"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 6 September 2021

Liga Super: Selangor Amuk Di Likas, Hatrik Ifedayo Pecah Rekod Ghaddar

 


Dua perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada malam tadi dan salah satu yang menjadi tumpuan ialah pertemuan di antara Sabah menentang Selangor.

Kelibat Idefadayo Olusegun pasti menjadi tumpuan kerana peyerang import Selangor dari Nigeria itu kini memiliki 22 gol pada musim ini, dan kini bersaing dengan penyerang JDT, Bergson da Silva untuk anugerah kasut emas pada musim ini.

Sabah pula turun beraksi buat kali pertama tanpa Kurniawan Dwi Yulianto yang dipecat sebagai Ketua Jurulatih. Skuad Badak itu kini dikendalikan oleh Burhan Ajui dan dibantu oleh Jelius Ating.

Pasukan dari Borneo itu turun tanpa khidmat pemain tengah, Levy Madinda berikutan komitmen antarabangsa pemain itu bersama negaranya, Gabon.

Ifedayo tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan jumlah jaringannya seperti yang dimiliki Bergson apabila menjaringkan gol pertama Selangor, dan yang ke-23 buat dirinya pada musim ini pada minit ke-21 perlawanan.

Kesilapan pemain pertahanan lawan yang cuba melakukan hantaran ke belakang dipintas penyerang berusia 30 tahun itu, sebelum mudah untuk beliau menolak masuk bola menewaskan Rendy Rining di hadapan gawang.

Selang dua minit selepas itu, Ifedayo sekali lagi menjadi duri di dalam daging buat Sabah apabila menyumbat gol kedua perlawanan. Kali ini, Ifedayo yang menerima hantaran dari bahagian tengah bijak melambungkan bola untuk menewaskan Rendy sekali lagi.

Ia adalah gol ke-24 peribadi Ifedayo sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak Liga Super pada musim ini, mengatasi Bergson yang masih kekal dengan 23 gol selepas 21 perlawanan.

Mukhairi Ajmal menambah gol ketiga Selangor sebelum wisel penamat babak pertama ditiup, sekali lagi memanfaatkan kecuaian benteng Sabah yang hilang kawalan bola sebelu Mukhairi melarikan bola secara solo dan merembat masuk gol ketiga perlawanan.

Selangor terus menambah jaringan apabila Hakim Hassan menjaringkan gol sebaik sahaja dimasukkan untuk mengganti Mukhairi Ajmal pada minit ke-46 perlawanan

Babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Dua percubaa berturut-turut oleh Alto Linus dan Amri Yahyah pada minit ke-58 perlawanan sekadar terkena tiang walaupun Khairulazhan telah pun tewas.

Minit ke-75 perlawanan giliran Danial Asri pula meledak jaringan untuk membenarkan Selangor mendahului 0-5 dalam perlawanan ini selepas menerima hantaran dari Ifedayo.

Akhirnya Ifedayo berjaya melengkapkan hatrik di dalam perlawanan ini untuk jaringan ke-25 peribadinya pada musim ini, sekali gus menjadikan kedudukan 0-6 pada minit ke-86 perlawanan.

Gol tersebut berpunca dari serangan balas pantas dari sebelah kiri sebelum Ifedayo menyambut hantaran lintang dengan tolakan mudah ke gawang yang kosong.

Tiga minit masa tambaha sudah tidak bererti bagi Sabah dalam perlawanan ini. Kedudukan 0-6 turut kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.

-semuanyabola.com

Aku dukung anak masuk bilik. Dari blkg, isteri maki dan tendangan nya hinggap ke badan. Cpt2 aku masuk blik


Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Zairil, berusia 37 tahun, telah berkahwin selama 5 tahun dan di kurniakan seorang anak perempuan berusia 4 tahun. Saya dan isteri (37 tahun) berasal dari Alor Setar, Kedah dan kami menetap di Skudai, Johor.

Saya bekerja di sektor penerbangan, manakala isteri pula seorang penuntut ijazah (penyelidikan) di sebuah universiti berdekatan.

Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kami dikurniakan seorang cahaya mata. Saya bersyukur dan sangat sayangkan anak saya.

Titik permasalahan rumah tangga saya bermula semasa isteri saya sedang berpantang. Dengan nada yang serius memberi tahu saya supaya untuk berpuasa (dari nafkah batin) sehingga anak kami berumur 4 tahun.

