"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 6 Oktober 2021

[VIDEO] Hamil? Ini jawapan Neelofa…

 

NEELOFA buat pertama membuka mulut kepada wartawan berhubung desas-desus kehamilannya.

KUALA LUMPUR – “Perkara ini (pengakuan tentang kehamilan) sensitif bagi sesetengah orang. Semua ada alasan tersendiri. Kalau betul, Insya-Allah saya akan kongsikan pada waktu yang sesuai”.

Itu jawapan ‘selamat’ usahawan dan selebriti sensasi, Neelofa saat diminta mengesahkan desas-desus kehamilannya yang diperkatakan ramai sejak Julai lalu.

Katanya, dia juga punya sebab kukuh sama ada mahu tidak menjawab atau menjawab soalan berhubung isu kehamilan.

“Kalau benarlah desas-desus itu betul atau pun tidak, saya akan menanti masa tepat untuk berkongsi dengan orang ramai kerana jika ada berita gembira yang kita mahu dengar, pasti kita mahu doa orang ramai.

“Rakan-rakan artis yang lain pun sama, jika mereka turut mendapat berita sama (mengandung), pastinya mereka menanti saat yang tepat untuk dikongsikan.

“Insya-Allah jika saya ada berita gembira itu, pada masa yang tepat nanti mesti saya kongsikan,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online di sini, hari ini.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 32, berkata demikian pada majlis sumbangan program Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP yang diadakan di Surau Al- Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil.

Pada majlis ini, Neelofa yang mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Kasih Prihatin Nasional (PRIHATIN) menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Biarpun tetap berteka-teki, Neelofa yang turut ditemani suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, atau PU Riz, menyerlah dan memperlihatkan ‘baby bump’ dengan jelas dalam busana putihnya.

Biarpun berdepan sedikit tekanan, pada masa sama Neelofa tetap meminta orang ramai mendoakannya yang baik-baik, terutama keterujaan banyak pihak yang menantikan pengesahan berita gembira itu daripada mulutnya.

“Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa sebagai satu perlindungan.

“Saya faham kedudukan saya di mana orang yang mengharapkan perkongsian ini. Insya-Allah ia (pengumuman) akan dibuat dengan baik.

“Saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan. Bayi lelaki atau perempuan, saya tak kisah,” katanya.

Ditanya lagi sama ada pengumuman terbabit akan dibuat dalam waktu terdekat, Neelofa memaklumkan dia masih dengan jawapan sama.

“Saya akan beritahu bila semuanya dah betul-betul pasti. Sebagai contoh kalau kandungan sudah benar stabil baharu semua itu akan dikongsikan,” ulasnya ringkas.

Terdahulu, sejak beberapa bulan lalu khabar angin mengenai kehamilan bekas pengacara MeleTOP itu hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya.

Bukan hanya pada siaran langsung menerusi Instagram mempromosikan tudung keluarannya, paling ketara ketika hadir ke Mahkamah Seremban bagi sebutan semula kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), 24 September lalu.

Begitupun, walau dihujani pelbagai soalan dan ucapan tahniah di laman sosial, tiada sebarang bayangan diberi hinggalah semalam apabila dia memuat naik video menggunakan aplikasi tekaan wajah bayi hasil gabungan rupa paras ibu bapa.

Sebelum ini, kedua-dua pasangan yang mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu selesa mendiamkan diri daripada menjawab sebarang spekulasi.

Sementara itu, hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad. – K! ONLINE

Bubar DUN Melaka: Ali Rustam dapat nasihat salah - PH


Pakatan Harapan (PH) berpendapat keputusan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Ali Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuat berdasarkan nasihat yang salah.

PH berkata apabila empat Adun menarik sokongan terhadap Sulaiman Md Ali pada Isnin lalu, ketua menteri itu telah hilang jawatan dan kelayakan untuk menasihati Ali Rustam berdasarkan perlembagaan negeri.

"Pakatan Harapan mengambil pendirian bahawa Yang di-Pertua Negeri Melaka, TYT Tun Dato’ Sri Utama Dr Ali Rustam, telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.

"TYT sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka, serta bertemu dengan 15 Adun iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan," kata Majlis Presiden PH dalam kenyataan hari ini.

 PH berkata tindakan Ali Rustam melanggar duluan (precedent) di mana pada 2020 nasihat Ketua Menteri ketika itu, Adly Zahari) untuk membubarkan Dun tidak diterima setelah hilang majoriti.

"Malah ia juga tidak selari dengan duluan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nizar Jamaluddin lawan Zambry Abdul Kadir di mana sokongan majoriti boleh ditentukan di luar DUN," katanya.

