IDEALISME KJ VS UMNO MASA KINI
1. Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh bahawa dia adalah bukti 'menyertai Umno bukan menjadi Pak Turut' sebenarnya dilihat dengan penuh sinis oleh pemerhati politik dan rakyat. Setakat ini, Akmal telah gagal mempertahankan kes rayuan kalimah Allah, gagal menghalang pembatalan Enakmen Syariah, tunduk kepada pelbagai tekanan dalam isu stokin KK Mart, terpaksa minta maaf kepada pemimpin Pan berkaitan isu lantikan politik dan dilihat terpaksa mengalah dalam kes Teresa Kok dan apabila tidak menonjol semasa kempen PRK DUN Mahkota.
2. Kenyataan KJ pula yang menyatakan 'syarat' tidak akan mengorbankan idealisme dan kononnya mempunyai impian melihat Umno menjadi lebih baik pula nampak janggal dan pelik, lebih-lebih pada ketika ini, iaitu pada ketika faktor kerosakan Umno masih ada dan kekal di dalam Umno, iaitu:
i. PERTAMANYA, Zahid Hamidi, seorang OKT dengan 47 pertuduhan prima facie kes rasuah salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah, yang dikaitkan dengan skandal kapal ghaib LCS, yang telah berbohong kepada Ahli-ahli Umno mengenai kerjasamanya dengan Anwar dan Dap, serta mengkhianati dasar Umno, No Anwar, No Dap dan mengkhianati undi pengundi-pengundi Umno dan BN.
ii. KEDUANYA, kerjasama Umno dengan Anwar Ibrahim, PM10 yang merupakan seorang bekas banduan jenayah bagi kes yang teruk dan memalukan, dan yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki, merupakan PM yang gagal dan memimpin pula sebuah kerajaan KETIMBANG yang gagal dengan Gred D, F dan negatif 10, dan
iii. KETIGA, Umno juga tidak akan mampu meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air selagi masih bekerjasama dengan parti Dap dan golongan liberal, sekular, evangelis dan pluralis dalam Pakatan Harapan.
3. Adalah amat janggal apabila KJ yang menentang Zahid kerana isu integriti Zahid boleh pula tanpa perasaan malu dan serba salah menerima kembali Zahid yang diketahui mempunyai 47 pertuduhan prima facie kes rasuah tapi dilepaskan dengan DNAA, dikaitkan juga dengan skandal kapal ghaib LCS, yang diketahui sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menipu ahli Umno mengenai kerjasamanya dengan Anwar dan Dap, dan yang telah bersubahat membentuk kerajaan yang ada hari ini dengan cara penipuan, menipu YDPA dan menipu rakyat dan dengan mengkhianati undi pengundi Umno dan BN.
4. Juga amat sukar memahami bagaimana KJ tanpa perasaan malu dan serba salah boleh menerima dan mengangkat seorang bekas banduan penjenayah jenayah yang sangat teruk dan menjijikkan, dan yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki menjadi PM. PM ini pula bukan PM yang sehebat PM-PM sebelum ini, tetapi lebih dikenali kerana kegagalan menunaikan janji-janjinya, termasuk janji reformasi dan kegagalan mentadbir negara ini sehingga diberi gred yang teruk oleh banyak pihak.
5. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Umno sekarang sudah bukan seperti Umno yang dahulu. Umno yang dahulu sudah tiada, yang ada hanya Umdap. Perjuangannya juga sudah berbeza, bukan lagi demi Islam dan ummah, Agama Bangsa dan Tanah Air. Sebaliknya perjuangan Umdap hari ni lebih kepada demi Zahid, demi tengkuk dan demi perut masing-masing, dan antara perjuangannya juga adalah untuk mensucikan Anwar, Dap dan Pakatan Harapan.
6. Adakah KJ sanggup menjadi seperti Lokman Adam, Puad Zarkashi dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain? Dalam hal ini, nampaknya Shahril Hamdan lebih teguh dan konsisten pendiriannya berbanding KJ.
7. Pandangan saya, demi integriti dan maruah diri KJ, jangan terkait kerosakan Zahid dan Anwar, lupakan sahaja nostalgia silam. Bina jalan baru.
0 comments:
Catat Ulasan