Mungkin beliau masih terasa keperitan semasa bersalin sehingga beliau berkata sedemikian, ia juga mungkin sekadar gurauan, dan saya pun tiada niat untuk meminta pada isteri yang masih berpantang. Saya membalas dengan sedikit senyuman dan tawa melihat isteri.

Saban bulan, melihat anak semakin membesar, hubungan kami menjadi semakin keruh kerana saya sering menegur sikap kecuaian isteri saya kepada anak saya. Sehingga menyebabkan anak trauma dan cedera seawal 5 bulan dari kecuaian isteri.

Saya sebagai suami faham, membantu dan menasihati isteri. Tetapi apabila saya bertugas di luar negara, sering kali menerima rungutan isteri tentang anak.

Perkara seperti membiarkan anak seawal 8-10 bulan, yang baru dapat belajar duduk, tetapi dibiarkan berendam seorangan di dalam besen di tandas, meletakkan pisau memasak atau gunting di merata rata rumah (sikap yang masih tidak di ubah sehingga kini). Mengherdik anak kecil, dan banyak lagi tidak cukup untuk saya luahkan disini.

Ya, saya nampak dan saya bantu, tetapi bagaimana pula jika saya tiada di rumah?

Oleh itu saya sering menegur sikap kecuaian beliau. Tidak saya jangka lama kelamaan wujud perasaan benci dalam diri beliau terhadap saya.

Saya juga telah beberapa kali cuba berbincang untuk mendalami masalah beliau, tetapi sering kali tidak diendahkan dan kadang kala berakhir dengan pertengkaran.

Beliau juga langsung tidak teragak untuk berkelahi di hadapan anak yang baru berusia 2 tahun tercengang melihat kami. Akibat hilang sabar saya, saya telah menepuk bahu kiri isteri selepas diherdik oleh isteri.

Anak saya terkejut dan berlari ke tengah untuk menghentikan perkelahian kami, saya tergamam melihat anak yang kecil lebih memahami.

Saya mengambil anak dan mendukungnya masuk ke bilik. Ia diikuti oleh jeritan makian daripada isteri yang memukul dan menendang saya dari belakang.

Saya beristighfar dan masuk ke bilik. Jika diikutkan nfsu dan kudrat saya, sudah pasti lain jadinya. Akibat dari seringkali bertengkar, saya kadang kala hilang rasa hormat dan mengeluarkan kata kesat akibat tertekan.

Ini belum lagi soal layanan isteri, yang meminta saya berpuasa sehingga anak saya berumur 4 tahun, ternyata itu benar.

Sehingga kini anak saya telah pun masuk usia 4 tahun, dan sepanjang 4 tahun ini, kurang dari 5x kami bersama dan lebih tepat sudah hampir 3 tahun saya tidak menyentuh isteri saya.

Berbagai alasan diberikan untuk menolak permintaan saya. Kadang kala saya menegur, tetapi saya masih bersabar dan tidak memarahinya.

Segala kemahuan beliau saya tunaikan, segalanya. Hanya sebut, saya sediakan. Hendak berniaga, saya hulurkan. Bermacam macam, tetapi hanyalah hangat hangat tahi ayam dan hanya membazir.

Program ijazahnya pula telah berlanjutan sehingga ke semester ke-9. Masa dirumah lebih banyak dihabiskan menonton drama melayu di internet termasuklah kisah drama melayu perpecahan rumah tangga yang beliau sering kali terbawa bawa ke realiti.

Keadaan menjadi semakin kritikal setelah saya diberhentikan kerja tahun lalu oleh sebuah syarikat penerbangan dan hilang pekerjaan selama 7 bulan. Mujurlah saya masih mempunyai simpanan dan pelaburan semasa tempoh menganggur.

Hubungan juga menjadi semakin keruh ketika saya menganggur, apabila meminta isteri untuk fokus pada pembelajaran beliau atau meringankan beban dengan bersama mencari sumber rezeki bersama.

Banyak wang telah dihabiskan untuk menampung program ijazah beliau, yang telah beberapa kali diberi amaran oleh supervisor beliau. Tetapi ia menjadi sia sia, dan tidak diambil peduli.

Akibat dari tekanan hidup, ia telah mengidap sakit jantung dan drah tinggi seawal usia 36 tahun.

Jika ada berlaku pertengkaran, beliau kini sudah tiada rasa hormat pada saya, dan tidak teragak untuk meminta pencerraian. Selepas bertenang beberapa hari, beliau buat seperti biasa tanpa ada rasa bersalah.

