Selasa, 17 Disember 2024

Koleksi Resepi:Lamb Shank

 RESEPI LAMB SHANK 

(6 orang )

BAHAN-BAHAN :

6 ketul lamb shank atau

2 -3kg kambing/lembu. Seeloknya beserta tulang tulang sedikit.

* rebus sehingga lembut (2 – 21/2 jam periuk biasa/1jam preasure cooker). Simpan air rebusan utk masak nasi& kuah briyani nanti.

BAHAN TUMIS :

3 biji bawang Holland

Segenggam bawang putih

3 inci halia

*blend halus semua

REMPAH KERING :

2 sudu teh ketumbar

2 sudu teh jintan manis

1 sudu teh buah pelaga

*blend kering

2 batang kayu manis sederhana besar

1/2 tin besar tomato puree

3 – 4 sudu makan cili sos

3 – 4 sudu makan rempah briyani kegemaran

1/2 cawan yogurt /susu cair

Sedikit gula (jika masak lamb shank/kambing)

sedikit daun sup & daun bawang dipotong panjang seinci (jika ada)

Minyak zaitun/ghee/ minyak biasa untuk menumis. 

CARA MEMASAK :

1.Tumis bahan giling yang dikisar halus tadi sehingga wangi.

2. Masukkan 2 batang kayu manis tadi. Tumis lagi.

3. Masukkan pula bahan rempah kisar  kering tadi bersama rempah briyani. Tumis lagi sehingga terbit minyak.

4. Masukkan sedikit air rebusan lamb shank/kambing/lembu utk elakkan rempah tumis dari terlalu kering.

5. Masukkan tomato puree & tomato sos. Kacau lagi. Jika masak lamb shank/kambing masukkan sedikit gula. Jika masak daging lembu tidak perlu gula.

6. Bila sudah kelihatan mesra & berkilat sedikit masukkan pula lamb shank/kambing/daging lembu yang telah direbus bersama 4 – 5 cawan air rebusan lamb shank tadi. Biarkan tanak semua bahan menjadi mesra dan pekat. Jika suka kuah lebih boleh tambah air rebusan lagi.

7. Bila sudah pekat dan tanak, masukkan yogurt/susu cair dan biarkan didih lagi sehingga betul-betul mesra.

 8. Perasakan garam dan gula sekali lagi. Tutup api dan taburkan potongan daun sup & daun bawang tadi.

Siap untuk dihidang.

DAH SIAP! 🥰

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA

Source 

Related Posts:

  • Koleksi Resepi:Mee Yee Sizzling RESEPI YEE MEE SIZZLINGBahan-bahannya: (Untuk 3 orang)3 gulung yee mee5 ulas bawang putih - dicincang halus1/2 inci halia - dicincang halusAyam - dipotong kecil6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut d… Read More
  • Koleksi Resepi:Nasi Mandy Ayam NASI MANDY AYAM2 cawan beras jasmine pusagold6-7 ketul ayam - rebus separa masak (simpan air rebusan ayam)Sedikit serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasaLada hitamSedikit serbuk jintan manisSedikit serbuk jintan putihS… Read More
  • Koleksi Resepi:Mee Bandung Mee bandung 🍜1/2 bj bwg merah besar1/2 bj bwg holland2 ulas bwg putih1inch halia2sb udang kering5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.Masukkan ba… Read More
  • Koleksi Resepi:Mee kuah tulang keledek merah Mee kuah tulang keledek merah..*👩‍🍳bahan2nya:👉 Tulang dan daging rebus👉 Keledek merah👉*Blend bawang besar👉*Bawang putih👉*Halia👉*Cili kering👉 Serbuk sup adabi dua sudu👉 Serbuk perasa sikit👉 Sos cili👉 Sos toma… Read More
  • Koleksi Resepi:Ayam Goreng Seringgit AYAM GORENG SERINGGITBahan-bahan perap:Ayam seekor potong 245 ulas bawang putih1 biji bawang besar1 inci halia1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil lada putih1 sudu besar serbuk kariGaramSerbuk perasa adabiBahan-bahan tep… Read More

0 comments:

Catat Ulasan