Jumaat, 17 Mei 2024

Nama Orang Melayu Dulu-Dulu...Bagaimana terilham

 NAMA MELAYU

Catatan menunjukkan nama orang Melayu dulu-dulu asalnya adalah daripada perkataan2 Melayu harian spt Buyong, Itam, Putih, Golok, Panjang, Bulat dsbnya. Yg perempuan pula biasanya mengambil nama bunga spt Melati, Kemboja, Kenanga, Tanjung dsbnya. Nama2 ini boleh dieja dgn sistem tulisan Pallava dan bunyinya tepat spt sebutan.

Perubahan masa dan pengaruh Arab serta Islam kemudiannya menyebabkan orang2 Melayu mengambil nama Arab. Maka datanglah nama2 spt Hasan, Husin, Ahmad, Muhammad, Ali, Mustofa, Siti Aminah, Khodijah, Rofeah dsbnya. Sistem ejaan Pallava tidak mampu membawa bunyi yg tepat. Mustofa umpamanya dieja Pallava berbunyi Muntopa, Qosim berbunyi Kesim.

Maka orang Melayu mengambil sistem ejaan Arab kemudian diMelayukan dgn penambahan beberapa huruf supaya sesuai dgn bunyi Melayu spt cha, pa, nga, nya dll. Sistem tulisan ini disebut Jawi.

Lama2 org Melayu semakin kreatif mencipta nama mereka. Ada yg digabung2 dgn nama Arab dan nama etnik lain. Kdg2 digabung tanpa makna yg baik. Umpamanya Muhammad Himar (keldai), Hawiah (nama neraka) dll.

Ada juga nama yg tidak menggambarkan jantina (nama unisex) spt Zaini, Roslin, dsbnya yg boleh utk lelaki dan boleh utk perempuan. Ada yg tambah Mohamad Zaini maka jadilah lelaki dan Noor Zaini jadi perempuan.

Dulu2 pendaftaran nama anak dibuat di balai polis. Masa itu ramai bapa dan atok yg tak pandai menulis. Jadi bergantung kpd polis utk menulis. Itu yg jadi macam2.

Kawan saya namanya Amran tapi dieja Amaran oleh polis. Seorang lagi kawan saya org Melayu totok tapi namanya Ngajijah binti Sungib. Katanya polis tu yang Jawa. Sepatutnya namanya Azizah bt Shuib.

Ada seorang lagi bapa saudaranya sengau. Dia pergi daftar nama. Sepatutnya Lokman, dah jadi Okwan. Ada juga yg atoknya terkejut sbb disergah polis Benggali. Sepatutnya nk namakan Ani. Disergah polis langsung lupa lalu disebut Anu. Bila dah sekolah baru diubah nama jadi Anu @ Ani binti Abdullah.

Kawan saya seorang lagi di sekolah dulu namanya Muhammad Saja bin Ibrahim. Katanya polis tanya bapa saudaranya nak namakan apa? Dijawab Muhammad. Polis tanya lagi Muhammad apa? Dijawab Muhammad Saja. Dah ditulisnya Muhammad Saja.

Ada seorang tu saya pernah jumpa namanya Pukaih. Saya tanya dia kenapa pelik sangat namanya. Dia jawab atok dia yg pergi daftar. Atok dia jenis suka melatah. Tengah nk bagi nama siren balai polis bunyi. Dia terkejut dan sebut 'pukaih'. Langsung nama cucu ditulis Pukaih bin Ismail.Jadi bila nama dah jadi mcm2 org pun salahkan polis. Sekarang polis dah tak mau terlibat. Mereka suruh ibu atau bapa tulis sendiri nama anak.

Apa ada pada nama? Nama adalah lambang keperibadian. Nama adalah doa. Maka berilah nama yg baik-baik...

Oleh FB Abdul Muati Ahmad

Credit 

0 comments:

Catat Ulasan