Saya sungguh tertekan dan tersepit, saya terlalu sayangkan anak saya dan tidak sanggup melihat anak saya membesar dalam keadaan ibu dan ayah bercerrai. Malah hubungan saya dan keluarga isteri juga sangat baik.

Paling saya tertekan, apabila secara tidak sengaja terbaca message isteri di lockscreen telefon bimbit. Beliau memburukkan keluarga saya, ibu saya kepada kawan baik dan juga kakak beliau.

Mujur kenalan beliau juga saya kenal, dan saya telah menerangkan secara baik untuk menjadikannya lebih keruh.

Beliau sering berpura pura baik dihadapan keluarga saya, tidak seperti mesej buruk yang dihantar kepada kakaknya.

Saya kini baru mendapatkan pekerjaan baru di negara jiran, dan tinggal berjauhan.

Akibat dari tekanan, saya telah mula berkawan dengan seorang wanita, tetapi saya telah berhenti dalam hubungan itu setelah sedar perasaan suka saya kepada wanita itu semakin mendalam. Saya ingin mengelak dari bertambahnya masalah.

Tiada seorang pun yang saya luahkan hal ini melainkan dengan Allah swt, saya tertekan sehingga ada saat saya ingin membnuh diri. Mujur saya mempunyai seorang dua rakan baik. Akan tetapi sampai bila saya perlu tempuhi semua ini?

Saya tertekan tetapi saya sayangkan anak saya lebih dari segalanya. Banyak lagi yang ingin saya ceritakan, tetapi cukuplah setakay ini. Saya mohon nasihat dan bimbingan anda.

Reaksi Warganet

Atikah Jamaluddin –
Kalau itu yang isteri mahu (perpisahan), berpisahlah dengan cara baik. Tak semestinya perpisahan boleh bagi kesan negatif kepada anak..

Andai kata setelah menasihati, mengambil hati isteri pun tidak berjaya melembutkan hatinya, mungkin perpisahan jalan yang terbaik.

Isteri nampak ada ego yang tinggi. Bagi dia masa, bagi dia balik rumah mak pak dia untuk berfikir apa salah dia. Andai masih ada jodoh, adalah. Kalauu tiade jodoh, carilah bahagia yang baru untuk diri awak.

Hazirah Hj Hamzah –
Kalau takmau anak lagi banyak je pilihan perancang keluarga. Islam pun tak ajar sekat nfsu sampai macamtu sekali.

Kalau betul dia d3pression, bawa jumpa pakar. Tapi jika setelah diagn0sis dia sihat je.. boleh pertimbangkan langkah seterusnya.

Tak semua perempuan berperangai macamtu sebab d3pression ke, meroyan ke. Ada je perempuan yang perangainya macamtu.

Kita kena adil. Jangan kalau lelaki buat hal kita kecam, tapi perempuan buat hal asyik backup je.

Ummi Yahaya –
Selain faktor d3pression, P0stpartum atau apa apa tekanan luaran dan dalaman. Ada satu lagi kemungkinan asbab yang mungkin boleh diambil kira, sihir atau gangguan rohani.

Tidak dinafikan adanya sihir pengunci, pembenci dan sebagainya yang dilakukan orang yang mungkin cemburu, berdendam.

Sebab lain macam sikap dan perlakuan isteri anda.

Saya doakan moga dipermudahkan segala usaha dan diberikan jalan keluar dan kesembuhan buat isteri tuan dan hubungan perkahwinan tuan demi anak dan masa depannya.

Aton Omar –
Saya tak faham bila masih ada nasihat suruh berbincang, suruh ambik hati isteri, bercinta semula.

Macam suami pulak yang salah.

Sudah confessor kata disitu berbincang sudah, nasihat sudah, tolong kerja rumah sudah, mengalah masa bergaduh.

Dear confessor, rujuk pejabat agama la. Dapatkan nasihat professional kat situ. Biar dorg pulak bagi counselling dekat your wife.

If tak jalan, u know what to do. Sebab sayangkan anak lah, u kena jauhkan dia dari lihat kekabutan dalam rumahtangga u.

Na Abdullah –
Ramai wanita yang in denial. Kalau takda perempuan macam ni, xkan boleh ada kes mak dera anak? Ada kes mak bnuh anak?

Ada je perempuan bila marah suami dilepaskan pada anak. Ada je kes perempuan yang memang cuai tak kira tempat.

