelajar Thanawi SMAASZA, itu satu kesalahan besar!

Dalam kalangan pelajar senior SMAASZA, Zul adalah antara antara pemidato yang terkenal. Gayanya yang mengajuk Tuan Guru Haji Abdul Hadi berceramah, memang mengagumkan warga SMAASZA. Setiap patah perkataan, lenggok bahasa dan gaya badan Tuan Guru diikutnya. Soyok tepek[1] serupa dengan Tuan Guru Haji Abdul HadiBaik pidato Bahasa Melayu atau Bahasa Arab, Zul adalah antara yang terkehadapan. Ditambah pula dengan keputusan akademik yang sentiasa cemerlang dan adab yang tinggi, Zul memang disenangi para guru.

“Zul, Zul nok jadi ndape besor nanti?”, tanya Haji Leman, ayah Wan Shohor pada satu hari. Ketika itu, Zul singgah ke rumah Wan Shohor bagi menyelesaikan beberapa kerja sekolah. Hubungan Zul dengan Haji Leman memang rapat. Beliau sejak dahulu lagi pandai mengambil hati orang tua-tua, tahu apa yang hendak dibualkan bila bertemu.

Zul tersenyum memandang Haji Leman, menggenggam kedua tangannya dan berkata, “…nok gegorkan Malaysia!”

“Allahu akbar…!!!”, terpacul kalimah membesarkan Allah SWT daripada lisan Haji Leman. Terkejut dan bangga dengan respon anak muda di hadapannya ini. Zaman awal remaja, memang bergelora semangatnya. Itulah fitrah pemuda. Firman Allah SWT,

إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى

Maksudnya: “Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”[2]

Jika dirujuk Mukhtar al-Siḥḥaḥ, kalimah fityat (فِتْيَةٌ) adalah daripada kata dasar kalimah fa ta ya (ف ت ي) ataupun pluralnya adalah fityān (فِتْيَانٌ). Al-fatā (الْفَتَى) itu sinonimnya al-shabb atau pemuda.

Imam Al-Qurtubi, seorang tokoh mufassir yang terkenal ketika mengulas istilah kepemudaan (الْفُتُوَّةُ) menukilkan definisi oleh al-Junayd dengan memaknakan ia sebagai sikap melakukan kebaikan kepada orang lain (bazl al-nada), tidak menyusahkan orang lain (kaff al-aza) dan meninggalkan rungutan terhadap orang lain (tark al-shakwa). Dikatakan juga makna al-futuwwah adalah menghindari perkara yang haram dan bersegera dalam hal kebaikan.[3]

Rasulullah SAW pernah mengangkat ‘Attab bin Usaid menjadi pemimpin kota Makkah pada usianya baru mencecah 17 tahun. ‘Usamah bin Zaid dijadikan ketua pasukan ke Syam pada usia 20 tahun walaupun ada yang lebih dewasa dan berpengalaman daripadanya. Abu Bakr al-Siddiq sendiri memilih Zaid bin Thabit untuk mengetuai projek pembukuan al-Qur’ān walaupun Zaid hanya berusia 22 tahun. Begitulah betapa Islam amat menghargai pemuda dan semangat kepemudaan.

Lebih indah, jika semangat itu dipadukan dengan hikmah mereka yang lebih berusia. Kelebihan “orang tua”, mereka kaya dengan pengalaman. Dengan pengalaman yang luas, kebiasaannya firasat mereka tepat atau hampir kepada ketepatan. Hasil pemikiran orang tua biasanya lebih dihargai kerana pertimbangannya yang lebih matang berbanding orang muda yang sesekali tergelincir dek emosi dan amarah.

*********************

“Zul, enta ade cadangang dop? Cikgu English kite tu, ana rase kite segheme napok auratnye dop sempurne. Ape kaedoh hok molek sekali untuk kite tegur? Wojik tegur tu. Dose kalu kite diam!”, tanya Zaini. Beberapa orang sahabat juga mengiyakan apa yang Zaini utarakan.

