2 Disember, 1989. PERJANJIAN DAMAI HAADYAI.
Orang Melayu dan Malaysia ramai tak tahu apa ysng dipersetujui dengan komunis PKM. Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
1.PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
2.Parti Komunis Malaya dibubarkan
3.Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
4.Chin Peng selaku wakil ahli PKM berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia.
5.Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
6.Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa 7.Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
8.Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
9.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.
10.Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.
Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :
1.Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;
2.Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon;
3.Menjalani proses temu duga serta dokumentasi
4.Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. 5.Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.
Perjanjian damai dengan komunis ni berbeza dengan syarat seperti Jepun menyerah kalah WW2. Damai diberi pilihan, menyerah kalah pula 'unconditional surrender' kena ikut cakap pihak yang menang. PKM pun rasanya tidak kemukakan senarai nama semua ahli mereka samada yang di dalam hutan berseragam atau yang berpakaian biasa dan hidup di dalam masyarakat. Kita harap 'pisang tidak berbuah dua kali'. Sentiasa beringat itu baik, pesan orang-orang tua. Pelanduk selalu lupakan jerat... kerana gula semut binasa. Do'akan agar Allah SWT pelihara negara kita yang tercinta dari anasir jahat dalam dan luar negara.
0 comments:
Catat Ulasan