Kalau si isteri dah giila talak. Lepaskan je lah. Istikharah la banyak banyak mintak petunjuk. Kalau dah tak boleh bersama kenapa nak sakitkan jiwa masing masing?

Anak tak perlu risau, kalau ada rezeki jumpa wanita lagi baik yang boleh jaga anak, tiada masalah dah. Jangan cari jenis yang sama sudah, nanti tak pasal pasal kes dera anak.

Eh tapi bincang dulu, takut lepas cerrai isteri taknak bagi hak penjagaan anak.. susah jugak tu.

Sumber – Zairil Iskandar (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Credit: edisimedia.com

Semakan dan Permohonan BKC Bujang PEMULIH 2021

 


Bagi BKC bujang, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Adakah ada pemohonan untuk BKC bujang, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.

Pada 1 September lepas, Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan tarikh dan jumlah bayaran bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) fasa 1 yang tertangguh sejak Ogos lepas.

Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula 6 September dan dijangka selesai pada 10 September 2021 termasuklah bagi individiu bujang yang berkelayakan.

Apakah Itu Bantuan Khas Covid-19 (BKC)?

Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021. 

Kelayakan Bujang untuk Menerima BKC

Individu bujang yang layak menerima BKC adalah 

  1. Miskin Tegar
  2. B40
  3. M40

Individu bujang yang layak menerima bantuan ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).

Adakah Individu Bujang Perlu Membuat Permohonan BKC?

Individu bujang tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut: 

BilKategori Penerima (Bujang)Data Bantuan
1.Miskin TegarPermohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih
2.B40 Permohonan BPR 2021
3.M40Percukaian (LHDNM)

Semakan Status

Semakan status BKC boleh dibuat di Portal Rasmi BKC mulai 6 September 2021.  

https://bkc.hasil.gov.my 

Berapakah Bayaran Yang Akan Diterima Oleh Individu Bujang?

Jumlah keseluruhan bayaran bagi individu bujang adalah sebagaimana berikut;

BilKategori Penerima (Bujang)Amaun Kelayakan (Bujang)
1.Miskin TegarRM500
2.B40RM200
3.M40RM100

Tarikh Pembayaran Untuk Invididu Bujang

Individu Bujang bagi kategori Miskin Tegar akan menerima 2 kali pembayaran iaitu pada fasa pertama dan fasa kedua.

Bayaran fasa 1 akan mula disalurkan mulai 6 September 2021. Manakala fasa kedua akan disalurkan pada November 2021

Sementara bagi bujang kategori B40 dan M40 hanya akan menerima bayaran pada fasa pertama sahaja iaitu pada September.

Tiada pembayaran bagi individu bujang bagi kategori B40 dan M40 untuk bulan November dan Disember.

Lihat jadual berikut untuk lebih jelas;

Jadual Bayaran BKC Termasuk Katerogi Bujang

Bagaimana Kaedah Bayaran Dilaksanakan?

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut: 

Bujang Miskin Tegar – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

Bujang B40 – Melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 

Bujang M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian

Soalan Lazim BKC Bujang

Apakah Kelayakan bagi Individu Bujang

Individu bujang yang layak menerima bantuan ini adalah berdasarkan syarat kelayakan BPR 2021 dan juga pembayar cukai pendapatan (LHDNM).
1. Miskin Tegar
2. B40
3. M40

Bagaimana boleh membuat semakan status?

https://bkc.hasil.gov.my

Berapa Jumlah bayaran untuk Individu Bujang

Miskin Tegar – RM500
B40 – RM200
M40 – RM100

Bila Tarikh Bayaran

Mulai 6 Septmber 2021 untuk fasa 1

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

-bantuanrakyat.my

Ahad, 5 September 2021

Ivermectin & jangkitan Covid-19

 

RAMAI menyokong penggunaan Ivermectin dalam merawat pesakit Covid-19 dan beranggapan ia wajar digunakan sepanjang pandemik ini.

Bahkan, ada yang mendakwa, menjadi kesalahan jenayah apabila tidak menggunakan Ivermectin dalam merawat pesakit Covid-19.

Satu lagi kenyataan agak baharu dengan menyatakan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) yang meluluskan ubat-ubatan tidak perlu menggunakan percubaan terkawal secara rawak (RCT).

Ini bermakna perawat sudah boleh menggunakan Ivermectin hanya berdasarkan bukti kukuh (substantial evidence).