“Betul. Ana ada se idea. Kite kene ppakat segheme pelajor lelaki. Tunduk palle mase cikgu tu mengajor. Itu tande protes kite pade tindokkang die hok dop tutup aurat.”, pesan Zul selaku ketua bagi “demonstrasi” aman tersebut, merangkap Ketua Pengawas SMAASZA.

“Hi students, good morning!”, Guru Bahasa Inggeris masuk ke kelas dengan penuh ceria sebagaimana hari-hari sebelumnya. “Bangun semua. Assalamualaikum teacher.”, bergema suara pelajar Tahun 4 Thanawi memberi salam kepada guru mereka. Pelajar lelaki bangun dan menunduk.

Beliau agak hairan melihat reaksi para pelajar lelaki yang agak lain dari kebiasaan. Pagi tu semasa kelas Bahasa Inggeris, semua pelajar lelaki menunduk kepala.

“Zul, can you answer what type of sentence is this? Is it simple present, simple past or simple future tense?”, tanya Guru Bahasa Inggerisnya dengan tersenyum sambil menujukkan ke papan hitam. Zul mengangkat kepalanya untuk melihat ayat yang ditulis di papan hitam dan kembali menunduk. “They will be here in two hours. This sentence is a simple future tense, teacher.”, jawabnya dengan mata terpaku ke meja.

Mereka tetap fokus dengan apa yang diajar, menjawab setiap persoalan cikgu namun kepala mereka tetap tunduk memandang meja. Pelajar perempuan terpinga-pinga kehairanan. Muka guru tersebut tiba-tiba berubah. Bergenang air matanya yang cuba ditahan. Beliau meletakkan kapur di atas meja dan mengambil beg tangannya.

“I am very sorry. I can’t handle this. Saye tahu, saye dop juruh macam awok-awok segheme!”, terdengar suaranya bergetar menahan sebak, lantas keluar daripada kelas.

Tindakan Zul dan saing-saing, membuatkan guru berkenaan amat sedih. Hal tersebut sampai ke pengetahuan Mudir SMAASZA, Ustaz Nik Wan. Zul selaku ketua “demontrasi aman” tersebut dipanggil ke Bilik Pengetua. “Ni…enta ikut ana!”, Zul berbisik kepada sahabatnya, Zaini. Sebelum ini, beliau sudah dipanggil kerana menghadiri ceramah PAS yang disampaikan Ustaz Mahmud Libya, adik almarhum Ustaz Ibrahim Libya. Kali ini dipanggil sekali lagi kerana melalukan “boikot” kepada Guru Bahasa Inggeris yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Alah bisa, tegal biasa!

“Zul, Zaini. Ana nok nasihat sikit. Dakwah dalam Islam ni, luas. Tidok hanye bersifat tegas dan keras. Adekalenye, kite sampaikan secare beransur-ansur. Koho lame, koho beruboh. Itu lebih baik dari kite beri penegasang dengan dalil, tapi mad’u[4] kite makin jauh dari agame. Ye, memang tutup aurat dok sempurne tu satu kesalahan. Tapi jike tindokkang itu menjauhkan die dari Islam, itu jugok kesalahan. Kite yang rugi. Enta dua orang ambik mase, rujuk hadith-hadith bagaimane Nabi kite menegur kesalahan. Bukan se care, amat banyok. Bergantung kepade mad’u. Ade hok tersurat, ade hok tersirat. Ada hok lembut, ade hok keras.”. Ustaz Nik Wan menghela nafas dan membetulkan songkoknya.

Beliau menyambung, “Menjage adab ketike dalam majlis dengan guru itu penting. Ahmad bin Sinan menyebutkang majlis Abd al-Rahman bin Mahdi, guru Imam Ahmad, ni, tak dop pung hok bercakak, berdiri, asoh kalam[5], senyum pung tak dop.”[6] Ana bangga antum segheme ade kesedorang dakwah yang tinggi. Tapi kene buat dengan beradab. Jangan benci guru,  memaki guru, menyakiti guru, tidok menyakiti hatinye, tidak meninggikang suare dengan guru, tidok bermasam muke dengan guru dan tidok menghine guru.”

