Khamis, 13 Februari 2025

Penjualan MAHB selesai dan kini hanya tinggal sejarah

 *MAHB Kini Sejarah*‼️

1. Kepada penyokong dan penentangan penyusunan semula pemilikan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), perbalahan mereka sudah berakhir. 

2. Pihak-pihak yang menentang kalah. Duit punya hal, penyusunan pemilikan MAHB berjaya dilaksanakan. 

3. Pada 5 Februari, konsortium yang membuat tawaran umum wajib (MGO) ke atas MAHB iaitu Gateway Development Alliance (GDA) berjaya memperoleh 1.61 bilion atau 96.74 peratus saham MAHB. MGO ke atas baki 3.26 peratus saham syarikat itu masih terbuka hingga 12 Februari ini. 

4. Dengan itu, MAHB kini dimiliki bersama oleh Khazanah Nasional Berhad (40 peratus), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(30 peratus), BlackRock Incorporated, Amerika Syarikat (25 peratus) dan Abu Dhabi Investment Authority (5 peratus). 

5. *Dengan itu juga, kedudukan MAHB sebagai syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia akan ditamatkan. Sekali gus nilai pasaran (market capitalisation) di Bursa Malaysia akan merosot kira-kira RM18.25 bilion.*‼️

6. *Antara sebab penyusunan semula pemilikan MAHB ini menjadi kontroversi adalah kerana ia dilakukan secara tiba-tiba sehingga KWSP seolah-olah terperangkap.*

7. *Nampak seolah-olah ia dirancang oleh Khazanah dan dua pelabur asing tanpa pengetahuan atau penyertaan KWSP.*‼️

8. *Kalau KWSP tahu, ia tentu tidak menjual 140 juta saham MAHB antara 31 Mac 2022 dan 29 Mac 2024 pada harga yang lebih rendah daripada harga MGO*❓

9. *Walaupun Khazanah dan KWSP kedua-duanya di bawah Kementerian Kewangan yang menterinya adalah Anwar Ibrahim, tetapi Khazanah lebih rapat dengan Perdana Menteri oleh kerana beliau adalah juga Pengerusi Khazanah.*‼️

10. *Adalah mustahil Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak tahu atau tidak terlibat dengan skim ini, apatah lagi apabila ia melibatkan BlackRock yang diketahui umum menyokong Israel.*

11. Apatah lagi Anwar sendiri meletakkan dirinya sebagai pembela ulung Palestin.

0 comments:

Catat Ulasan