Pegawai Perubatan Klinik Assalam Bangi Dr Mohd Syihabuddin Mohd berkata, berkaitan garis panduan FDA, memang terdapat garis panduan berkenaan bukti yang kukuh.

Menurutnya, pertama, garis panduan ini adalah untuk kegunaan industri sejak 1960-an dikeluarkan oleh kongres di Amerika Syarikat dan terdapat perubahan demi perubahan sepanjang tempoh itu hingga kini.

"Kemudian, ia dikumpul dalam satu dokumen dinamakan 'Demonstrating Substantial Evidence of Effectiveness for Human Drug and Biological Products Guidance for Industry'.

"Saya mendapat maklumat daripada satu webinar dan mendapati ada salah guna dalam garis panduan FDA ini.

"Kononnya, ada dakwaan mengatakan bahawa FDA tidak memerlukan satu kajian berkualiti iaitu RCT dalam garis panduan ini. Adakah dakwaan itu betul?" katanya.

Menurut Dr Mohd Syihabuddin, Seksyen 2 dan 3 garis panduan FDA ini ada menggariskan dengan jelas, satu bentuk kajian mempunyai 'randomization', 'blinding', analisis terperinci dan sebagainya yang ia membawa maksud sebuah kajian mewakili RCT.

"Pada pendapat saya, menuduh FDA tidak memerlukan RCT dalam sesuatu penyiasatan ubat adalah satu dakwaan yang tidak berasas," katanya.

STRUKTUR kimia Avermectin.
STRUKTUR kimia Avermectin.

Dr Mohd Syihabuddin berkata, golongan yang menggunakan garis panduan FDA ini merujuk kepada Seksyen 4B bahagian tiga, ia ada menyatakan mengenai 'compelling evidence' apabila berlaku keadaan kita bertemu dengan hanya satu kajian yang mengatakan Ivermectin berkesan dalam rawatan Covid-19.

"Apabila meneliti secara lebih menyeluruh, apa yang saya faham ialah golongan menyokong Ivermectin mahu merujuk penggunaan ubat ini daripada sudut pencegahan jangkitan Covid-19 dan merujuk kepada kajian Shouman.

"Saya ada menghubungi pakar perubatan yang mengetuai kajian dimaksudkan mereka, dari Universiti Zagazig, Mesir, Prof Waheed Shouman, untuk bertanyakan mengenai kajian RCT dilakukannya," katanya.

Menurut Dr Mohd Syihabuddin, subjek kajian itu adalah kontak rapat kepada pesakit indeks (pesakit Covid-19) yang disahkan dengan ujian 'Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction' (RT-PCR).

Kata beliau, dalam kalangan kontak rapat ini, ada yang mengambil Ivermectin dan sebaliknya.

MASIH ada mempercayai Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19.
MASIH ada mempercayai Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19.

"Kajian itu pula untuk melihat, adakah ubat berkenaan boleh mengelakkan gejala Covid atau sebaliknya, sebagai membawa maksud adakah Ivermectin boleh mencegah jangkitan Covid-19.

"Waheed turut melakukan imbasan tomografi beresolusi tinggi (HRCT) pada paru-paru dan mendapati Ivermectin berkesan merawat pesakit Covid-19," katanya.

Dr Mohd Syihabuddin berkata, bagaimanapun, terdapat masalah dengan kajian dilakukan Waheed.

Kata Dr Mohd Syihabuddin, pertama kajian itu tidak menggunakan ujian RT-PCR.

Ada orang berhujah mengatakan RT-PCR hanyalah 'Emergency Use Authorization' (EUA) dan bukan standard yang tepat.

"Ujian RT-PCR mempunyai ketepatan sehingga 99 peratus apabila ujian ini dilakukan tiga kali berbanding HRCT iaitu 87 peratus.

"Berdasarkan sebuah kajian kultur virus, daripada 83 sampel kajian, didapati ketepatan RT-PCR adalah 100 peratus," katanya.

Menurut Dr Mohd Syihabuddin, pihak berkaitan tidak boleh merujuk Shouman sebagai satu-satunya kajian pencegahan Covid-19 menggunakan Ivermectin dengan merujuk Seksyen 4b(3) apabila berjumpa hanya satu kajian yang kukuh.

Katanya, ini kerana terdapat satu kajian lain di Singapura yang menggunakan Ivermectin dalam sudut pencegahan membabitkan lebih 3,000 pekerja asing dalam sebuah asrama 40 tingkat.

