Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di AirAsia Berhad
Company Overview
We started in 2001 with 2 old aircraft, having bought the then loss making AirAsia from its Malaysian owner DRB-Hicom, for a token of MYR1 (USD0.25 cents) and MYR40 million (USD11 million) in debt.
Born in the aftermath of 9/11 and coming through the global financial crisis, AirAsia has faced some of the most turbulent times in the airline industry. With our successes today, we stand as testimony to the power of great innovation, passion, teamwork and well-executed ideas.
Positions:
1. ASSISTANT MANAGER, INVESTMENT
2. CONTINUOUS IMPROVEMENT EXEC
3. CAREER DEVELOPMENT LEAD
4. DELIVERY PARTNER-18
5. SENIOR EXECUTIVE, NETWORK PLANNING
6. SENIOR EXECUTIVE, SOCIAL MEDIA
7. ENGINEERING MANAGER
8. SENIOR ENGINEERING MANAGER
9. INTERN, COMMUNICATIONS
10. GROUP CLUSTER LEAD – FACILITIES, FUEL, LOGISTIC , GSO & TRANSPORTATION
11. SCRUM MASTER
12. TECH LEAD
13. SENIOR MANAGER, APPLICATION TECHNOLOGY
14. TECH LEAD
15. ASSISTANT MANAGER, LEGAL
16. ASSISTANT MANAGER, INCIDENT, PROBLEM AND CHANGE MANAGER
Melaka: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mengesahkan pernah bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.
Ia susulan sekeping gambar tular di media sosial menunjukkan beliau bersama tiga lagi bekas Adun yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Isnin lalu.
Mereka adalah Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).
Turut hadir pada pertemuan dipercayai diadakan di sebuah hotel di Kota Laksamana, di sini, dua hari lalu itu ialah Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari.
"Itu pertemuan biasa PH, memperkenalkan empat Adun yang sudah merubah kerajaan. (Kami) minum malam, itu saja.
"Pertemuan itu tidak membincangkan hal mengenai tawaran menyertai PKR, tetapi lebih kepada sesi perkenalan dan berbicara hal ehwal politik semasa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, pada perjumpaan itu, Anwar menasihatkan semua empat Adun berkenaan supaya kekal bersabar dan menyerahkan segalanya kepada mahkamah.
Katanya, Ketua Pembangkang itu menyatakan perjuangan yang dilakukan itu lebih kepada usaha menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran selain memperjuangkan keadilan sejagat.
"Saya memang pegang kepada prinsip itu, bahkan semasa dalam Umno dulu pun saya berpegang kepada prinsip kesaksamaan sejagat.
"Prinsip itu sama, cuma mungkin kaedah metadologi itu lain sikit. Semasa dalam Umno pun, saya perjuangkan kesaksamaan sejagat," katanya.
Semalam, Idris mendedahkan pernah dihubungi dua presiden parti dalam gabungan PH selepas beliau bersama tiga Adun lain menarik sokongan terhadap Sulaiman.
NEW DELHI : Pelakon terkenal Bollywood dan suami kepada Kareena Kapor, Saif Ali Khan, baru-baru ini mencuri tumpuan umum gara-gara kenyataannya memilih fahaman agnostik lantaran tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.
Kenyataan itu sekaligus mencetuskan kontroversi kerana sebagaimana semua orang tahu, Saif sejak lahir merupakan seorang Muslim.
Menurut Saif, apa yang menyebabkan dia memilih fahaman agnostik kerana baginya, agama seringkali dijadikan senjata dalam mencari kebenaran tertentu sehingga adakalanya mampu membuatkan hubungan seseorang itu berantakan dengan disulami kebimbangan.
“Saya agnostik. Saya sangat sekular dalam erti kata lain, saya fikir, terlalu banyak agama yang ada membuatkan saya jadi khuatir. Ini kerana mereka menekankan pada kehidupan setelah kematian.
“Saya rasa ini bukan tentang kehidupan setelah kematian sahaja yang perlu kita tekankan. Kenapa terlalu merumitkan? Kenapa tidak saling memahami, hidup saat kita di dunia ini?”katanya.
Selain itu, kata Saif, dia juga merasakan banyak agama yang ada di dunia ini seolah-olah terangkum rumit.
“Malah, dijadikan akomodasi untuk sesebuah organisasi. Terlalu banyak masalah yang pada dasarnya terkait dengan Tuhan saya, atau Tuhanmu atau Tuhan siapa yang lebih baik,”katanya kepada Indian Express.
