
BALING, 22 Februari- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Baling, Kedah mengambil tindakan terhadap seorang peniaga kedai runcit yang berusia 30-an yang mengenakan syarat terhadap pembelian minyak masak peket 1 kilogram (kg) bersubsidi di Kampung Bukit Tinggi, Baling.
Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin menerusi kenyataan berkata tindakan diambil hasil aduan orang awam dalam Op Sabur pada Khamis lalu.
Katanya, hasil tindakan Op Sabur itu mendapati seorang lelaki berusia lewat 20-an bertugas sebagai juruwang premis terbabit telah mengenakan syarat pembelian iaitu pelanggan perlu membeli apa-apa barangan untuk membeli barang kawalan minyak masak peket bersubsidi 1kg sebanyak 1 paket.
Pemeriksaan mendapati premis mempunyai lesen menjual barang kawalan gula, minyak masak dan tepung gandum.
Pasukan pemeriksaan menemui sebanyak 2,880 kg minyak masak paket 1kg bersubsidi berada dalam simpanan di stor premis tersebut.
Kesemua minyak masak dengan nilai rampasan RM7,200 berkenaan disita untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat bawah Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] iaitu mana-mana orang yang menjual apa-apa barang kawalan iaitu minyak masak paket 1kg bersubsidi, mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal.
-Berita RTM
0 comments:
Catat Ulasan