"Dalam kajian ini, empat jenis ubat dikaji iaitu 'hydroxychloroquine', vitamin C, 'povidone iodine throat spray' dan Ivermectin. Dapatan kajian mendapati Ivermectin tidak berkesan.

IVERMECTIN sesuai untuk haiwan dijangkiti parasit.
IVERMECTIN sesuai untuk haiwan dijangkiti parasit.

"Kenyataan mengatakan bahawa jika menurut FDA, maka boleh digunakan sesuatu rawatan itu berdasarkan bukti kukuh hanya boleh diguna pakai jika tiada bukti yang bertembung.

"Hasil kajian Univesiti Zagazig bertembung dengan hasil kajian dari Singapura yang menunjukkan Ivermectin tidak berkesan sebagai pencegahan jangkitan Covid-19," katanya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Farmasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Makmor Bakry berkata, asal usul Ivermectin pada awalnya ditemui dalam pencarian antibiotik baharu sebagai bahan untuk penggalak pertumbuhan haiwan ternakan dan kesesuaian sama ada bahan kimia baharu ini boleh menjadi antibiotik umum atau tidak.

Jelasnya, sebenarnya, penyelidikan awal dijalankan di Jepun dan ia adalah molekul atau bahan kimia ubat paling awal ditemui di negara matahari terbit itu.

"Penyelidik menjumpai satu jenis kulat (streptomyces avermitilis) yang hanya diperoleh di tanah Jepun dan ia menghasilkan satu bahan boleh bertindak terhadap mikro organisme lain.

"Pembangunan molekul itu diteruskan melalui kerjasama 'Tokyo Kitasato Institute' dengan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat. Hasil kajian ini menemui molekul pertama iaitu Avermectin," katanya.

Beliau berkata, Prof Satoshi Omura dari Kitasato Institute yang menjumpai molekul Avermectin mendapati, walaupun molekul ubat ini hampir serupa dengan antibiotik seperti eritromisin atau antifungal, tidak dapat menunjukkan kesan Avermectin sebagai antibakteria serta antifungal.

"Ini mungkin punca utama mengapa Ivermectin tidak pernah didaftarkan sebagai antibiotik.

"Oleh itu, penggunaan Ivermectin ini lebih tertumpu sebagai antiparasit dan apabila diuji, memang inilah fungsi utama Ivermectin," katanya.

Dr Mohd Makmor berkata, Ivermectin diperkenalkan sebagai produk kesihatan haiwan pada 1981 kerana ia sangat berkesan untuk pelbagai infestasi parasit seperti cacing gelang, cacing peparu dan kutu.

"Kemudian, pada pertengahan 1970-an, penyakit tropika terabai menjadi agenda kepada komuniti perubatan antarabangsa.

"Contoh penyakit tropika terabai ialah masalah kecacingan filariasis. Pada masa itu, tidak ada syarikat farmaseutikal yang berminat mencari ubat untuk masalah ini kerana tidak ramai mengalaminya.

"Jika Ivermectin digunakan membabitkan penyakit ini, ia mungkin tidak memberi sebarang keuntungan kepada industri farmaseutikal," katanya.

Beliau berkata, kajian terhadap Ivermectin mula giat dilakukan pada 1978 terhadap kuda yang dijangkiti sejenis cacing dan terbukti ia sangat berkesan.

-myMetro

Paralimpik:Latif Romly atlet pertama raih ganjaran RM2 juta

 

Abdul Latif memenangi pingat Emas bagi acara lompat jauh T20 dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, pada Sabtu. -Foto Bernama
Abdul Latif memenangi pingat Emas bagi acara lompat jauh T20 dengan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, pada Sabtu. -Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Secara keseluruhan dalam edisi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang melabuh tirai hari ini, Malaysia merangkul tiga pingat emas dan dua perak.

Malaysia membuka tirai meraih pingat emas melalui jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Emas kedua pula hadir melalui acara badminton melalui Cheah Liek Hou yang menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam kategori SU5.

Melengkapi sasaran emas negara, jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ketiga-tiga mereka melayakkan diri meraih wang ganjaran kemenangan.

Berdasarkan imbuhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), pemenang emas Sukan Olimpik atau Paralimpik bakal menerima imbuhan RM1 juta manakala perak RM300,000 dan gangsa RM100,000.

Mereka turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) yang diberikan secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.