Nasihat yang lembut, tegas dan membekas bagai air dingin yang diteguk saat tekak kehausan. Itulah hikmah ayahanda Ustaz Nik Wan, Mudir yang dikasihi. Tegur kerana prihatin, marah kerana sayang. Seperti kata-katanya sebelum ini di hadapan paru guru, “Kalu ade hok lebih daripada ana satu hari nanti, Zulkifli lah orangnye…”, begitulah besar harapannya kepada Zul.

Haritu itu juga, Zul dan semua pelajar lelaki dalam kelasnya bertemu Guru Bahasa Inggeris berkenaan dan memohon maaf. Beliau sedar, apa-apa yang berlaku, adab sebagai seorang murid wajib didahulukan.

Imam Nawawi pernah menjelaskan: “Seorang murid hendaklah melihat gurunya dengan pandangan penghormatan. Hendaklah dia meyakini keahlian gurunya berbanding yang lain. Kerana perkara itu akan menjadikan seorang murid dapat mengambil banyak manfaat darinya, dan lebih dapat memberi kesan dalam hati terhadap apa yang dia dengar dari gurunya tersebut.”[7]

____________________

[1] Betul-betul menyamai

[2] Surah al-Kahfi: 13

[3] Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 10/364

[4] Orang yang didakwah

[5] Pena

[6] Siyar A’lam al-Nubala’, 17/161

[7] Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1/84)

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 9- Bekwoh di Tranung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 10- Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 11- Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 13: Belajar dan Mengajar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 14- Jemaah Tabligh

Covid19:India buka sempadan bermula 15 Okt untuk pelancongan

 Pelancongan: India buka sempadan bermula 15 Okt

Wanita India berpakaian tradisional mengadakan latihan tarian menjelang sambutan perayaan Navratri bagi penganut Hindu di Ahmadabad, India, 1 Okt, 2021. Gambar hiasan/AP
INDIA akan membuka semula pintu sempadannya buat pelancong bermula 15 Okt ini setelah ditutup lebih setahun susulan pandemik COVID-19.
Kementerian Dalam Negeri India memutuskan untuk memberikan visa pelancongan baru untuk warga luar yang tiba melalui penerbangan sewaan berkuat kuasa minggu hadapan.
Namun bagi pelancong yang menggunakan penerbangan selain sewaan akan dibenar masuk mulai 15 Nov dengan visa pelancong baharu.
India sebelum ini menangguhkan pemberian visa kepada warga dari luar negara pada Mac 2020.
Sekatan ke atas beberapa kategori warga asing seperti diplomat dan ahli perniagaan dilonggarkan namun pelancong masih dilarang memasuki India.
Awal tahun ini India dilanda gelombang jangkitan COVID-19 yang teruk dengan kira-kira 400,000 kes baharu dan 4,000 kematian setiap hari.
Namun kes baharu di negara berpopulasi 1.3 bilion itu menurun kepada 20,000 jangkitan setiap hari.
Pada masa sama, ketika ini sekatan beberapa aktiviti juga dilonggarkan.
-Astro Awani

[VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

 

Sekadar gambar hiasan

Ungkapan kalau dah jodoh tak ke mana! sering kali kita dengar apabila bercakap soal jodoh. Walaupun, mempunyai perbezaan dari segi umur dan sebagainya perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang asalkan pasangan ini mampu menempuhi halangan tersebut bersama.

Jawab soalan netizen

Seperti video yang trending di laman TikTok, dikongsikan seorang gadis dikenali sebagai Akma.Nasri tampil menjawab soalan yang diajukan oleh netizen yang bertanyakan mengapa dia berkahwin pada usia yang muda. Susulan daripada itu, gadis ini tampil menceritakan kelebihan berkahwin pada usia muda.

Kenapa kahwin awal sangat, enjoy lah dulu.

Buat kerja sekolah ada orang teman, buat apa semua dapat pahala, nak keluar p mana pun tak ada orang marah, ada orang selalu merap, dan bila takut ada orang teman.