Sebelum ini, pada satu upacara keagaman Hindu sekitar bulan lalu, Saif telah dikecam kerana dilihat melakukan ritual Hindu,
Perkara itu juga mendapat perhatian ramai dengan terdapat sesetengah netizen yang memprotes sambil mengingatkan bahawa dia merupakan seorang Muslim.
LONDON: Kepulangan Cristiano Ronaldo dan penyokong ke Old Trafford membantu menambah £550 juta (RM3.12 bilion) terhadap nilai Manchester United dalam hanya 54 hari.
Layak ke Liga Juara-Juara, perjanjian komersial dan musim ini yang tidak membabitkan sekatan akibat COVID-19 menambah faktor peningkatan berkenaan.
Bagaimanapun keluarga Glazer lebih beruntung berbanding Ole Gunnar Solskjaer kerana mendapat nilai tambah dalam saham mereka.
United kembali mendapatkan Ronaldo dari Juventus pada hari terakhir dan dua minggu sebelum itu, tempat duduk Old Trafford penuh buat kali pertama dalam tempoh 18 bulan bagi perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Leeds.
Ia ditambah dengan peningkatan harga saham Manchester United PLC di Bursa Saham New York.
Pada 4 Ogos, harga saham menurun kepada £11.70 (RM66.42) dengan nilai pasaran kelab itu £1.91 bilion (RM10.84 bilion) tetapi sudah meningkat masing-masing kepada £12.72 (RM72.21 juta) dan £2.08 bilion (RM11.81 bilion) pada 26 Ogos.
Bagaimanapun 24 jam kemudian, selepas berita perpindahan itu disahkan, ia meningkat kepada £13.46 (RM76.42) iaitu lebih 1 dolar sambil nilai pasaran sebanyak £2.19 bilion (RM12.43 bilion). - AGENSI
“Tuan-tuan yang mulia. Asbab kejayaan kita di dunia dan akhirat ada empat; beriman kepada Allah, beramal soleh, melaksanakan perintah Allah dan usaha atas iman dan amal. Hal ini Allah dah sebut dalam Surah al-‘Asr. Alhamdulillah, kita ada ramai buzruq[1] yang boleh bantu kita dalam usaha dakwah hari ini di Malaysia khususnya Terengganu. Depa boleh bantu kita dalam ilmu masa’il[2].Ilmu fadha’il[3] ni boleh dapat kalau istiqamah majlis ta’lim. Cuma hanya tunggu diri kita untuk membentuk zihin, fikir risau tentang umat.”. Penyampaibayan Maghrib[4]di hadapan Zul jelasnya adalah daripada luar Terengganu. Mungkin daripada Kedah, berdasarkan loghatnya.
“Jadi, ada yang sudi untuk luangkan sedikit masa untuk kita sama-sama usaha atas iman dan amal? Kita sama-sama belajar islah[5] diri.”, tanya penyampai bayan. Lantas seorang lelaki berusia sekitar 30-an yang berbaju kurta putih dan berserban, bangun dengan buku nota dan pen di tangannya. “Insya-Allah tuan-tuan. Satu hari boleh, tiga hari boleh, insya-Allah.”, begitulah kata-katanya.
Zul memerhatikan kiri dan kanannya. Beberapa orang telah mengangkat tangan dan menyatakan kesudian untuk khuruj fi sabilillah.[6] “Alhamdulillah tuan. Satu hari. Yang di hujung sana berapa hari? Tiga hari? Alhamdulillah. Abang depan ni berapa hari? Sepuluh hari? Subhanallah. Insya-Allah nusrah Allah sentiasa ada untuk mudahkan urusan kita semua untuk usaha maqami[7] dan usaha intiqali[8]”, nampak wajah penyampai bayan tersenyum gembira melihat ramai yang sudi turut serta bersama mereka.
“Satu bulan, insya-Allah.” Zul bersuara. Suasana tiba-tiba menjadi sunyi. Semua mata memandang Zul dengan penuh keterujaan. Orang lain sehari, tiga hari, paling banyak sepuluh hari. Anak muda ini langsung sebulan!
“Subhanallah…tahniah adik. Adik orang yang mulia. Masa belajar ya? Kecik-kecik dah ada jazbah[9] untuk buat kerja dakwah,” kata pemberi bayan kepada Zul. Beliau belum pernah ada pengalaman mengikut jemaah Tabligh. Justeru, cuti panjang Tahun 4 Thanawi ingin dimanfaatkannya untuk aktiviti yang berfaedah. Selama ini beliau hanya membaca tentang sejarah hidup Maulana Zakariyya al-Kandhlawi dan Maulana Ilyas al-Kandhlawi.