Majlis Presiden PH turut berasa kesal kerana tindakan pembubaran DUN Melaka itu telah membuka laluan untuk pilihan raya negeri diadakan, yang boleh mengancam nyawa rakyat ketika pandemik Covid-19 belum lagi terkawal sepenuhnya.

Pada 4 Okt lalu bekas ketua menteri Melaka, Idris Haron, bersama tiga Adun lain membatalkan sokongan mereka kepada Sulaiman sebagai ketua menteri. 

Tindakan itu menyebabkan Adun Lendu itu kehilangan majoriti di DUN Melaka.

Tiga Adun yang lain ialah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Ia mengulangi insiden bagaimana Adly dijatuhkan daripada jawatannya sebagai ketua menteri pada 2 Mac tahun lalu dengan tindakan beberapa Adun kerajaan berpaling tadah.

-Malaysiakini

Masih ada ruang pertahan ‘The Real Muafakat Nasional’ jika PAS bersedia, kata Presiden Umno

 

Ahmad Zahid Hamidi berkata, Umno sentiasa berusaha untuk menyelamatkan ‘The Real Muafakat Nasional’ namun tiada guna jika hanya bertepuk sebelah tangan.

PETALING JAYA: Umno bersedia untuk mempertahan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 2019 jika PAS bersedia, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menjelaskan, “The Real Muafakat Nasional” merupakan suatu kerjasama yang wajib bersandarkan kepada penyatuan ummah yang jujur lagi ikhlas.

“Adakah Umno tidak berusaha menyelamatkan “The Real Muafakat Nasional” yang dimeterai antara Umno dan PAS pada 2019?

“Jawapannya Umno sentiasa berusaha. Namun tiada guna bertepuk sebelah tangan.

“Justeru biarlah demokrasi yang menentukan sehingga tiba PRU15,” katanya di Facebook.

Zahid berkata, perkara itu bukanlah satu manifestasi ketamakan, sebaliknya biarlah ia “free for all”.

Katanya, ramai ahli yang berharapkan begitu, namun dalam keadaan sekarang Umno perlu berdepan dengan realiti semasa.

“Umno tidak lagi boleh berdepan dengan ketidaktentuan tentang MN dalam persiapan dan persediaannya menghadapi PRU15.

“Ketidaktentuan boleh mengganggu dan menyekat kelancaran strategi serta gerak kerja Umno untuk PRU15,” kata Zahid.

Zahid berkata, ramai pihak termasuk dalam kalangan pengundi atas pagar berpandangan Umno telah dikhianati.

Katanya, Umno kekal bertanding di bawah panji Barisan Nasional (BN) bersama parti komponen dan rakannya yang masih setia kepada perjuangan gabungan itu.

“Dengan semangat berpuluh tahun BN, kita wajar gemilangkan kembali semangat itu sebagai wadah perjuangan paling bererti untuk rakyat dan negara menjelang PRU15.

“Saya yakin BN akan meraih sokongan deras rakyat selepas apa yang rakyat alami, rasai dan saksikan selepas PRU14 berakhir pada 9 Mei 2018,” katanya.

Zahid berkata, Perikatan Nasional (PN) yang dibarisi Bersatu dan PAS telah pun mengumumkan mereka telah mencapai kata sepakat mereka untuk menyelesaikan pembahagian kerusi yang akan ditandingi di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU15.

“Justeru sudah terang lagi bersuluh Umno perlu “move on” dan melangkah ke hadapan dengan segera dan tidak boleh terus dalam perkara yang tidak pasti,” katanya.-FMT

Selasa, 5 Oktober 2021

Pelajar lelaki kahwini guru 15 tahun lebih tua

 

Gambar yang menunjukkan kedua-dua pasangan suami isteri itu ketika bergelar murid dan guru serta selepas berkahwin. – Tiktok @adedaneva_881

JAKARTA – Seorang pemuda di Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi satu klip video yang tular dalam aplikasi TikTok, pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.

Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya  pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.

Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru. 

Gambar seterusnya yang diambil pada tahun 2020 memaparkan kedua-dua mereka berada di sebuah taman bunga dengan gaya mesra.

Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu  tahun ini yang memaparkan  mereka memakai pakaian pengantin serta bergambar di hadapan sebuah pelamin. Dia mengaku  bahawa mereka kini bergelar pasangan  suami isteri.

Video perkongsian itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan gembira melihat kisah cinta tidak mengenal usia itu.

“Jodoh, maut, bukan kita yang tentukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia,” kata seorang netizen.