Hasil tinjauan pihak OHBULAN! di laman Instagram pasangan ini, mendapati gadis ini baru sahaja berusia 17 tahun manakala, suaminya berusia 19 tahun dan mereka selamat disatukan pada 22 Mei yang lalu, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Alhamdulillah selamat jadi isteri kepada Muhammad Irwan Fahmie yang sah. Thank you sayang dah halalkan saya dan tunaikan janji. Harap awak boleh jadi suami yang terbaik untuk saya dan didik saya ke jalan yang benar. Saya sayang awak suami. #PengantinPKP

Menerusi video lain yang dikongsi, difahamkan gadis ini sedang hamil. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah pengantin muda ini dan pada masa yang sama menitipkan doa semoga urusan mereka dipermudahkan.

Video penuh:

Sumber: Akma.Nasri

kredit.ohbulan.com

Vaksinasi Covid19:Tinggal 0.9 peratus untuk capai tahap lengkap vaksin populasi dewasa

 

MGF05102021_VAKSIN-REMAJA-AXIATA02
Orang awam golongan remaja dan dewasa memenuhi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil bagi mendapatkan suntikan Vaksin sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 05 OKTOBER 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hanya tinggal 0.9 peratus sahaja lagi untuk mencapai tahap 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksin Covid-19 sebelum aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW setakat tengah malam tadi, seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan manakala 1,296,965 atau 5.5 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja), seramai 2,156,346 individu berusia 12 hingga 17 tahun atau 4.7 peratus telah lengkap dos suntikan manakala, 2,008,408 remaja mendapat satu dos.

Keseluruhan populasi penduduk Malaysia yang lengkap suntikan dos vaksin adalah 21,004,275 individu atau 64.3 peratus.

Mengikut unjuran dalam tempoh 40 hari, negara akan mencapai tahap 80 peratus populasi penduduk lengkap suntikan dos pada 17 November depan.

Sebanyak 196,647 dos harian telah diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sejak PICK dilancarkan pada Februari lalu adalah sebanyak 45,204,479 dos. – MalaysiaGazette

“Kami Bukan Buat Kerja Tuhan Tapi” – Selepas PU Syed, Kini Giliran Ustazah Asma’ Beri Teguran


 Selepas Pencetus Ummah (PU) Syed, kini tiba giliran pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun menegur aksi keterlaluan seorang pengasas dalam mempromosikan produk.

Tulisnya dalam satu hantaran di Facebook, dalam memberi teguran tiada siapa yang mengambil kerja Tuhan, sebaliknya mereka sedaya upaya melaksanakan tugas yang telah diperintahkan sebagai saudara Islam.

Saya juga sayang dan hormat kamu, tapi lebih sayang kepada masyarakat dan generasi anak-anak kita yang telah dirosakkan minda dan akhlak oleh sebahagian selebriti, influencer, founder produk dan sesiapa sahaja yang tidak bermoral di media sosial.

Jelas Ustazah Asma’ lagi, teguran yang dibuat para pendakwah juga tidak bertujuan untuk menumpang populariti. Baginya pengaruh bukanlah satu kebanggaan sebaliknya hanya amanah untuk digunakan ke arah kebaikan.

ustazah asma'

Menurutnya, sebelum ini beliau kerap menerima aduan mengenai aksi-aksi ghairah usahawan berkenaan yang dilakukan secara terbuka. Bukan usahawan itu sahaja, malah ramai dalam kalangan netizen yang melakukan perkara sama.

Pendakwah ini turut menolak dakwaan teguran yang dibuat untuk menerakan segelintir orang. Katanya, sebagai umat Islam, adalah wajib untuk kita menyelamatkan saudara seagama seramai mungkin.

Ustazah Asma’ turut menegur usahawan itu yang seolah-olah menyalahkan Allah SWT kerana belum diberikan hidayah oleh-Nya. Malah, usahawan itu diminta berhenti mempromosikan maksiat secara terbuka di media sosial.

Kesalahan nyata dan sengaja dalam perkara agama oleh seorang ternama, selebriti, pembesar dan seumpamanya yang dilakukan di khalayak, maka pandangan paling kuat ialah ditegur di khalayak ramai.