**********************
Jamaah Tabligh diasaskan oleh Hadratji Maulana Muhammad Ilyas di India pada tahun 1927. Legasi dakwahnya diteruskan oleh keturunannya, iaitu Hadratji Maulana Muhammad Yusuf al-Kandhlawi, seterusnya Hadratji Maulana In’amul Hassan al-Kandhlawi dan seterusnya.
Zul mula mengenali jemaah Tabligh semasa berusia 13 tahun. Ketika itu, Ijtima’ Tabligh Sedunia diadakan di Bukit Besar, Kuala Terengganu pada tahun 1982. Zul datang dengan ayahnya untuk mendengar bayan yang disampaikan oleh Maulana Umar Palanpuri, yang terkenal dengan gelaran al-ra’is al-mutakallim[10] dan tabligh ki zabaan (lidah tabligh).
Belum pernah Zul melihat ribuan manusia berkumpul seramai itu di padang awam Bukit Besar untuk mendengar bayan. Dari jauh kelihatan beberapa kumpulan memikul periuk, belanga, pinggan dan mangkuk baru turun daripada bas. Berbaju kurta dengan seluar yang labuhnya di atas buku lali atau berjubah dengan serban terlilit di kepala, hampir kesemuanya berjanggut panjang. Terselit kayu sugi di poket atas baju yang sering digunakan terutamanya sebelum menunaikan solat. Setiap kali mereka melintas di hadapan Zul, semerbak bau wangian minyak attar. Itulah umumnya imej jemaah Tabligh.
“Allah se hota hai, Allah ke sewa kuch nehi hota. Sare ke sare kamiabi serf Allah ke hat me hai. Sare ke sare hazanah Allah ke pas hai.
(Allah berkuasa, selain Allah tidak kuasa. Semua kejayaan hanya di tangan Allah. Semua perbendaharaan hanya di tangan Allah)”
Bicara Maulana Umar Palanpuri walaupun perlahan dengan untaian kata yang mudah, tetapi amat menusuk ke dalam hati. Menitis air matanya ketika membacakan firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”[11]
Orang ramai yang hadir begitu tekun mengikuti bayan Maulana Umar Palanpuri yang dibantu mutarjim orang Malaysia. Turut kelihatan di barisan hadapan, Maulana Hadratji In’amul Hasan. Hampir kesemuanya kelihatan mencatat setiap butiran yang disampaikan oleh Maulana. Zul juga mendengar, sambil tangannya bermain batu-batu kecil.
Usamah bin Syarik radhiyallahu ‘anhu menyebutkan sifat majlis Nabi SAW:
أتيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وآلهِ وسلَّمَ وأصحابُهُ عندَهُ كأنما على رؤوسهمُ الطيرُ قال فسلَّمتُ عليهِ وقعدتُ.
“Aku datang kepada Nabi SAW sedangkan sahabat-sahabatnya di sisinya, seolah-olah ada burung di atas kepala mereka. Lalu, aku mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan aku duduk”[12]
Ibn Qutaibah rahimahullah ketika menjelaskan maksud perkataan “burung di atas kepala mereka” berkata:
أنهم يسكتون فلا يتحركون ويغضون أبصارهم، والطير لا تسقط إلا على ساكن
Maksudnya: “Mereka diam, tidak bergerak-gerak dan merendahkan pandangan mereka. Ini kerana burung tidak akan hinggap melainkan kepada benda yang tidak bergerak-gerak.”[13]
Di akhir bayan, beliau berpesan dalam Bahasa Urdu, “Hendaklah kita berada di atas yang lurus, bukannya jalan yang bengkok.” Mutarjim pun menterjemahkan kalamnya sebagaimana yang difahaminya. Apabila sampai kepada perkataan “bengkok”, Maulana Umar Palanpuri mengalihkan kepalanya dan bertanya kepada mutarjim dengan serius, “Adakah engkau katakan kota Bangkok?”. Kelihatan sebahagian karkun[14]dan masyaikh[15] Malaysia ketawa kecil.
“Tidak, Maulana. Maksud saya, jalan yang tidak lurus. Itulah bengkok dalam Bahasa Melayu.”, kata mutarjim sambil tersenyum. Maulana mengangguk-angguk tanda faham dan turut ketawa bersama hadirin.