Paling mencuri tumpuan adalah Abdul Latif yang kini merangkul jumlah keseluruhan sebanyak RM2 juta selepas meraih emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik.

Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly. - Foto Bernama
Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly. - Foto Bernama

Pada 2016, anak jati Kampung Paya Kelubi, Perlis ini menghadiahkan pingat emas di Sukan Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).

Ketika itu dia mencipta rekod lompatan sejauh 7.60 meter (m) sekaligus mencipta rekod baharu dunia.

Semalam, Abdul Latif yang kini berusia 24 tahun mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui lompatan sejauh 7.45m

Kemenangannya itu menutup tirai Sukan Paralimpik 2020, sekali gus melengkapkan sasaran kontinjen negara pada temasya di Tokyo itu.

Pada awalnya, jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyah Zolkefli hampir untuk menjadi atlet pertama meraih wang ganjaran RM2 juta dalam edisi namun kemenangannya di Tokyo dinafikan.

Olahraga Para Dunia membuat keputusan itu adalah berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia - 'Gagal melaporkan diri ke Call Room' yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke 'Call Room' pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room.

Difahamkan, Ziyad lewat dalam tempoh dua hingga lima minit.

Pada Paralimpik Rio 2016, Ziyad menyumbangkan pingat emas buat negara melalui acara sama.

-premium.sinarharian.com.my

Warganet Puji ‘Sportmanship’ Ditunjukkan Atlet Paralimpik Greece Kepada Latif Romly


 Nama Abdul Latif Romly dijulang sekali lagi oleh satu Malaysia setelah beliau berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya semasa di Paralimpik Rio 2016 lalu apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo baru-baru ini.

Persaingan acara lompat jauh tersebut turut menarik perhatian dunia apabila kali ini atlet dari Greece, Thanasis Prodromou telah menunjukkan nilai sportmanship yang dikagumi oleh orang ramai dengan membantu Latif Romly yang kesakitan akibat terjatuh selepas membuat lompatan.

Thanasis orang pertama yang segera meluru ke arah Latif dan melihat keadaannya terlebih dahulu sebelum pasukan medik datang untuk memberikan rawatan kepada Latif.

SUMBER GAMBAR: INSTAGRAM @THANASIS__PRODROMOU


Ketika artikel ini ditulis, Instagram dan Facebook atlet Greece tersebut masih dihujani dengan komen pujian atas sportmanship yang ditunjukkan dan pada masa yang sama orang ramai turut mengucapkan tahniah ke atas pingat perak yang dimenanginya. 

Ternyata apa-apa jenis sukan di dalam dunia ini bila disuntik dengan semangat kesukanan yang tinggi ia bukan sahaja merapatkan hubungan wakil atlet antara sesebuah negara, bahkan ia juga boleh ‘menyatukan’ netizen antara negara tersebut.

-thevocket.com

WhatsApp tidak lagi berfungsi terhadap 43 jenis telefon pintar


LONDON: Jutaan pengguna tidak boleh lagi mengakses mesej, gambar dan video selepas aplikasi WhatsApp menghalang akses ke beberapa model telefon pintar model lama, bermula 1 November depan.

Lapor Mirror, dalam tempoh berbaki dua bulan, sebanyak 43 model telefon pintar melibatkan pengguna perisian Android dan iOS tidak boleh menikmati kemudahan yang disediakan perkhidmatan itu.

Aplikasi itu kehilangan ramai pengguna sejak tahun lalu disebabkan privasi terbaharu perkhidmatan yang diperkenalkan.

WhatsApp menawarkan perkhidmatan penghantaran mesej yang selamat dan sulit tetapi mengumumkan perubahan yang sangat tidak popular terhadap kaedah mengendalikan data pengguna.

Perubahan ini menyaksikan data pengguna diserahkan kepada syarikat swasta bagi membantu pemasaran.

WhatsApp melakukan perubahan secara drastik berikutan tindak balas besar pesaing, Telegram yang sudah melepasi satu bilion jumlah muat turun.

Berikut merupakan model telefon pintar yang tidak boleh lagi mengakses WhatsApp:

-Samsung Galaxy S3 Mini, Trend II, Trend Lite, Core, Ace 2
-LG Optimus F7, F5, L3 II Dual, F7 II, F5 II
-Sony Xperia
-Huawei Ascend Mate and Ascend D2
-Apple iPhone SE, 6S, and 6S Plus

-utusanonline