Seandainya kita sentiasa diberikan nikmat yang melimpah-ruah tanpa henti walaupun hidup dalam keadaan fasiq iaitu berterusan melakukan maksiat yang nyata, berhati-hatilah dengan rezeki yang dikurniakan Maha Pemberi Rezeki kepada kita.

Pendakwah ini turut menyarankan institusi bertanggungjawab mengambil tindakan segera dalam menangani isu kelucahan secara terbuka ini.

Perkongsian penuh:

Kredit: Ustazah Asma’ Harun

sumber:ohmedia.my

Jawatan Kosong: AirAsia Berhad

AirAsia Berhad

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di AirAsia Berhad

Company Overview

We started in 2001 with 2 old aircraft, having bought the then loss making AirAsia from its Malaysian owner DRB-Hicom, for a token of MYR1 (USD0.25 cents) and MYR40 million (USD11 million) in debt.

Born in the aftermath of 9/11 and coming through the global financial crisis, AirAsia has faced some of the most turbulent times in the airline industry. With our successes today, we stand as testimony to the power of great innovation, passion, teamwork and well-executed ideas.

Positions:

1. ASSISTANT MANAGER, INVESTMENT

2. CONTINUOUS IMPROVEMENT EXEC

3. CAREER DEVELOPMENT LEAD

4. DELIVERY PARTNER-18

5. SENIOR EXECUTIVE, NETWORK PLANNING

6. SENIOR EXECUTIVE, SOCIAL MEDIA

7. ENGINEERING MANAGER

8. SENIOR ENGINEERING MANAGER

9. INTERN, COMMUNICATIONS

10. GROUP CLUSTER LEAD – FACILITIES, FUEL, LOGISTIC , GSO & TRANSPORTATION

11. SCRUM MASTER

12. TECH LEAD

13. SENIOR MANAGER, APPLICATION TECHNOLOGY

14. TECH LEAD

15. ASSISTANT MANAGER, LEGAL

16. ASSISTANT MANAGER, INCIDENT, PROBLEM AND CHANGE MANAGER

17. INCIDENT, PROBLEM AND CHANGE MANAGER

18. HEAD, ORGANISATIONAL DESIGN

19. TYCOPLAS SDN. BHD.

20. TRAINING ADMIN EXECUTIVE

21. DATA ENGINEER II

22. SENIOR MANAGER, DATA ENGINEERING

 23. FULLSTACK SOFTWARE ENGINEER, EXPERIMENTATION

(more jobs available…click the link below)

Close date : 06 October – 01 November 2021

Click Job Description & Apply Online

Semoga Anda Berjaya!

credit:portalmalaysia.com

Sesi 'perkenalan' Anwar dengan empat bekas Adun Melaka

  ANWAR (dua dari kiri) ketika pertemuan dengan empat bekas Adun dan Adly di Melaka, baru-baru ini. FOTO tular.

ANWAR (dua dari kiri) ketika pertemuan dengan empat bekas Adun dan Adly di Melaka, baru-baru ini. FOTO tular.

Melaka: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Ia susulan sekeping gambar tular di media sosial menunjukkan beliau bersama tiga lagi bekas Adun yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Isnin lalu.

Mereka adalah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, di sini, dua hari lalu itu ialah Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.

"Itu pertemuan biasa PH, memperkenalkan empat Adun yang sudah merubah kerajaan. (Kami) minum malam, itu saja.

"Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, pada perjumpaan itu, Anwar menasihatkan semua empat Adun berkenaan supaya kekal bersabar dan menyerahkan segalanya kepada mahkamah.

Katanya, Ketua Pembangkang itu menyatakan perjuangan yang dilakukan itu lebih kepada usaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran selain memperjuangkan keadilan sejagat.

"Saya memang pegang kepada prinsip itu, bahkan semasa dalam Umno dulu pun saya berpegang kepada prinsip kesaksamaan sejagat.

"Prinsip itu sama, cuma mungkin kaedah metadologi itu lain sikit. Semasa dalam Umno pun, saya perjuangkan kesaksamaan sejagat," katanya.