********************
Zul dan saing-saing daripada SMAASZA yang memberi nama, diminta hadir ke Markaz Tabligh Kubang Bujuk. Markaz yang diasaskan oleh hartawan terkenal Terengganu, almarhum Haji Muda, tidak jauh daripada rumahnya. Lebih kurang 10 minit sahaja. Di sana, Zul belajar untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang sunnah-sunnah Nabi, belajar untuk istiqamah bangun menunaikan solat Tahajud pada setiap malam, meningkatkan ibadah terutamanya di malam syabguzari[16]
Zul juga belajar untuk beramal dengan enam prinsip sahabat Rasulullah SAW melalui muzakarah[17] berkenaan kalimah tayyibah (syahadah), solat yang khusyu’, ilmu dan zikir, ikram muslimin, ikhlas niat, dakwah dan pengorbanan. Waktu makan adalah antara waktu yang ditunggu-tunggu. Adakalanya, Zul akan menawarkan diri untuk khidmat ta’am[18]. Juadah yang dihidangkan memang sedap dan dimakan beramai-ramai dalam dulang ketika masih panas-panas. Tua, muda, Dato’ Seri, Tan Sri, kerani, tukang sapu, semuanya sama mulia di sisi Allah SWT. Sama-sama menikmati hidangan dengan penuh berselera.
Memandangkan Zul adalah penduduk setempat, beliau dilantik sebagai rahaba[19]bagi memudahkan usaha ghast[20]di kawasan sekitar. Pantang sahaja ada bayan hidayah[21], bayan wafsi[22], majlis ta’lim yang dibacakan Fadha’il Amal, semuanya beliau sertai. Di waktu lapang, beliau akan membaca sendiri Fadha’il Amal susunan Maulana Zakariyya al-Kandhlawi. Alhamdulillah, dalam kesibukan aktiviti sebulan di Markaz Tabligh Kubang Bujuk, Zul berjaya menyelesaikan 3 juzuk bacaan al-Qur’an.
Pada hari terakhir beliau di sana, rasa sayu ingin berpisah dengan sahabat-sahabat ya ng baru dikenali di sana. Tempoh sebulan terasa singkat kerana padatnya aktiviti ibadah dan usaha dakwah yang dijalankan. Sebelum pulang, Ustaz Rasyid Long menyampaikan pesanan terakhir kepada semua jemaah pelajar. Beliau selaku pembimbing kepada jemaah pelajar bertanya kepada Zul, “Zul, ade azam untuk khuruj lagi?”
Zul mengangguk, tersenyum dan menjawab ringkas, “Insya-Allah IPB satu mase nanti!”.
____________________
[1] Orang alim dan orang-orang lama yang mengikut usaha dakwah tabligh
[2] Ilmu-ilmu fardhu ‘ain yang perlu dipelajar dengan guru
[4] Majlis penerangan untuk menjelaskan maksud tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk membicarakan enam sifat utama yang perlu diusahakan.
Keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT dan keyakinan yang teguh kepada sunnah Rasulullah SAW.
Memperbaiki solat
Ilmu dan zikir, keduanya saling berkaitan.
Ikram al-Muslimin (memuliakan orang Islam)
Memperbaiki niat iaitu menjaga niatnya semata-mata kerana Allah
Dakwah dan tabligh iaitu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat
[5] Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh. Program-program tertentu dibuat untuk pengislahan melalui usaha dakwah, ta’lim, ibadah dan dzikir serta khidmat.
[6] Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar dari tempat kediaman bergerak di jalan Allah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu masjid ke masjid lain di seluruh dunia untuk menjalin silaturahmi dan berdakwah atau tabligh.
[20] Ziarah dari rumah ke rumah untuk menyampaikan dakwah. Disebut juga sebagai dakwah umumi
[21] Bayan kepada jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah mengikuti tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh
[22] Bayan yang diberikan setelah jemaah kembali dari khuruj
Kuala Lumpur: Keahlian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad gugur secara serta-merta di bawah Fasal 10 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Biro Politik Bersatu membuat ketetapan bahawa Noor Effandi gugur keahliannya secara serta-merta susulan tindakannya menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka.
Menurutnya, ketetapan itu akan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu akan datang.
"Biro Politik Bersatu bermesyuarat pada hari ini untuk membincangkan perkembangan politik terkini di Melaka.
"Biro Politik Bersatu melahirkan rasa amat kecewa dengan tindakan empat Adun Melaka yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka ketika rakyat sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Hamzah berkata, Biro Politik Bersatu berpendapat kemelut politik itu berpunca daripada masalah dalaman parti politik tertentu.
Beliau berkata, ia bertambah parah apabila terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan tanpa memikirkan kebajikan rakyat serta kepentingan negara pada ketika ini yang masih di peringkat awal proses pemulihan.
Menurutnya, Biro Politik Bersatu berpendirian bahawa kemelut politik di Melaka perlu diselesaikan mengikut lunas Perlembagaan Negeri Melaka dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengambil kira kepentingan rakyat.