“Gurunya kelihatan muda walaupun berkahwin dengan muridnya, bahkan mereka nampak seperti sebaya. Dahsyat, abang!” komen seorang lagi pengguna. – AGENSI 

Dua lagi ADUN Melaka dijangka tarik sokongan -Idris Harun

 

Idris Harun

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Undang, Datuk Seri Idris Harun mendedahkan dua lagi ADUN dijangka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama ADUN terbabit kerana masih dalam perbincangan.

“Kita dapat bayangkan akan ada dua lagi ADUN yang mungkin akan bersama kita, tapi ini masih lagi di peringkat perbincangan,” katanya pada sidang akhbar di Bandar Hilir di sini, pada Selasa.

Menurutnya, satu pertemuan bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyatakan pandangan bagaimana kerajaan negeri akan diurus tadbir selepas ini.

Ujarnya, mereka bersetuju mencadangkan dua wakil iaitu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga ketua pembangkang, Adly Zahari dan beliau selaku empat ADUN yang sudah hilang kepercayaan terhadap Sulaiman.

“Memandangkan Ketua Menteri meletakkan jawatan, seramai 11 ADUN PH dan kami berempat bersetuju secara kolektif di bawah perkara 72(1) dan 82(a) Perlembagaan negeri untuk melantik dan mencalonkan seorang ADUN yang mempunyai kepercayaan dalam kalangan 15 ADUN ini untuk dilantik sebagai Ketua Menteri,” katanya.

Pada Isnin, Idris bersama tiga lagi ADUN iaitu Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) menamatkan teka-teki krisis politik Melaka selepas mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.

-SH Online

Zahid sahkan UMNO pecat dua ADUN tarik sokongan di Melaka

ADUN UMNO Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan ADUN UMNO Pantai Kundor, menarik sokongan kepada Ketua Menteri Melaka daripada parti itu Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

 Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari UMNO dipecat kerana tindakan menarik sokongan sehingga menyebabkan tumbangnya kerajaan negeri Melaka diterajui Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Pemecatan itu disahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membidas tindakan kedua-dua ADUN tersebut kerana menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri, ia selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

“Bagi ADUN UMNO yang khianat kerajaan BN Melaka, saya harap mereka bersedia untuk terima tindakan dari parti bagi terima surat pemecatan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dua ADUN UMNO tersebut, Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri bersama dua lagi ADUN.

Dua lagi ADUN itu ialah Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam menerima cadangan agar DUN Melaka dibubarkan hari ini.

-Agenda Daily

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 13: Belajar dan Mengajar


“Atuk, lepas konsert tu, Zul pegi konsert ape lagi ye?”, 
tanya Sarah.


“Hehe…Setahu atuk, tak dop doh konsert hok Zul gi.  Se tu je. Konsert pertame dang terakhir.”, kata Tok Aki tersenyum.

“Ok, Sarah. Atuk sambung cite ye. Panjang lagi cite kite ning.”. Tok Aki menyambung kembali ceritanya…

******************

“Insya-Allah, hari ning kite mulekang dengan hadis pertame dari kitab Mustika Hadis…”, Zul memulakan kuliahnya di Surau Kampung Kubang Kekura.

Sejak berada di Tahun 3 dan Tahun 4 Thanawi, Zul mula mengajar di sekitar Kuala Terengganu. Kebiasaannya di Surau Kuala Bedah di Kuala Bekah, Surau Kampung Kubang Kekura. Khairul atau saingnya Zuan yang membawa motosikal dan Zul membonceng untuk menyampaikan kuliah. Setiap kali giliran Zul mengajar, penuh surau dengan jemaah. Bahasanya yang mudah difahami masyarakat awam, diselitkan kisah-kisah salafussoleh dengan pendekatan yang santai, menarik minat penduduk setempat untuk mengikuti kuliahnya.

Selesai kuliah, jawatankuasa surau akan menyediakan sedikit kuih-muih. Ketika itulah Zul akan ditanya beberapa soalan keagamaan oleh jemaah yang hadir. “Ustak. Ape hukum makang tuppa[1]?”, Haji Din tiba-tiba bertanya semasa mereka sedang menjamu selera. “Guane gamok Haji Din beghehi kedaroh tuppa ning? Hahaha…”, persoalan Haji Din disambut hilai tawa bilal surau, Pok Mat.