Semalam, Idris mendedahkan pernah dihubungi dua presiden parti dalam gabungan PH selepas beliau bersama tiga Adun lain menarik sokongan terhadap Sulaiman.

-myMetro

Pengakuan agama Saif Ali Khan cetus kontroversi

 

NEW DELHI : Pelakon terkenal Bollywood dan suami kepada Kareena Kapor, Saif Ali Khan, baru-baru ini mencuri tumpuan umum gara-gara kenyataannya memilih fahaman agnostik lantaran tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.

Kenyataan itu sekaligus mencetuskan kontroversi kerana sebagaimana semua orang tahu, Saif sejak lahir merupakan seorang Muslim.

Menurut Saif, apa yang menyebabkan dia memilih fahaman agnostik kerana baginya, agama seringkali dijadikan senjata dalam mencari kebenaran tertentu sehingga adakalanya mampu membuatkan hubungan seseorang itu berantakan dengan disulami kebimbangan.

“Saya agnostik. Saya sangat sekular dalam erti kata lain, saya fikir, terlalu banyak agama yang ada membuatkan saya jadi khuatir. Ini kerana mereka menekankan pada kehidupan setelah kematian.

“Saya rasa ini bukan tentang kehidupan setelah kematian sahaja yang perlu kita tekankan. Kenapa terlalu merumitkan? Kenapa tidak saling memahami, hidup saat kita di dunia ini?”katanya.

Selain itu, kata Saif, dia juga merasakan banyak agama yang ada di dunia ini seolah-olah terangkum rumit.

“Malah, dijadikan akomodasi untuk sesebuah organisasi. Terlalu banyak masalah yang pada dasarnya terkait dengan Tuhan saya, atau Tuhanmu atau Tuhan siapa yang lebih baik,”katanya kepada Indian Express.

Sebelum ini, pada satu upacara keagaman Hindu sekitar bulan lalu, Saif telah dikecam kerana dilihat melakukan ritual Hindu,

Perkara itu juga mendapat perhatian ramai dengan terdapat sesetengah netizen yang memprotes sambil mengingatkan bahawa dia merupakan seorang Muslim.

-Utusan Online

Khamis, 7 Oktober 2021

Ronaldo bawa RM3.12 bilion buat pemilik United

 Kepulangan Ronaldo ke Manchester United serta kehadiran penonton di Old Trafford menambah nilai saham kelab berkenaan. - AFP

Kepulangan Ronaldo ke Manchester United serta kehadiran penonton di Old Trafford menambah nilai saham kelab berkenaan. - AFP

LONDON: Kepulangan Cristiano Ronaldo dan penyokong ke Old Trafford membantu menambah £550 juta (RM3.12 bilion) terhadap nilai Manchester United dalam hanya 54 hari.

Layak ke Liga Juara-Juara, perjanjian komersial dan musim ini yang tidak membabitkan sekatan akibat COVID-19 menambah faktor peningkatan berkenaan.

Bagaimanapun keluarga Glazer lebih beruntung berbanding Ole Gunnar Solskjaer kerana mendapat nilai tambah dalam saham mereka.

United kembali mendapatkan Ronaldo dari Juventus pada hari terakhir dan dua minggu sebelum itu, tempat duduk Old Trafford penuh buat kali pertama dalam tempoh 18 bulan bagi perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Leeds.

Ia ditambah dengan peningkatan harga saham Manchester United PLC di Bursa Saham New York.

Pada 4 Ogos, harga saham menurun kepada £11.70 (RM66.42) dengan nilai pasaran kelab itu £1.91 bilion (RM10.84 bilion) tetapi sudah meningkat masing-masing kepada £12.72 (RM72.21 juta) dan £2.08 bilion (RM11.81 bilion) pada 26 Ogos.

Bagaimanapun 24 jam kemudian, selepas berita perpindahan itu disahkan, ia meningkat kepada £13.46 (RM76.42) iaitu lebih 1 dolar sambil nilai pasaran sebanyak £2.19 bilion (RM12.43 bilion). - AGENSI