“Para ulama’ kite ade pandangang yang berbeze dalam isu makang tupa ning. Imam al-Nawawi menghukumkang halal makang tupa dan sebahagiang ulama’ mazhab Syafie menghukumkang haram.[2] Syeikh Zakariyya al-Ansari pun halalkang sebab taring tupa ni lemoh, walaupung die jenih musang.[3] Ulama’ Melayu kite, Syeikh Daud al-Fatani pung halalkan.[4] Tapi, Syeikh Arsyad al-Banjari haramkang.[5] Secare peribadi, ambe cenderung kepada pendapat sebahagiang ulama’ mazhab Syafie yang mengharamkang. Tupa ni pung haiwang lior yang hampir pupus. Setahu ambe, kerajaang pung tok benarkang kite bburu tupa ning. Mematuhi arahang pemerintoh ni wojik[6] Wallahu a’lam.”, jawab Zul dengan penuh teliti.

“Haji Din, Pok Mat, ambe kelik dulu ye. Doh lewat ni..”, Zul memohon izin untuk pulang ke rumah. Pok Mat bersalam dengan Zul dan menyelitkan sampul berisi not RM10 dua keping sebagai saguhati kepada beliau.

Walaupun masih di bangku Thanawi, Zul memang kreatif dalam menarik penduduk kampung untuk hadir mengimarahkan Surau Kampung Kubang Kekura. Sesekali, beliau akan menjemput guru-guru bangsa Arab di SMAASZA untuk menyampaikan kuliah. Penduduk kampung sudah tentu teruja bila mendapat tahu ada “Pok Seh”[7] akan ke surau mereka. Ustaz Taha dan Ustaz Sa’id al-Qasabi adalah antara yang pernah berkuliah di Surau Kampung Kubang Kekura. Zul sendiri akan berperanan sebagai penterjemah. Setiap patah yang disampaikan, akan dicatat pada sehelai kertas dan beliau langsung menterjemahkannya.

“Nah, mung bace ape aku tulih.”, Zul memberikan kertas catatan terjemahannya kepada Khairul. Ketika itu, baru selesai ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Taha. Berkerut dahi Khairul. “Aku dop pahang starang abuk ape mung tulih!”, kata Khairul sambil tertawa kecil. “Mung nok jadi mutarjim[8], mung catat slalu ape hok penceramoh cakak. Catat dalam Bahase Arab. Dop soh terjemoh lagi. Pah tu baru terjemoh dari catatang mung…”, Zul mengajarkan Khairul teknik penterjemahan Bahasa Arab secara langsung bagi kuliah yang berbahasa Arab.

******************

Jika ada masa yang terluang, beliau juga akan mengikuti pengajian di Pondok Pasir Tumboh yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Hashim dan Tuan Guru Haji Atiqullah. Ini sebagai tambahan kepada pengajian-pengajian talaqqi lain turut disertainya di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Abbas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fatani dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, begitu juga silibus yang diajarkan semasa Thanawi di SMAASZA. Antara kitab-kitab yang sempat dipelajarinya adalah Maṭlaʿ al-Badrayn, Iqnaʿ, Tafsīr al-Jalālayn, Matn al-Ajurrūmiyyah, al-Naḥw al-Wāḍiḥ, Matan al-Binā’ wa al-Asas, Bulugh al-Marām, Jawharat al-Tawḥīd, Penawar Bagi Hati dan lain-lain.

Banyak kelebihan belajar ilmu agama dengan kaedah talaqqi. Firman Allah SWT:

وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَائِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ

Maksudnya: Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Al-Alusi berkata: “Hakikatnya, penggunaan ‘untuk mengajar’ (لِيُعْلِمُوْا) lebih sesuai berbanding ‘memberi peringatan’ (لِيُنذِرُوا) dan ‘supaya mereka faqih’ (يَتَفَقَّهُوْا) berbanding ‘berjaga-jaga dari melakukan larangan Allah’ (يَحْذَرُونَ). Akan tetapi, dipilih perkataan-perkataan tersebut berbanding istilah yang satu lagi sebagai isyarat bahawa matlamat guru hendaklah untuk memberi petunjuk dan peringatan. Sedangkan matlamat penuntut ilmu pula adalah untuk meraih rasa takut kerana Allah SWT, bukan bersenangan dan merasa takabbur dengan ilmu.

Syeikh al-Maraghi berkata: Ayat ini diturunkan bagi melengkapkan hukum-hukum yang bersangkut dengan perjuangan. Iaitu hukum mengenai pencarian ilmu dan mendalami urusan agama. Ertinya, melalui mempelajari ilmu secara mendalam itu merupakan suatu cara berjuang yang menggunakan hujjah dan menyampaikan beberapa bukti dan juga merupakan suatu rukun yang terpenting dalam aspek menyeru kepada keimanan dan menegakkan sendi-sendi Islam.[9]

Dengan memahami firman Allah SWT ini, jelas menunjukkan perintah untuk menuntut ilmu melalui pembelajaran dan berguru. Inilah yang asalnya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan hadis daripada Abi Darda’ R.A, sabda Rasulullah SAW:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمَ وَالْفِقْه بِالتَّفَقُّهِ

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).”[10]

Berkata Al-Hafiz Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi berkata: “Tidak diambil sesuatu ilmu agama melainkan daripada mulut-mulut para ulama’.”[11]

Imam Muslim meriwayatkan dalam muqaddimah kitab Sahih Muslim daripada Muhammad ibn Sirin bahawa dia berkata:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِيْنٌ فَانظُرُوْا عَمَّنْ تَأْخُذُوْنَ دِيْنَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka kamu lihatlah daripada siapakah kamu mengambil agama kamu.”[12]

Abdullah Ibn al-Mubarak berkata:

الْإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ لَوْ لَا الْإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ

Maksudnya: “Isnad itu adalah sebahagian daripada agama, sekiranya tidak ada isnad maka berkatalah seseorang itu apa yang hendak dikatakannya (bergantung kepada hawa nafsunya)”[13] 

____________________

[1] Tupai

[2] Lihat Majmūʿ Sharḥ al-Muhazzab, (9/12)

[3] Lihat Asnā al-Maṭālib Sharḥ Rawḍ al-Ṭālib, (1/564)

[4] Lihat Maṭlaʿ al-Badrayn wa Majmaʿ al-Baḥrayn, (2/26)

[5] Lihat Sabil al-Muhtadin, m. 258

[6] Wajib

[7] Pak Syeikh. Panggilan kepada orang Arab bagi orang Pantai Timur

[8] Penterjemah

[9] Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/2937

[10] Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (395)

[11] Lihat al-Faqih wa al-Mutafaqqih, 2/192

[12] Lihat Muqaddimah Sahih Muslim, 1/12

[13] Lihat Muqaddimah Sahih Muslim, 1/11

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 9- Bekwoh di Tranung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 10- Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 11- Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

TYT Mohd Ali Rustam setuju DUN Melaka dibubarkan

 GAMBAR hiasan. DUN Melaka di Kompleks Seri Negeri. FOTO Bernama

GAMBAR hiasan. DUN Melaka di Kompleks Seri Negeri. FOTO Bernama

Ayer Keroh: Kemelut politik Melaka berakhir apabila Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh, ketika mengumumkan perkara itu berkata, proklamasi Pembubaran DUN Ke-14 akan diwartakan hari ini.

"Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, sudah membuat pertimbangan dan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Keempat Belas pada 4 Oktober," katanya.

Cadangan pembubaran DUN dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pagi semalam.

-myMetro

Netizen Teruja Ustaz Ebit Lew Kembali Aktif Di Media Sosial


 Selepas lebih seminggu menyepi daripada media sosial, semalam pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian di Instagram.

Memuat naik video berada di pasar raya miliknya, Elewsmart, pendakwah itu hanya menulis kapsyen ringkas,’Segala puji bagi Allah’.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa syukur melihat pendakwah itu kembali aktif di media sosial. Tidak kurang juga, ramai mengatakan rindu untuk melihat perkongsian dan misi kebajikan pendakwah berkenaan.

 

Terdahulu, pada 20 Ogos lalu siasatan ke atas Ebit Lew dilakukan berikutan aduan diterima daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual

-rotikaya.com

Twitter jadi tempat ‘mengejek’ masalah enam jam gangguan Facebook, WhatsApp, Instagram

 

PENGGUNA Twitter membuat gambaran mengejek perkhidmatan kendalian Facebook. - TWITTER

LONDON: Pengguna media sosial ‘berkumpul’ di Twitter sebagai reaksi terhadap gangguan perkhidmatan Facebook, Instagram dan WhatsApp selama hampir enam jam.

BBC melaporkan, ketiga-tiga perkhidmatan tersebut semuanya dimiliki Facebook, tidak dapat diakses melalui aplikasi web atau telefon pintar.

Twitter dan Reddit adalah antara beberapa syarikat teknologi yang digunakan netizen bagi ‘mengejek’ perkhidmatan pesaing.

Twitter antaranya, menjadi platform yang penuh dengan kata-kata sinis dan ‘mesej menyeronokkan’ ekoran masalah dihadapi Facebook, Instagram dan WhatsApp.

Nama-nama besar dalam dunia hiburan termasuk Dolly Parton, tidak ketinggalan mengambil kesempatan menggunakan Twitter bagi ‘membahan’ Facebook.

-Utusan Online